Friday, July 2, 2010

Cinta Qistina Part 2


"AUCH! Perlahanlah sikit.Sakitlah.."Asyraf meniup lukanya.Qis tergelak kecil sebelum menyapu kembali ubat di siku Asyraf.

"Tahanlah sikit."

Iz duduk berteleku di hadapan Qis dan Asyraf.Muka dia dah resah semacam.Kelibat Im masih belum kelihatan.Ayah kata dia pergi rumah Fuad.Nak jumpa kawan lama katanya.

"Kenapa abang?"tanya Qis.Tak tahan tengok muka Im dah macam orang tak betul.Tension semacam.

"Abang takutlah.Tadi abang check motor abang Im, ada calarlah."Im sebak rambut ke belakang.

"Abang Im tak marahnya.Relakslah..chill."Qis sengih.

"Kepala hotak hang chill.Hang punya pasallah ni.Suruh abang bawak motor laju-laju."kata Im sambil menjegilkan biji mata.Qis cebik..macam lah orang takut!

Asyraf dah tergelak kecil.Mereka ni memang kelakar.

"Harith Izdihar bin Mohd Omar!!!!"

"Oh mak kau kucing terpelanting!"latah Qis sebelum mengurut dada.Mak aih! Kuatnya jeritan abang Im.Pekak telinga orang!

Im dah tayang muka takut.Mulut dah terkumat-kamit membaca doa.Perlahan-lahan dia bangkit sebelum menuju ke arah pintu.

"Abang!"

"Apa?"

"Berani ke?"

"Nak buat macam mana lagi? Kenalah jugak!"

"Lari nak?"

"Qis, nak mintak tolong boleh tak?"

"Apa dia?"

"Shut up.Idea langsung takleh pakai.Buat sakit hati orang je."balas Im.Qis jelir lidah.Kurang asam punya abang! Nasib baik aku sayang kalau tak confirm kepala dah benjol.

"Wish me luck!"

"Yelah-yelah."

Im tarik nafas sebelum turun tangga menuju ke halaman rumah.Qis dan Asyraf intai ikut tingkap.Mulut abang Im terkumat-kamit memarahi abang Iz sambil jarinya menunjuk ke arah motor.

"Tu abang Im eh?"tanya Asyraf.Siku yang luka sudah selesai dibalut.

"A'ah."balas Qis.Dia tergelak kecil apabila melihat Im terpaksa menahan telinga mendengar bebelan abang Im.Kasihan abangku..

"Abang-abang hang tu handsome-handsome."puji Asyraf.

"Handsome?"

"Muka abang Im macam hero dalam Autumn in My Heart.Muka abang Iz pulak macam Won Bin yang berlakon dalam Autumn In My Heart jugak."kata Asyraf.Kalau si Nisa tengok abang-abang Qis ni, confirm mengigau tengah malam.Adik dia yang sorang tu memang hantu korea.

Qis senyum."Like brothers, like sister."

"Aku kata abang-abang hang je.Bukan hang!"sindir Asyraf.Dia mengerling sekilas.Qis tengah bengang tu! Dia tergelak kecil

Qis mencekak pinggang.Sengaja dia menepuk luka Asyraf."Ambik hang! Padan muka!"

"Sakitlah! Kejam betul.Aku baru nak puji hang.Tak jadilah macam ni."

"Ada aku kisah?"

Asyraf menjelir lidah.Dia memandang Iz dan Im yang masih lagi sibuk bertelagah dekat bawah.

"Nama panjang hang apa?"

"Dina Qistina binti Mohd Omar.Hang?"

"Asyraf Emir bin Raziman."

"Raziman..."Qis usap dagu.Macam pernah dengarlah nama tu.Bukan ke hah!!! Budak ni anak Dato' ke?!!!

"Hang anak Dato'?!"membulat mata Qis memandang Asyraf yang hanya tenang sahaja.

"Dato'..hmm..a'ah."acuh tak acuh Asyraf menjawab.Glamour sangat ke papa sampai Qis ni kenal?

"Wow! Tak sangka aku boleh kenal dengan anak Dato' Raziman.Ayah hang baik tau.Ayah selalu cerita dekat aku yang ayah hang selalu beri sedekah dekat penduduk kampung yang miskin.Rumah kayu yang besar dekat hujung kampung tu rumah nenek hang eh?"

"Ya.."

"Awat macam tak bersemangat je hang ni? Hang sakit lagi ke? Nak pergi klinik?"

"Aku oklah."

"Serius?"

"Ye..aku ok."Asyraf sebak rambut ke belakang.

"Kalau hang tak ok, cakap dengan aku tau.Aku tahu walaupun kita baru kenal, tapi aku sudi dengar kalau hang ada masalah.Promise, tak kasi tahu orang lain."

Asyraf tersenyum kecil.Dia mengerling Qis sekilas."Apasal hang baik sangat?"

"Ni bukan kes baiklah..aku dah anggap hang kawan aku."

"Baru jumpa sekejap dah boleh jadi kawan ek?"

"Ala, biasalah tu.Masa kita budak-budak pun macam tu jugak! First time jumpa pun boleh terus main macam dah kenal setahun."

"Hahaha..hang ni uniklah."

Kening Qis bercantum."Maksud hang?"

"Tak ada apa."sengaja Asyraf membiarkan Qis berteka-teki.Dia masih ralit memerhatikan tingkah laku Im dan Iz.Alangkah indahnya kalau aku ada abang atau kakak..

~~~~~

"YAY!GOL!"Encik Omar menggeleng.Kalau Iz atau Im yang menjerit tak apa lagi tapi ni Qis.Adoi..

"Abang tengok tak tadi! Argentina memang hebatlah!"Qis tersengih.

"Biasa ajelah.Tak ada yang istimewa pun."ucap Im sambil mengunyah kacang Ngan Yin.

"Mana ada biasa!"

"Udah-udah..pergi masuk tidur.Dah lewat bebenor ni.Nanti mike(kamu) ngantuk pulak esok."

Mereka hanya mengangguk sebelum Qis menutup suis televisyen.Masing-masing dah menguap.Letih giler!

"Qis!"

Qis berpaling semula memandang Iz.Tombol pintu dilepaskan sebelum dia berjalan menghampiri abangnya.

"Apa?"

"Hang sembang apa tadi dengan Asy?"

Qis garu kepala."Asy? Sape?"

Iz ketuk kepala Qis."Asyraf lah!"

"Lah! Dah abang Im panggil dia Asy kenapa? Tak best langsung!"

"Lantaklah nak panggil apa pun."

"Qis tak cakap apa pun dengan dia.Just tanya nama."Qis tutup mulut semasa menguap.Letihnya..

"Dia anak Dato' kan?"tanya Iz sambil tersenyum.

"A'ah.Macam mana tahu?"

"Abang tengok tadi kereta Mercedes yang ambik dia."

"Bila?! Kenapa Qis tak nampak pun?"mata Qis dah terbuka luas.Mercedes tu!

"Hmm..jauh sikit dari rumah opah.Kan masa tu hang tengah cuci pinggan kat dapur.Sebab tu hang tak nampak."

"Ohh.."

Iz cuit lengan Qis sambil tersengih."Asyraf ada cakap apa-apa tak pasal abang?"

Qis tayang muka blur.Tak nak cakap yang Asyraf cakap dia handsome.Nanti hidung dia kembang.

"Tak ada."

"Hang tak tipu?"

"Tak.Orang serius ni!"

"Yelah-yelah! Oklah..I want to go to sleep now.Good night and Assalamualaikum."kata Iz sambil mengenyit mata.

"Ceh! Skipping!"

"Tahulah hang tak reti cakap orang putih.Orang patutnya speaking dia skipping! Entah apa-apa lah hang ni Qis."balas Iz sambil geleng kepala.Qis..Qis..

"Orang nak tidur.Esok nak tolong opah masak breakfast"Qis menguap sebelum menuju ke bilik tidur.Kalau dilayan si Iz ni, sampai esok pun belum tentu habis.Banyak cakap macam perempuan!

~~~~~

"MACAM mana boleh luka ni Em?"tanya Datin Faridah sambil menilik luka di siku Asyraf.

"Terjatuh motor je ma.Luka kecik je."

"Are you sure? Kita pergi klinik ya?"

Pantas Asyraf menggeleng."Tak apalah ma.Luka kecik je.Em kan kuat!"

Opah tersenyum."Macam mana motor atuk hang? Bila nak pergi ambik?"

"Ya Allah! Motor atuk!"Asyraf tepuk dahi sebelum bergegas turun dari kereta.Dia berlari menuju ke rumah Qis.Tadi pun kebetulan dia terserempak dengan mama dan papa sebab tulah terpaksa juga dia naik kereta.Nasib baik dah jauh dari rumah Qis.


QISTINA sedang ralit membaca novel ketika namanya dipanggil.

"Qis!"tercunggap-cunggap Asyraf memanggil Qis.Mana budak ni?Tidur ke?

"Sat!"

"Cepatlah Qis.."

Qis menjenguk ikut tingkap.Bibirnya mengukir senyuman.Asyraf rupanya.

"Kenapa?"

"Motor aku kat mana?"

"Motor hang?"

"A'ah.Motor tadi.."

"Ohhh...Ayah aku pergi hantar bengkel.Ada calar.."

Asyraf garu kepala.Hantar bengkel?

"Hang nak ke?Esok lusa siaplah tu.Jangan risau.Motor hang nanti mesti cun-melecun."

"Ohh..hmm..tapi aku dah nak balik esok.Nanti hang pergi hantar kat rumah opah aku jelah."

Qis tersentak."Awalnya hang nak balik.."

"Papa aku cuti sekejap je.Oklah Qis..aku balik dulu.Semoga kita berjumpa lagi.."

"Ok..bye-bye."

Baru sahaja Qis ingin berpaling masuk ke dalam rumah, Asyraf memanggilnya lagi sekali.

"Qis, nak nombor hang?"

"013-XXXXXXX"

"Thanks! Nanti kalau aku ada masa, aku contact hang."

"Ok."

Im dan Iz yang bersembunyi di balik pintu bilik tersengih-sengih.Masing-masing saling berpandangan sebelum mengangguk.

"Hang rasa apa yang abang rasa?"

"Angah rasa ya.."balas Iz sambil tayang thumbs up.


p/s: Enjoy :)

1 comment:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers