Friday, June 25, 2010

One Love Part 23


"In dreams and in love there are no impossibilities."

"Abang boleh tahan lagi bila dia cakap tak nak kawan sebab abang tahu dia gurau je tapi abang memang tak boleh tahan bila dia cakap kahwin dengan Syahmi, apa susah? Hah! Itu memang tak boleh! Sakit hati ni, Liza oi.."Hilman menyebak rambutnya kebelakang.Heliza yang sedang duduk di kerusi santai sambil membaca buku dikerling sekilas.Hari ini Heliza sengaja datang untuk melawat keadaan mama, papa dan abangnya.Dia langsung tidak mengendahkan keadaan abangnya yang gundah-gulana.

"Liza! Dengar tak apa yang abang cakap ni?"

Heliza menutup buku sebelum memandang muka Hilman.Mak aih..masamnya!

"Abang touching sangatlah.Macam lah abang tak kenal Nia.Dia kan suka kacau abang."ucap Heliza sambil menepuk bahu Hilman.Sejak bila pulak abang aku ni jadi sensitif sangat?

"Abang tahu tapi...abang tak suka dia sebut nama Syahmi.Benci dengar nama tu."

Heliza tarik nafas."Ala bang.Janganlah sebab tu aje, abang dah nak gaduh dengan Nia."

"Abang bukan nak gaduh tapi..hish! Susahlah nak cakap."

"Abang, abang sayang Nia kan?"

Hilman angguk."Sayang sangat."

"Abang nak hidup happily ever after dengan dia kan?"

"Nak.."

Heliza jungkit kening."So? You know what to do, right?"

Hilman gigit bibir."I should see her now?"

"Perlukan bertanya, wahai Encik Hilman Danish bin Lukman?"

Hilman garu kepala.Dah rasa macam blurr pulak sekarang ni.

"I'm going to call her.Is that okay?"

Heliza tergelak kecil.Apa kena dengan abang ku ini? Soalan yang dikeluarkan dari bibir merah itu begitu kelakar.

"Kenapa gelak?"Hilman ketuk kepala Heliza.

"Kadang-kadang abang ni kelakar jugak.Tapi Liza baru perasan, abang jadi macam ni sejak kenal dengan Nia kan? Dulu abang serius je."

"Mana adalah! Abang dari dulu lagi memang kelakar.Liza je yang tak perasan."balas Hilman sambil menjelir lidah.

Tik! Tik!

Hilman menyeluk poket untuk mengambil telefon bimbit.

One new message received.

~Encik, sorry.Didn't mean to say anything about Syahmi.I was just kidding.

Hilman tersenyum.Dia baru sahaja berhajat nak telefon Rania tetapi Rania dulu yang menghantar sms kepadanya.

~Hmm..it's ok.

~Really?

~Yes..

~Thanks :)

Hilman menyebak rambut ke belakang.Kena call jugak.Rasa rindu nak dengar suara Rania.Dia terus menekan nombor Rania yang dihafalnya.

"Assalamualaikum Danila."

"Waalaikumussalam encik.Ada apa?"

Hilman tarik nafas.Tiba-tiba sahaja rasa berdebar-debar.Chill Man..

"I need to see you.Ada hal nak bincang."

Rania mengerling jam di tangan.Baru jam 10.00 pagi.Hilman tak kerja ke?

"Encik tak kerja ke?"

"Tak..cuti.Kau kerja ke?"

"A'ah..hmm..boleh tak kalau kita jumpa masa lunch break nanti.Saya nak pergi jumpa papa kejap.Ada hal nak bincang."

"Hmm..okay.Kita jumpa nanti.I'll pick you up.Tunggu tau!"

Rania tergelak kecil.Dia lega apabila Hilman sudah kembali seperti biasa.

"Okay.Saya tunggu.Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam."

Hilman duduk di sisi Heliza sambil tersenyum.Dia mencubit lembut pipi Heliza sambil mengenyit mata.Heliza memandang pelik.Kena sampuk ke abang aku ni?

"Apa kenyit-kenyit?"

"I'm so happy."

"Happy? Kenapa?"

"Adalah..Nanti Liza tahulah."balas Hilman sambil memandang siling.Tiba-tiba sahaja dia bingkas bangkit sebelum berlari naik ke tingkat atas.Heliza tersentak.Confirm abang aku dah kena sampuk!

~~~~

"Pak cik, saya nak lamar Rania."

Mulut Encik Izhar terlopong luas.Dia tahu orang tua tak elok buat muka macam ini tetapi memang dia terkejut mendengar kata-kata pemuda di hadapannya ini.

"Kamu biar betul Syahmi?"

Mula-mula Encik Izhar ingat kedatangan Syahmi ke pejabatnya adalah untuk membincangkan hal kerja memandangkan syarikat ayah Syahmi dan syarikatnya telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menjalankan satu projek.Tak sangka pula kedatangan Syahmi ini membawa makna lain.

"Pak cik, saya betul-betul serius.Saya dah lama cintakan Rania."

"Pak cik tak tahu nak cakap apa.Rania dah ada orang lain.Kamu kenal Hilman?"

Syahmi angguk."Hah! Tulah orangnya yang Rania cinta.Pak cik tak boleh buat apa-apa lagi.Lagipun soal hati ni tak boleh paksa-paksa."

Syahmi mengeluh lemah.Dia inginkan Rania supaya menjadi miliknya.

"Pak cik, saya betul-betul sayangkan Nia.Saya janji saya akan jaga dia baik-baik."

Encik Izhar membetulkan cermin mata yang melurut ke pangkal hidung.Dia memandang wajah anak muda di hadapannya ini.Tak sangka sampai macam ini sekali penangan Rania.Syahmi yang selama ini begitu berkarisma tiba-tiba sahaja boleh menjadi lemah seperti ini.Ataupun mungkin Rania telah memberi harapan kepada syahmi?

"Maaf Syahmi tapi pak cik memang tak boleh buat apa-apa."

Tok! tok!

Serentak Encik Izhar dan Syahmi memandang ke arah pintu.Rania masuk sambil tersenyum tetapi senyumannya kembali mengendur sebaik sahaja ternampak Syahmi.

"Kenapa Nia datang jumpa papa?"

"Nia nak bincang projek tapi tak apalah.Papa berbincanglah dulu dengan Syahmi.Nia nak keluar dulu.."

"Eh, tak apa.Saya dah habis berbincang dengan pak cik.Awak duduklah sini."cepat-cepat Syahmi menghalang Rania daripada keluar dari bilik Encik Izhar.

"Pak cik, saya balik dulu ya.Terima kasih."

"Sama-sama."balas Encik Izhar.Dia cuba mengukir senyuman tetapi entah kenapa susah betul.

Sebaik sahaja Syahmi keluar, Rania memandang papanya yang sedang bersandar di kerusi.

"Kenapa dia datang sini, pa?"

"Dia cakap dia nak lamar Nia."

"What?!"mata Rania membulat dan mulutnya terlopong luas.Mamat tu dah gila ke?

"But I told him that you don't like him."jawab Encik Izhar pantas apabila melihat muka Rania yang terkejut.

"Dia tu kan pa..memang tak tahu malu betul! Nia dah cakap yang Nia tak suka dia.."

"Ada Nia bagi harapan tak?"

"No..langsung takde.Nia selalu cakap kat dia yang Nia cuma sayang dekat Encik Danish je."

Encik Izhar menghampiri Rania yang berdiri.Perlahan dia menepuk lembut bahu Rania sebelum mengusap kepala anaknya.

"Sabarlah Nia.Mungkin dia akan sedar tak lama yang Nia bukan tercipta untuk dia."

"Hmm..harap-harap macam tulah.Nia tak tahan lagi.Perangai dia merimaskan Nia."

"Papa faham Nia.."

~~~~~

"Adik, wish me luck okay!"jerit Hilman sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Yelah! good luck!"

Hilman tayang peace kepada Heliza sebelum memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah.Dia mengerling ke tempat duduk pemandu untuk melihat bungkusan yang baru sahaja dia jumpa di dalam bilik.Pasti Danila suka hadiah ni!

~~~

Rania mengukir senyuman sebaik sahaja melihat jarum jam semakin menghampiri ke pukul 1.00 tengah hari.Pantas dia mencapai tas tangan sebelum menuju ke arah lif.

"Assalamualaikum Shita."Rania menegur Shita yang merupakan penyambut tetamu syarikat itu.

"Waalaikumussalam Cik Nia.Tunggu sape?"

Rania tergelak kecil."Tunggu Encik Danish."

"Ohh..encik Hilman dengan cik Nia ada apa-apa ke?"

"Hmm..entahlah Shita."Rania cuba mengawal debaran di dada.Soalan Shita membunuhku!

"Saya tahu.Encik Hilman dengan Cik Nia suka sama suka kan?"Shita kenyit mata.Rania hanya ketawa sebelum mengangguk.

Eh, macam ya ya je kan?

"Baguslah kalau macam tu.Encik Hilman dengan Cik Nia memang padan.Macam pinang dibelah dua."

Muka Rania sudah merah.Malu dipuji oleh Shita."Janganlah puji saya lebih-lebih.Nanti saya pengsan."kata Rania sambil ketawa.

Shita turut ketawa mendengar kata-kata Rania.Rania mengerling jam di tangan.Sudah hampir ke pukul 1.15.Adakah Hilman terlupa janji temu mereka? Selalunya Hilman akan berada di sini tepat pada masanya.

"Cik Nia.."

"Ya?"

"Kenapa saya tengok Cik Nia macam risau je?"

"Encik Danish patutnya dah datang ambik saya sekarang.Dia terlupa kot."

"Cik Nia try lah call dia."

Rania mengangguk sebelum mendial nombor Hilman.Malangnya tidak diangkat.

"Tak dapatlah Shita.Saya risau ni."

"Mungkin Encik Hilman datang lambat sikit.Jalam jam barangkali."

"Hmm..harap-harap macam tulah."

Baru sahaja Rania ingin meletakkan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan, tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berbunyi.

'Encik Danish'

Terus Rania mengukir senyuman sebelum mengangkat panggilan Hilman.

"Assalamualaikum Encik.Kenapa lambat?"

"Maaf cik.Cik ni Cik Rania ke?"

Rania tersentak.Kenapa suara ini pula yang kedengaran? Suara yang langsung tidak dikenalinya dan bagaimana orang ini mengenali dirinya?

"Ya.Encik ni sape?"

"Saya Inspektor Hussin."

Inspektor? Dahi Rania berkerut.


p/s : Enjoy! One Love Part 23 :) Sorry lambat post and sorry jugak kalau tak best. Comment lah ye.


5 comments:

  1. first coment yea yea haha oh my allah !!! Apa dah jdy kat hilman? Smbung agi

    ReplyDelete
  2. o-o..
    sumting bad happen..

    ReplyDelete
  3. apa yg berlaku?
    sumtin bad happen...
    tak sabar nk tahu nie..

    ReplyDelete
  4. hohoho...
    alahhh...
    saspen lak...
    pe yg brlaku ngn hilman ni...

    ReplyDelete
  5. alemak ai...
    saspen2
    apa ye yg jd nnti?

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers