Friday, July 23, 2010

My Everything 5 (Mini novel)


“SAMPAI hati awak tipu saya.”kata Hafiz dengan suara yang lirih.Sengaja dia membuat muka sedih di hadapan Aina.Mengekek dia ketawa di dalam hati sebaik sahaja melihat wajah Aina yang sudah berubah riak.Risau semacam.

“Err..Saya...bukan nak tipu.Tak ada niat pun.Saya nak bergurau je.”balas Aina.Dia tak menyangka yang Hafiz akan memberikan respons yang sebegitu rupa.Dia ingat yang Hafiz akan suka dengan beritanya itu tetapi sebaliknya pula yang berlaku.Hafiz dah merajuk!

“Saya mati-mati ingat yang awak akan pergi Australia.”bibir Hafiz dah muncung sedepa.

“Err..awak..janganlah marah.”

“Nak marah jugak!”
Aina garu kepala.Sudah juga nak pujuk kalau orang lelaki merajuk.Kalau setakat adik ke abang ke, dia masih boleh pujuk tapi bila Hafiz, memang dia dah mati akal.

“Awak…”

“Hmmm…”

“Tak bestlah macam ni.Kata sayangkan saya.Takkan gurau sikit pun tak boleh?”

Hafiz tergamam.Lain macam aje bunyi suara Aina.Macam orang merajuk pun ada.Aik, dia pula dah yang merajuk! Hafiz menggeleng kepala.

“Awak merajuk ke?”tanya Hafiz.

“Entah!”

“Err…patutnya saya yang merajuk bukan awak.”

Aina membelakangi Hafiz sambil berpeluk tubuh.Encik Hamid, Haris dan Serina yang sejak dari tadi melihat hanya menggelengkan kepala.Macam-macam!

“Saya dah pujuk awak tapi awak tetap jugak nak merajuk.Sekarang ni tiba giliran saya pula untuk merajuk.”balas Aina sambil menjelirkan lidah ke arah Hafiz.

Hafiz tercengang sebelum ketawa kecil.Haih…

“LETIH! Letih!”keluh Aina sebelum berpaut pada lengan Hafiz.Hafiz hanya tersenyum sebelum mengusap lembut kepala isterinya.Kemudian dia mencium lembut tangan isterinya.

“Kan abang dah cakap, tak payah sambung study lagi.Tapi degil..nak jugak sambung study tu.Dah cukup dua tahun, pergi tambahkan lagi.Nasib baik sayang setuju kahwin dengan abang lepas habis belajar.Buatnya sayang nak abang tunggu sampai sayang habis belajar lagi sekali, macam mana.Kesian kat abang.”kata Hafiz sambil tergelak kecil.

Aina hanya mencebik mendengar bebelan suaminya itu.Kini sudah genap tiga bulan mereka mendirikan rumah tangga.Kadang-kadang tu Aina tergelak sendiri memikirkan kisah cinta dia dan Hafiz.Macam mana Hafiz sanggup menyamar menjadi Haris dan berlari ke lapangan terbang semata-mata untuk mendengar jawapannya.Bibir Aina mengukir senyuman.

“Kenapa gelak?”tanya Hafiz pelik sebelum mencuit hidung mancung isterinya itu.

“Tak ada apa..”

“Jangan tipu.Abang tahu ada something tu..”

Aina ketawa sebelum menarik tangan Hafiz supaya duduk di kerusi rehat yang disediakan di Taman Tasik Titiwangsa itu.Hujung rambut Hafiz yang berjuntai disebak ke tepi.Dia memegang kedua-dua belah pipi suaminya sebelum tersenyum.

“Are you okay, sayang? Tiba-tiba je pegang pipi abang dan lepas tu tengok abang macam tak pernah tengok setahun.”tanya Hafiz khuatir.Dia memandang isterinya yang masih lagi tersenyum.

“Aina rindu abang.Rindu sangat-sangat.”bisik Aina perlahan.Dia masih lagi memegang kedua-dua belah pipi Hafiz.

“Abang pun rindu sayang..Now, tell me what is wrong with you?”

“Tak ada apa.”Aina melepaskan pegangannya sebelum melentokkan kepala di bahu Hafiz.Matanya dipejam rapat-rapat.

“Kalau ada apa-apa, bagitahu abang tau.”

“Don’t worry my beloved husband.I’m okay.”

“Tak nampak macam tu pun.”

Aina tergelak kecil.”I love you more than you know.”

“Yes, I know…”kata Hafiz sebelum melentokkan kepalanya di atas kepala Aina.

HAFIZ memandang Aina yang sejak dari tadi sibuk membuka buku resepi.Mulut Aina terkumat-kamit membaca apa yang ditulis di dalam buku itu.Kadang-kala Aina seperti berfikir sesuatu sebelum menyambung kembali pembacaannya.

“Aina buat apa tu?”tanya Hafiz sebelum melabuhkan punggung di sebelah Aina.

“Cari resepi.”

“Resepi apa?”

“Ikan kukus.”balas Aina sebelum tersengih.

“Ikan kukus eh? Kenapa tak cakap awal-awal? Abang pandai masak ikan kukus.”kata Hafiz sambil menyebak rambutnya ke belakang.Aina memandangnya dengan riak wajah terkejut.Hafiz pandai masak ikan kukus?!

“Sure ke?”

“Yes, dear.”

“Abang Haris pernah try makan tak?”

“Pernah.”sebaik sahaja mendengar jawapan Hafiz, pantas tangan Aina mencapai gagang telefon rumah sebelum mendail nombor telefon Haris.

“Assalamualaikum abang Haris.”

“Waalaikumussalam Aina.Kenapa?”

“Abang pernah makan ikan kukus yang abang Hafiz masak tak?”

“Pernah.Why?”

“Sedap tak?”

“Hmm…quite good.”

“Ok, thanks!”

“Eh..eh..tunggu kejap.Kenapa Aina tanya ni?”

“Abang kata nak masak ikan kukus untuk Aina.Ok bye.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Aina tersenyum puas sebelum memandang Hafiz.”Dapur dah jadi milik abang.Tolong masakkan ikan kukus ye.”

“Kenapa tiba-tiba teringin nak makan ikan kukus ni?”

“Err…adalah.Tak boleh kasi tahu.”balas Aina sambil tersenyum.Dia mencubit pipi Hafiz sebelum berlalu naik ke tingkat atas.Hafiz hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah isterinya itu.Tiba-tiba dia mengukir senyuman.

“Aina!!!!”


p/s: Butterfly...fly away.
Photobucket

5 comments:

  1. ahahaha
    mmg org peknent nk benda luar alam ke?
    pape pun best!~

    ReplyDelete
  2. Haha..
    Bnda luar alam ke?
    Tiba-tiba tadi Moon tringat dkt ikan kukus.Sebab tu trus letak..hehe..

    ReplyDelete
  3. ikan kukus sedap...teringin nk makan....
    hehehe..

    aina pregnant ea?

    ReplyDelete
  4. x de sambungan lgi ke...
    smbung ar ag...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers