Sunday, July 25, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 5


Bab 5

MAK KIAH memandang Lisa yang sedang melipat pakaian.Muka Lisa yang lembut menyejukkan hatinya.Memang wajarlah Rafiq jatuh cinta pada Lisa.Bagi dirinya yang sudah banyak makan garam ini, dia dapat melihat bahawa Rafiq memang seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dia yakin andai kata Lisa memilih Rafiq sebagai pasangan hidupnya, insya-Allah hidupnya akan bahagia.

“Lisa, Mak Kiah ada benda nak tanya.”kata Mak Kiah seraya menyebabkan Lisa berhenti melipat pakaian.Kepala didongak menunggu soalan daripada Mak Kiah.

“Apa dia, Mak Kiah?”

“Lisa suka Rafiq tak?”tanya Mak Kiah terus-terang.Dia perasan perubahan ekspresi di muka Lisa.

Lisa tunduk memandang lantai tanpa menjawab soalan Mak Kiah.Dia memang menyukai Rafiq tetapi hanyalah sebagai kawan.Tidak lebih dan tidak kurang.Cuma kadang-kala dia dapat merasakan yang Rafiq inginkan lebih daripada itu.Perhatian Rafiq terhadapnya yang kadang-kalah berlebihan membuatkan dirinya gelisah.Bukannya dia tidak suka cuma dia tidak mahu dirinya terlampau bergantung kepada Rafiq.

“Lisa…”panggil Mak Kiah setelah melihat Lisa yang telah jauh mengelamun.

Lisa tersenyum sebelum menarik nafasnya dalam-dalam.”Lisa suka Rafiq sebagai kawan.”

“Sebagai kawan je ke?”tanya Mak Kiah seperti menduga isi hati Lisa.

“Ya.Sebagai kawan je..”

“Lisa sukakan orang lain ke?”

Pertanyaan Mak Kiah sedikit sebanyak menyebabkan Lisa geli hati.Sukakan orang lain? Itu mustahil memandangkan dia hanya mengenali dua orang lelaki sahaja iaitu Rafiq dan tunang Cik Farisya, Harith di bandar ini.Nak kata dia sukakan Harith, bab itu yang paling menggelikan hatinya.Takkanlah dia menyukai Harith yang sama jenisnya dengan Farisya.Dua-dua suka menyakitkan hatinya dan menghina dirinya.Kalau benar dia memang menyukai Harith, memang dia sudah tidak betul agaknya.Manakala bagi Rafiq pula, hati Lisa tidak pernah pula berdebar-debar setiap kali berdekatan dengan lelaki itu.Biasa-biasa sahaja malahan dia tidak perlu berpura-pura ketika bersama-sama Rafiq.Lelaki itu menerima dirinya seadanya tetapi dia tidak pula menyukai lelaki itu.

“Taklah Mak Kiah.Setakat ni Lisa baru kenal dua orang lelaki je kat bandar ni.Rafiq dan Encik Harith.Kalau kat kampung tu memang ramai tapi mereka semua takkan ambil Lisa jadi isteri disebabkan oleh fitnah yang disebarkan oleh orang kampung.”ucap Lisa mendatar.

“Ada tak kemungkinan yang Lisa sukakan Harith?”tanya Mak Kiah dengan mata yang bercahaya.Serius betul wajahnya ketika mengajukan pertanyaan itu kepada Lisa.

Lisa tergelak kecil sambil menggeleng-geleng kepalanya.”Itu mustahillah Mak Kiah.Lisa takkan sukakan Encik Harith.”

“Benda tu tak mustahil Lisa.Ni soal hati…bila-bila masa boleh berubah.”tutur Mak Kiah dengan wajah yang susah untuk ditafsirkan.

“Mak Kiah suka ke kalau Lisa sukakan Encik Harith?”

“Terus-terang Mak Kiah cakap ni.Kalaulah Lisa sukakan Encik Harith, memang Mak Kiah tak berapa suka.Mak Kiah lebih sukakan Lisa bersama-sama dengan Rafiq.Rafiq lelaki yang baik.Dia boleh membahagiakan Lisa.”kata Mak Kiah bersungguh-sungguh.

Dahi Lisa berkerut.”Bukan Rafiq sukakan Lisa pun Mak Kiah.”

“Tak kiralah semua tu.Mana tahu satu hari nanti Rafiq sukakan Lisa.”

“Rafiq tak layak untuk Lisa, Mak Kiah.Dia seorang jurutera yang berjaya..Lisa ni pula cumalah seorang pembantu.Malu dia nanti kalau bercinta dengan Lisa.”kata Lisa sambil ketawa kecil.Mak Kiah tidak turut serta ketawa sebaliknya memandang Lisa dengan tajam.

“Mak Kiah cakap benda yang betul je, Lisa.Macam yang Mak Kiah cakap sebelum ni.Soal hati ni bila-bila masa je boleh berubah.Macam orang selalu cakap..cinta itu buta.”ucap Mak Kiah perlahan tetapi menyusup masuk ke dalam hati Lisa.

Cinta itu buta.Jadi ada ke kemungkinan yang aku akan sukakan Harith?

HARITH IZDIHAR memejam matanya rapat-rapat.Hembusan angin di pantai mendamaikan hatinya.Hani yang sedang bermain-main di tepi pantai dipandang sekilas.Sengaja dia mengajak Hani ke pantai untuk menenangkan hatinya yang sering sahaja resah sejak kebelakangan ini.Sengaja juga dia tidak mengajak Farisya kerana dia tahu Farisya tidak akan sukakan kawasan seperti ini.Pasti Farisya akan mengajaknya ke shopping mall walaupun mereka baru sahaja sampai di situ.

“Abang! Marilah sini!”jerit Hani sambil tersengih.Suka benar dia bermain air seperti kanak-kanak walaupun sudah berusia 17 tahun.

“Yalah..Abang datang ni.”perlahan-lahan Harith mengatur langkah menghampiri Hani.

“Laparlah bang.”

“Kan baru je lepas makan aiskrim?”Dahi Harith berkerut.

“Hello abangku yang tersayang.Cuba tengok jam tu.Dah pukul 12.30 okey…Hani dah lapar.”kata Hani sambil mengusap perutnya yang sudah berbunyi.Rambut yang berjuntai di dahi disebak ke tepi.

“Yalah…Hani nak makan apa?”tanya Harith sambil menarik tangan adiknya menuju ke restoran yang terletak tidak begitu jauh dari pantai.

“Nasi ayam!”balas Hani dengan teruja.Dia mula membayangkan keenakan nasi ayam yang sudah lama tidak dimakannya itu.

“Ok..”

Baru sahaja Harith ingin menapak ke sebuah meja kosong, tiba-tiba sahaja bajunya ditarik oleh Hani.Harith berpaling dengan muka yang geram.

What?”

“Tengok tu.”mulut Hani dimuncungkan ke satu arah.Harith memandang ke arah ditunjukkan oleh Hani.Kelihatan dua orang kanak-kanak sedang duduk di sebuah kerusi batu.Si kakak erat memegang tangan si adik yang pada perkiraan Harith, kakaknya baru berusia 7 tahun manakala adik lelakinya baru berusia 6 tahun.

“Kenapa?”soal Harith sambil memandang Hani.Kelihatan adiknya begitu tertarik untuk terus memerhatikan dua beradik itu.

“Hani rasa kesian pula tengok diorang.”ucap Hani dengan suara yang perlahan.”Mereka kesunyian.I bet mesti diorang tak ada mak ayah dah.”sambung Hani lagi.

Kening Harith bercantum dua.”Tak baiklah cakap macam tu.Mana Hani tahu diorang ada mak ayah ke tidak.Jangan serkap jarang je tau.”

Tiba-tiba Hani berjalan menghampiri dua beradik itu tadi.Harith yang pada mula tergamam turut mengekori adiknya dari belakang.Dua kanak-kanak itu hanya memandang mereka sebelum bangkit dari kerusi yang diduduki oleh mereka.

“Eh, adik…tunggu dulu.”kata Hani sebelum berdiri di hadapan mereka.Si kakak menarik adiknya ke belakang.Dia memandang curiga terhadap dua orang manusia yang sedang berdiri di hadapannya ini.

“Nama apa?”tanya Harith sebelum duduk mencangkung di hadapan kanak-kanak itu.Senyuman diukir untuk mereka.

“Saya Mira.Adik saya Lokman.”jawab si kakak dengan riak wajah gelisah.

“Nama abang Harith.Nama kakak ni pula Hani.”balas Harith sebelum menghulurkan tangan kepada kanak-kana tersebut.Hani yang melihat tingkah-laku abangnya hanya tersenyum.Walaupun Harith nampak sombong dan sangat menyakitkan hati tetapi abangnya itu berjiwa lembut.Bukannya dia tak tahu, selalu juga Harith melawat rumah-rumah anak yatim dan bermain dengan mereka.Cuma kadang-kadang itu dia pelik melihat layanan abangnya itu terhadap Lisa.Nak kata Lisa ada berbuat salah pada abangnya, tidak ada pula.Entah apalah yang membuatkan Harith sering menyakiti hati Lisa.Mungkin disebabkan oleh Farisya.

“Adik lapar tak?”tanya Hani sebelum turut duduk mencangkung di sebelah Harith.

“Lapar…”jawab Lokman.Mira hanya mendiamkan diri.

“Mak dengan ayah mana?”

“Dah tak ada.”jawab Mira pula.Tangannya masih lagi erat mengenggam tangan Lokman.

“Habis tu, adik tinggal dengan siapa?”

Mira memandang Lokman sebelum menarik nafasnya.”Duduk dengan mak cik tapi mak cik…”

Harith menanti jawapan daripada mulut Mira tetapi Mira kembali mendiamkan diri.”Kenapa dengan mak cik?”

“Mak cik…err….mak cik tak suka kami.”balas Lokman apabila melihat kakaknya yang tidak bersuara.

Harith menunduk memandang pasir.”Jom makan nak?”

“Makan?”

Harith tersenyum.”A’ah.Makan…nak?”

Lokman tersenyum sebelum memandang kakaknya.Dia menarik-narik tangan kakaknya dengan harapan kakaknya itu akan bersetuju.

“Tak menyusahkan ke?”

“Taklah.Marilah…”Harith memimpin tangan Lokman manakala Hani memimpin tangan Mira.Perlahan-lahan langkah diatur ke restoran.

Lisa yang memandang dari jauh terkejut.Hatinya berdegup kencang melihat apa yang telah terjadi sebentar tadi.Lelaki seego Harith boleh menjadi sebaik itu.Lisa menekan dadanya sekaligus menahan debaran di dalam hati.

“Lisa…awak okey ke?”tanya Rafiq sambil memegang dua botol air mineral.Dia melabuhkan punggung di sebelah Lisa sebelum memandang wajah gadis di sebelahnya.Sengaja dia membawa Lisa ke pantai hari ini untuk menenangkan fikiran.

“Err..okey.Saya tak apa-apa.”balas Lisa.Dia mengalihkan pandangan ke hadapan.Memandang ke arah laut yang terbentang luas.Debaran di dada tidak dihiraukan.

Mungkin memang benar kata-kata emak dulu.Jangan disangka lelaki yang ego itu tidak boleh menjadi baik.bisik Lisa di dalam hatinya.

“SIAPA ni?”tanya Puan Izzah sambil mengusap kepala kedua-dua orang kanak-kanak di hadapannya ini.

“Harith dengan Hani jumpa kat pantai tadi.”jawab Harith sambil memeluk bahu Lokman.Mira yang berdiri di sisi Hani mengukir senyuman untuk Puan Izzah.

“Kamu berdua culik anak orang ke?”tanya Puan Izzah cemas.Manalah tahu andai kata anaknya itu membawa kedua-dua budak comel ini tanpa kebenaran ibu bapa mereka.Tak ke naya nanti.

Harith dan Hani mengekek ketawa.”Mana adalah ma.Diorang ni anak yatim piatu.”

Puan Izzah menarik nafas lega.Dia tersenyum ke arah Lokman dan Mira sebelum memimpin tangan mereka ke dapur.”Nak aiskrim tak?”

“Nak.”jawab Lokman disertai dengan anggukan daripada Mira.

Hani dan Harith hanya mengekori dari belakang.Senyuman yang terpamer di bibir Puan Izzah menyenangkan diri mereka.

“Sekarang ni Mira dengan Lokman tinggal dengan siapa?”

“Dengan mak cik.”jawab Mira sambil menyuapkan aiskrim coklat ke dalam mulutnya.

“Harith dah jumpa dengan mak cik mereka?”

Harith menggeleng.”Tadi kami dah pergi rumah mak cik diorang tapi dia tak ada kat rumah.”

“Mak cik tak balik dah.”tiba-tiba Mira bersuara.Dia menunduk memandang ke dalam mangkuk aiskrim.

“Maksud Mira?”tanya Hani sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah Mira.

“Mak cik dah halau kami.Dia nak tinggal dengan teman lelaki dia dekat luar negara.”balas Mira sambil memandang ke arah Hani.

Harith dan Puan Izzah tergamam.Sebab itulah mereka berada di pantai setelah hilang arah tujuan.

Puan Izzah mengenggam tangan kecil Mira sambil tersenyum mesra.”Tinggal dengan kami, nak?”

Mira dan Lokman saling berpandangan sebelum mengangguk.Mereka tersenyum senang.


p/s: Jangan disangka lelaki yang ego tidak boleh menjadi baik :)


Photobucket

5 comments:

  1. best lah...smbg cepat2 ye, tak sabar g nak tau hubungan harith gan lisa

    ReplyDelete
  2. dpn org yg x rapat...lelaki mmg nmpk ego...tp klu dh kenal, mmg sgt penyayang n caring =)

    ReplyDelete
  3. nak lisa ngan rafiq

    ReplyDelete
  4. x sabar nk tahu mcm mana kisah hidup lisa dengan harith

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers