Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, June 11, 2010

Prolog Hanya Ingin Kau Tahu/ DCT


Prolog

HARITH IZDIHAR memandang langit yang terbentang luas.Suara teriakan anak-anak kecil yang bermain di pantai menyentuh hatinya yang rawan.Alangkah indahnya jika isterinya berada di sisinya sekarang.Rindunya terhadap isteri yang tercinta sudah tidak tertanggung lagi.Dia ingin menatap wajah lembut isterinya yang sering tersenyum walaupun hampir setiap masa, kata-kata hinaan dan cacian sahaja yang dilemparkan kepada isterinya itu.Sungguh! Dia menyesal memperlakukan isterinya sedemikian rupa.Surat pemberian isterinya dibawa ke dada.Setiap kali membaca isi surat itu, pasti air mata lelakinya akan mengalir laju.

Assalamualaikum Encik Izdihar,

Maafkan saya jika surat ini mendatangkan sebarang kesulitan kepada encik.Saya hanya ingin meluahkan perasaan yang telah lama saya pendam.Sesungguhnya saya sudah tidak dapat menahan rasa ini.Selagi saya tidak melepaskan semua perasaan saya ini, hati saya akan terus-terusan sakit.

Encik, saya tahu saya bukan sesiapa dalam hati encik.Perkahwinan kita pun terjadi kerana keterpaksaan.Tapi percayalah encik, sememangnya nama encik telah terukir di hati saya sejak hari pertama kita diijabkabulkan.Saya sayangkan encik..Saya tahu saya tak layak untuk menyayangi encik tapi saya tak berupaya untuk menghalang rasa cinta ini.

Saya rela jika encik ingin berkahwin lain.Insya-Allah jika encik izinkan, saya sendiri akan meminang gadis pilihan encik.Saya hanya mahu encik bahagia dan saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan encik.

Encik, saya betul-betul sayang dan cintakan encik.Enciklah lelaki pertama dan yang terakhir dalam hidup saya.Tak ada dua tak tiganya.Terima kasih untuk segala-galanya.

Lisa Farihah
Izdihar merapatkan kembali surat itu ke dadanya.Sayu hatinya setiap kali membaca setiap bait kata yang ditulis oleh isterinya itu sejurus sebelum dia dihalau keluar dari rumah oleh dirinya sendiri.Dihalau keluar oleh suaminya sendiri.
‘Aku ego! Aku ego untuk meluahkan perasaan aku yang sebenar..Lisa, aku cintakan kau.Cinta sangat-sangat.Aku berdosa terhadap kau.Dan aku menyesal melepaskan kau pergi.Aku minta maaf Lisa…minta maaf.’


p/s: Hehe..Moon tahu Moon byk sgt post citer baru.Hrp2 korang semua trima citer ni sbb idea hanya dtg utk citer ni :) Moon takde idea lagi utk SBM..Sorry.Comment ye.




5 comments:

  1. sedihla prolog dia..
    moon, xde watak agiey ke? :)

    ReplyDelete
  2. harith izdihar tu org yg sama dlm cite cnta qistina tu ke? yg jd abg qis tu?

    ReplyDelete
  3. Ohh..tak2..Org yg brlainan.Cuma guna nama yang sama. :)

    ReplyDelete
  4. ooh.. igtkn dia
    hehe.. apapun i follow..

    ReplyDelete
  5. :) Moon suka nama tu sebab tu guna nama tu lagi.Hehe..Lagipun dah kekurangan idea untuk nama..haha.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...