Sunday, July 18, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 4


Bab 4

IKHMAL RAFIQ baru sahaja selesai mengaminkan doa.Dia berpaling ke belakang sebelum menghampiri ibunya.Pantas dia mencapai tangan ibunya sebelum mencium lembut jari-jemari itu.Lisa tersenyum melihat mereka berdua.Teringat pula kepada ibu dan ayahnyaMak Kiah di sebelah mengelap air mata yang mengalir.Barangkali Mak Kiah merindui anak-anaknya.
Perlahan-lahan Rafiq menghampiri pula Mak Kiah sebelum mencium tangan Mak Kiah yang beralaskan telekung sembahyangnya.Mak Kiah mengusap lembut kepala Rafiq.Bertuah Puan Zulaikha mempunyai seorang anak lelaki yang baik seperti Rafiq.Menyejukkan hati setiap orang.

“Mak Kiah dengan Lisa tinggal je selama mana pun.Mama dengan Fiq tak kisah dan kami lagi suka.Taklah rumah ni sunyi sangat.Aqilah pun jarang-jarang balik sini.Haikal lagilah..sibuk memanjang.”kata Rafiq sambil meletakkan songkok hitamnya di atas almari yang telah disediakan di dalam bilik sembahyang itu.

“Kami tak menyusahkan ke?”

“Apa pulak menyusahkan Mak Kiah? Saya lagi suka ada lebih ramai orang kat rumah ni.Setiap kali Fiq pergi kerja,mak cik duduk sorang-sorang je kat rumah ni.Kadang-kadang tu sunyi juga sejak suami mak cik meninggal dunia.”balas Puan Zulaikha.Dia melipat telekung sembahyang sebelum duduk di hadapan Mak Kiah dan Lisa.

“Umur Lisa berapa?”Puan Zulaikha memandang Lisa yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
“23 tahun, Puan.”

“Tak payah berpuan-puan.Panggil aje mak cik.Lisa jangan malu-malu dengan mak cik ya.”kata Puan Zulaikha sambil tersenyum.Dia cukup berkenan dengan gadis di hadapannya ini.Bersopan-santun dan lemah-lembut.Sesuai benar untuk dijadikan menantu.

“Baiklah mak cik.”

“Hah..macam tulah baru betul.”Puan Zulaikha tergelak kecil.”Lisa dah berapa lama kerja dengan Farisya?”

“Baru sehari, mak cik.”

“Baru sehari? Kenapa Risya pecat Lisa? Kan Lisa baru kerja.Mak cik tak sangka pulak Risya macam tu.”Dahi Puan Zulaikha berkerut-kerut.Dia memang kenal dengan Farisya.Farisya itu kawan baik Rafiq dan merupakan teman wanita kepada Harith yang juga merupakan teman rapat anaknya itu.

“Sebenarnya itu semua salah Fiq.”ucap Rafiq setelah lama berdiam.Dia memandang Lisa sebelum mengalihkan pandangan ke arah ibunya.

“Semua ni memang salah Fiq, mama.”

“Maksud Fiq?”tanya Puan Zulaikha dengan pelik.

Rafiq menyebak rambutnya ke belakang.”Kalau Fiq tak back up Lisa, mesti Lisa tak kena pecat.”

“Back up? Kenapa? Farisya ada buat apa-apa ke dekat Lisa?”tanya Puan Zulaikha
lagi.Dipandang wajah anaknya selang-seli dengan wajah Lisa.Lisa hanya menundukkan kepala.

“Tadi Farisya hina Lisa.Dia kata Lisa miskinlah, tak cerdiklah, budak kampunglah..Fiq tak tahan jadi Fiq pun marahlah Farisya tu.Fiq tak suka dia cakap macam tu.Walaupun Lisa cuma orang gaji dia, tak bermaksud yang dia boleh senang-senang je nak hina Lisa.Orang gaji pun ada perasaan jugak.”jawab Rafiq sambil mengenggam kuat tangannya.Geram memikirkan sikap Farisya.

“Apa?Risya cakap macam tu.Fiq, memang patut pun Fiq tolong Lisa.Kasihan Lisa, sabar ye nak.”Puan Zulaikha mengusap belakang Lisa sambil tersenyum.

Lisa membalas senyuman Puan Zulaikha.Tenang hatinya melihat senyuman ibu Rafiq.Terserlah sifat keibuannya.Bertuah sungguh Rafiq kerana masih dapat merasai kasih sayang seorang ibu.

“Tak apa mak cik.Lisa pun dah tak nak fikir pasal Cik Risya lagi.”tutur Lisa perlahan.Bukannya dia berdendam tetapi dia cuma malas memikirkan soal keluarga Datin Salmah dan Datuk Taufiq lagi.

“Lisa berdendam ke?”

Lisa hanya tersenyum.”Tak.Mak selalu cakap jangan berdendam dengan orang.Biarlah orang buat jahat dekat kita tapi jangan sesekali kita buat jahat dekat orang.”

Puan Zulaikha, Rafiq, dan Mak Kiah tersenyum mendengar jawapan Lisa.

~~~

PUAN ZULAIKHA menghampiri anaknya yang sedang leka memandang ke arah kolam ikan kap.Perlahan dia menepuk bahu Rafiq sambil mengukir senyuman manis.

“Fiq menungkan apa?”

“Tak ada apa ma..”balas Rafiq perlahan.Rambut disebak ke belakang.

“Fiq teringatkan Lisa?”tanya Puan Zulaikha lagi.Bibirnya tersenyum.Bukannya dia tidak tahu yang anak lelakinya ini sudah jatuh cinta.Bukannya dia tak pernah merasai semua itu.

“Hah? Mana adalah mama..”balas Rafiq cepat-cepat dengan dahi yang berkerut.

“Jangan tipu mama Fiq.Mama kenal anak mama ni.Fiq dah jatuh cinta kan?”kata Puan Zulaikha.Dia memandang wajah anaknya yang dah memerah.Terus sahaja Puan Zulaikha ketawa kecil.Pasti tekaannya itu betul, kalau tidak masakan wajah anaknya itu boleh menjadi merah.

“Fiq memang tak boleh sembunyikan apa-apa dari mama.”akhirnya Rafiq mengiyakan telahan Puan Zulaikha. “Tapi Fiq takut Lisa tak boleh terima Fiq.Kami baru je kenal dan dia pun baru je tinggal dengan kita.It’s so complicated ma..”

“Love at the first sight?”

Rafiq memandang Puan Zulaikha sebelum mengangguk.”I guess so.”

Puan Zulaikha mengangguk faham.Dia mengusap lembut rambut anaknya itu.”Kalau hati sudah mengiyakan yang Fiq memang dah cintakan Lisa, cubalah untuk mengenali hati budi dia.Kalau Fiq yakin, insya-Allah mama akan pinang Lisa.Lagipun mama memang dah berkenan dengan Lisa tu.Baik budaknya.”

Rafiq tersenyum kecil.”Mama tak kisah dengan pilihan Rafiq?”

“Tak…kalau Fiq memang berkenan dengan Lisa, lagilah mama suka.”

“Mama tahu macam mana nak pikat hati wanita tak?”tanya Rafiq sambil menggaru kepalanya.
“Fiq tak tahu ke?”

Rafiq tersengih malu.”First time jatuh cinta ma..Mana nak tahu semua tu.”

Puan Zulaikha tergelak besar sebelum membisikkan sesuatu di telinga anaknya itu.”Kalau nak dapatkan hati seorang wanita, senang je…”

“Apa dia ma?”

“Kamu carilah sendiri.Tak ada thrill lah kalau mama yang tolong.”kata Puan Zulaikha sebelum berlalu pergi sambil ketawa kecil.Rafiq mencebik bibir mendengar jawapan mamanya.Cari sendiri? Hmm…

~~~

LISA sibuk mencuci pinggan di dapur ketika tiba-tiba sahaja Rafiq tercegat berdiri di sebelahnya.Rafiq hanya tersenyum sebelum membantunya mengelap pinggan mangkuk yang sudah selesai dibasuh.Mak Kiah yang memandang tersenyum.

“Err..biarlah saya yang buat kerja ni Encik Rafiq.”

“Tak apalah.Apa salahnya saya tolong awak and please don’t call me Encik Rafiq anymore.Just Rafiq okay?”balas Rafiq sambil tersenyum.

Lisa menggigit bibir bawahnya.Nasib baik dia memahami apa yang diperkatakan oleh Rafiq.”Saya kan pembantu rumah ni.Jadi biarlah saya yang buat kerja ni.”

Dahi Rafiq berkerut mendengar kata-kata Lisa.Pembantu rumah ni?

“Bila masa awak jadi pembantu rumah ni?”tanya Rafiq pelik.

“Hah?”Kening Lisa bercantum dua.Rafiq menggelengkan kepala sambil tersenyum.Pasti Lisa dah salah sangka ni.

“Awak ingat bila saya suruh awak tinggal dekat sini, maknanya awak ni jadi pembantu rumah ni ke?”tanya Rafiq lagi sambil mengenyitkan matanya.

Lisa terkedu.Dia mengalihkan pandangan ke arah Mak Kiah yang sedang menyediakan minuman petang.Mak Kiah menjungkit bahu.

“A’ah.”

Rafiq ketawa besar.Muka Lisa yang bingung dipandang sebelum dia kembali bersuara.”Saya suruh awak tinggal sini sebab saya tak nak awak tinggal dekat sana lagi.Saya tak suruh pun awak jadi pembantu rumah ni cuma cukuplah menjadi penyeri rumah ni.”tutur Rafiq sambil tersenyum.

“Penyeri rumah ni?”

Rafiq kaget.Dia dah terlepas cakap.Bibir bawah digigit.”Err…kan Aqilah tengah belajar sekarang.Umur dia sebaya dengan awak jadi kiranya awak ni penyeri rumah ni bila dia tak ada kat sini.”jawab Rafiq.Dia menarik nafas lega apabila merasakan jawapan yang diberi agak munasabah.

“Ohh..”Lisa mengangguk faham.Dia kembali mencuci pinggan tanpa bersuara lagi.Rafiq berpaling Mak Kiah yang tersenyum sambil mengangkat ibu jari.Rafiq menjungkit kening.

“Mak Kiah tahu Rafiq suka Lisa.”kata Mak Kiah tanpa mengeluarkan suara.

“Mana ada.”balas Rafiq juga tanpa bersuara.Mulutnya sahaja yang bergerak-gerak.

“Mak Kiah tahulah.Jangan nak bohong.”balas Mak Kiah lagi sambil menayangkan senduk di tangannya.Rafiq tergelak kelucuan melihat gaya Mak Kiah.

Rafiq mengalihkan pandangan ke arah Lisa sebelum tersengih.Love at the first sight? Hmm..maybe.

Puan Zulaikha yang berdiri di balik pintu dapur tersenyum panjang melihat gelagat mereka bertiga.Gembira hatinya apabila anaknya itu sudah mula mengalami perasaan jatuh cinta dan orang yang menjadi pilihan anaknya itu pun bukan main baik lagi.Dia tersenyum lagi.

Ting! Tong!

Bunyi loceng mengejutkan Puan Zulaikha dari lamunanya.Pantas kakinya melangkah ke arah pintu sebelum perlahan-lahan membuka pintu.

“Izzah! Jemputlah masuk.”Puan Zulaikha mempersilakan tetamunya masuk disusuli oleh anak lelaki dan anak perempuannya di belakang.

“Kau apa khabar Zu? Lama tak jumpa.”kata Puan Izzah sebelum memeluk tubuh Puan Zulaikha.

“Aku sihat je.Sorrylah lama tak pergi rumah kau.Aku sibuk sikit.Harith dengan Hani sihat?”Puan Zulaikha mengalihkan pandangan ke arah dua orang anak Puan Izzah yang sedang berdiri di belakang ibu mereka.

“Kami sihat, auntie.”jawab Harith sambil tersenyum.Matanya meliar-liar mencari kelibat Rafiq.Sejak peristiwa Rafiq membawa Lisa dan Mak Kiah keluar dari rumah Farisya dua minggu yang lepas, sampai sekarang dia masih bertemu dengan sahabat baiknya itu.Bila dia menelefon, langsung Rafiq tidak mengangkat.Mesej yang dihantar pun langsung tidak dibalas.

“Mak Kiah, esok Fiq nak makan masak lemak ketam tau.”ujar Rafiq sambil ketawa kecil.Dia baru sahaja keluar dari dapur bersama-sama Lisa dan Mak Kiah.

“Fiq..”panggil Harith yang bingkas bangkit dari kerusi sebelum menghampiri kawannya itu.Rafiq terdiam sebelum memandang Lisa dan Mak Kiah.

“Kau pergi mana? Aku call tak jawab.Aku hantar SMS kau tak balas.”tanya Harith dengan dahi yang berkerut.Dia memandang sekilas ke arah Lisa dan Mak Kiah sebelum kembali memandang Rafiq.

“Aku sibuk.”jawab Rafiq ringkas tanpa memandang wajah Harith.

“Kau marah aku?”

“Aku tak marahkan kau.Aku cuma tak suka perangai Risya.”kata Rafiq dengan suara yang dingin.Lisa yang berdiri di sebelah Rafiq mulai resah.Entah kenapa jantungnya berdegup kencang apabila melihat Harith di sini.

“Tapi Risya tak salah.Yang salah perempuan ni.”jari telunjuk Harith betul-betul dihalakan ke arah batang hidung Lisa.

Rafiq pantas menepis tangan Rafiq dan terus berdiri di hadapan Lisa.Tangannya dikepal kuat.

“Kau jangan sesekali nak salahkan Lisa.Tunang kau tu yang jahat.”ucap Rafiq tegas.Mukanya merah menahan geram.Ikutkan hati sudah lama Harith dihalau keluar.

“Kau sanggup nak pulaukan aku yang dah jadi kawan kau dari kecil lagi?”

“Aku memihak pada yang benar.”

“Aku kecewa dengan kau Fiq.”

“Aku lagi kecewa dengan kau.Dibutakan oleh kata-kata Risya.”balas Rafiq sarkastik.Dia tidak menghiraukan wajah Harith yang berubah menjadi tegang.Dia kasihan melihat Harith yang sering diperbodohkan oleh Farisya yang hanya ingin mendekatinya kerana Harith merupakan seorang lelaki yang punya segalanya.Rupa, harta dan kedudukan.Bukannya Rafiq tidak tahu yang Farisya juga bertemu dengan lelaki lain di belakang Harith tetapi hanya Harith yang buta.Buta dalam menilai peribadi Farisya.

“Kau jangan nak hina Risya.”Harith mengetap giginya.Sakit hatinya apabila orang yang disayanginya dihina oleh Rafiq.

“Aku tak hina Harith.Kalau aku bagitahu hal sebenar dekat kau pun, belum tentu kau akan percaya.Bagi kau Risya tu umpama bidadari tetapi…aku malaslah nak cerita.Kau carilah sendiri kebenarannya.”balas Rafiq sebelum berlalu meninggalkan Harith yang terpinga-pinga.Puan Izzah, Puan Zulaikha dan Hani yang mendengar pertengkaran mereka hanya mendiamkan diri.Tidak ingin masuk campur barangkali.

Lisa masih lagi berdiri di hadapan Harith.Perasaan bersalah mula menyerang hatinya.Perlahan-lahan Lisa berdiri di hadapan Harith.

“Saya minta maaf.”

Harith memandang tajam wajah gadis di hadapannya ini.”Kenapa?”

“Saya tahu encik marahkan saya.Jadi saya rela kalau encik nak hina saya, nak maki saya, nak cakap apa pun..saya rela.”balas Lisa perlahan.Mak Kiah yang berdiri di belakang kaget.Rafiq tergamam manakala Puan Zulaikha, Puan Izzah dan Hani terkejut.Harith pula terdiam.Tidak tahu apa yang harus dilakukan.Biar betul?

“Kau ni sihat tak?”soal Harith dengan dahi yang berkerut.Pada mulanya memang dia ingin memarahi Lisa kerana sering menyebabkan Farisya sakit hati tetapi apabila melihat sikap Lisa yang lurus bendul menyebabkan rasa marahnya terus hilang.Diganti pula dengan rasa geli hati.

“Saya sihat.”jawab Lisa terus-terang.Tiba-tiba sahaja Harith terus ketawa besar.Rasa ingin ketawanya sudah tidak dapat ditahan lagi.Dahi Lisa berkerut melihat tingkah laku Harith.Tadi dia bukan main marah tapi sekarang bukan main lagi dia ketawa? Lisa menggeleng kepala.Pelik..pelik.

“Kau ni betul-betul lurus bendul.Aku tak pelik kalau tengok kau dipermainkan satu hari nanti.Memang patut pun Farisya buat macam tu dekat kau.Aku nasihatkan kau..lain kali janganlah lurus bendul sangat.Walaupun aku tahu yang kau tak habis belajar but please be more matured.”sindir Harith sambil tersenyum sinis.Ketawanya masih lagi bersisa.

Matured? Lisa tersenyum sinis.Walaupun dia tidak tamat belajar sehingga Tingkatan Lima, tetapi dia merupakan salah seorang pelajar harapan di sekolahnya dahulu dan bukannya dia ingin memuji diri sendiri tetapi alhamdullilah markahnya untuk subjek Bahasa Inggeris selalu mengatasi pelajar-pelajar yang lain.Lagipun , keperitan hidupnya telah membuatkan dirinya menjadi lebih matang cuma lelaki seperti Harith sahaja yang tidak menyedarinya kerana apa yang ada di dalam hati hanyalah rasa ingin menghina orang miskin sepertinya.

“Encik Harith, I’m trying to be matured now.That is why…saya rela kalau Encik Harith nak marah saya.”balas Lisa sambil tersengih.Entah datang dari mana semangatnya untuk membalas kembali sindiran Harith.Mungkin kerana dia sudah tidak berada di kawalan Farisya lagi.

Rafiq tersenyum mendengar kata-kata Lisa.Siapa sangka Lisa boleh berbicara dalam bahasa Inggeris.Memang betul sekali pepatah Inggeris yang mengatakan ‘don’t judge a book by its cover.’

Harith terdiam.Dadanya berombak menahan marah.Sangkanya gadis di hadapannya ini tidak akan melawan tetapi yang sebaliknya pula yang berlaku.

“Ma, jom balik.”ucap Harith tiba-tiba sebelum melangkah meninggalkan rumah Puan Zulaikha.

“Maafkan anak aku, Zu.”kata Puan Izzah sambil tertunduk malu.Hani yang berada di sebelah memandang ke arah Lisa.Perlahan-lahan dia menghampiri Lisa dan membiarkan ibunya berbicara dengan Puan Zulaikha.

Rafiq yang menyedari langkah Hani yang semakin menghampiri Lisa segera berdiri di sebelah Lisa.

“Akak, saya tabik lah dengan akak.Akak memang superb!”kata Hani dengan penuh teruja.Dia tersenyum girang.

Lisa, Mak Kiah dan Rafiq tercengang.”Err..kenapa akak superb?”tanya Lisa.

“Sebab akak berjaya membuatkan abang Harith kehilangan kata-kata.Oklah akak, abang Fiq..Hani balik dulu.Assalamualakum.”Hani menyalami Lisa dan Mak Kiah sebelum berlalu pergi bersama-sama ibunya.

Lisa masih lagi tergamam.Betul ke itu adik Harith? Berbeza betul perangai mereka.


p/s : Harap enjoy.

6 comments:

  1. hohoho...
    org mcm harith 2 ptut di ajr...
    jgn ingt orng kaya blh hina org sesuka ati..
    wah rafiq feel in love kat lisa..

    ReplyDelete
  2. hohoho
    bole x
    kalau nk rafiq y jd hero cite ni
    so dia akan end uo ngan lisa!
    xmo la harith!~

    ReplyDelete
  3. kan da kena ngan lisa

    ReplyDelete
  4. Epy~ Yep2! Moon sokong.hehe..

    itu_aku~ Hehe..nak Rafiq jadi hero eh? Nanti Moon fikirkan. :)

    MaY_LiN~ Padan muka dia kan..kan.

    ReplyDelete
  5. apalah harith tu :(
    suka sgt dgn fiq. sweet sgt ;)
    hani pon. x sngka fiil jauh beza cam lgit ke-7 ngan kerak bumi dgn harith tu

    ReplyDelete
  6. Moon,nama mak Harith tu sama dgn sy...(Izzah)
    Hahaha~~Kelakarnya
    Pelik plak sy tgok...
    Overall,very3 nice n interesting story...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers