Sunday, June 27, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 3



“Lisa..Lisa Farihah.”

Rafiq mengukir senyuman.Ternyata begitu indah nama gadis di hadapannya ini.Sesuai sekali dengan rupa parasnya yang memang menyejukkan sesiapa sahaja yang memandang.

“Mari..join kami.”ajak Rafiq.Muka Lisa berkerut-kerut.Rafiq mengajak dia?

“Fiq, kenapa ajak dia? Tak payahlah.Buat menyemak aje.”Farisya mendengus geram.Dia menjeling Lisa yang diam tidak berkutik di sebelahnya.

“Kenapa tidak? Dia boleh jadi teman aku.Kau dah ada Harith..biarlah aku bawak Lisa.”

Lisa terkesima mendengar kata-kata Rafiq.Dia mengerling wajah Farisya yang memang ternyata berubah.Mungkin kerana jarang sekali orang akan membantah kata-katanya.

“Aku tak kisah.”kata Harith tiba-tiba yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri.

“Kalau kau pun dah bersetju, Harith..Jom Lisa.Ikut kami, nak?”

Lisa pantas menggeleng.Rafiq ternyata terkejut melihat gelengannya.”Kenapa?”

“Saya tak nak menyusahkan Encik Rafiq, Cik Risya dan Encik Harith.Biarlah saya balik dulu.Boleh saya menolong Mak Kiah di rumah.Kasihan dia sorang-sorang di rumah.”jawab Lisa sambil tersenyum.Memang jawapan itu tulus dari hatinya lagipun dia tidak selesa untuk berjalan-jalan bersama-sama mereka.Pasti dirinya akan dihina dan disindir oleh Farisya.

“Eh, mana ada menyusahkan.Saya ikhlas ajak awak.Harith pun dah bersetuju.Kami cuma nak pergi tengok wayang dan makan-makan.”kata Rafiq.Nadanya sudah seperti memujuk.Lisa mula berasa serba-salah.Ingin ditolak, kasihan pula melihat wajah Rafiq yang nampaknya begitu mengharapkan dia mengikut mereka tetapi apabila melihat muka Farisya, jantungnya berdegup kencang.Bimbang jika Farisya melampiaskan kemarahan sebaik sahaja mereka sampai di rumah.Di rumah Datin Salmah, dia hanyalah pembantu.Mana mungkin dia akan membantah apa sahaja yang dikatakan oleh Farisya.

“Tak apalah Encik Rafiq.Lain kalilah ya saya ikut.Hari ni biarlah saya balik dulu.Assalamualaikum.”

“Baiklah..Saya tak nak paksa awak.Waalaikumussalam.”

“Waalaikumussalam.”Harith menjawab salam Lisa.Lisa tersenyum sebelum menganggukkan kepalanya.Perlahan-lahan langkah diatur meninggalkan mereka bertiga.Dia mengeluh lemah.

“Kenapa kau beria-ia ajak si Lisa tu? Dah tersangkut ke?”tanya Farisya sambil mencebik bibir.Dia memang tidak berpuas hati melihat Rafiq melayan Lisa dengan begitu mesra.Bukannya dia cemburu tetapi dia tidak suka.Jejaka seperti Rafiq yang kaya-raya dan kacak menyukai Lisa? Oh..itu mustahil!

“Kalau aku tersangkut pun, kenapa? Apa salahnya? Dia perempuan, aku lelaki.Jadi tak ada salahnya kalau aku sukakan dia.Lagipun dia cantik, manis dan berbudi bahasa.Mama aku confirm suka dia.”balas Rafiq selamba.Matanya masih lagi memandang ke arah pintu shopping complex yang sudah tertutup rapat.Malah kelibat Lisa juga telah tiada.

“Dia tak layak untuk kau.She’s just a maid.

Rafiq mendengus geram.Dia memang tidak menyenangi sikap Farisya yang satu ini.Kerjanya memandang rendah pada orang lain.Padahal, manusia ini sama sahaja di sisi Allah S.W.T. Lagipun duit bukan boleh dibawa ke mati.

“Risya, aku tak kisah dia orang gaji ke? Tukang sapu sampah ke? Whatever! Yang penting adalah hati dia.”tegas Rafiq.

“Sudah-sudah.Jangan bergaduh.Tak bestlah macam ni.Hari ni kan hujung minggu.Jom kita berseronok..Fiq, bukan ke kau kata nak tengok sangat Avatar? Jomlah..”celah Harith cuba menghentikan pergaduhan yang terjadi antara Rafiq dan Farisya.Dia tidak mahu mereka berdua bergaduh semata-mata kerana Lisa yang tidak membawa apa-apa makna itu.

Sorry lah Harith.Aku dah tak ada mood.Aku nak balik dulu.Bye..”laju sahaja kaki Rafiq melangkah meninggalkan Harith dan Farisya.Malas untuk terus berdepan dengan Farisya.Menambahkan lagi sakit di hatinya sahaja.


~~~~


Bab 3

FARISYA menghentakkan kakinya sebelum menjerit sekuat hati.Sakit betul hatinya mendengar kata-kata Rafiq.Beria-ia Rafiq mempertahankan Lisa yang hanya bekerja sebagai orang gaji itu! Yang tidak berpendidikan itu!

“Lisa!!!”bergema jeritannya di dalam rumah banglo mewah itu.Lisa yang sedang mencuci pinggan di dapur tersentak.Nyaris-nyaris pinggan yang dipegangnya terlepas daripada tangan.

“Kenapa tu Lisa?”tanya Mak Kiah.Dia memandang wajah Lisa yang pucat.

“Pasti ni sebab tadi..Nanti Lisa cerita dekat Mak Kiah.Biar Lisa jumpa Cik Risya dulu ya.”Mak Kiah hanya mengangguk.Perlahan-lahan Lisa keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu.Dia melihat Farisya sedang duduk di atas sofa dengan muka yang serius.Farisya berpaling memandang Lisa.

“Ya saya, Cik Risya?”

“Aku nak kau berhenti!”

Mata Lisa membulat.Berhenti? Hampir-hampir sahaja dia jatuh terduduk di situ.Wajah tegang Farisya dipandang.

“Apa salah saya Cik Risya?”tanya Lisa dengan mata yang sudah bergenang.Masakan baru sehari bekerja di sini, dia ingin diberhentikan.Tak!

Dia tidak ingin kembali ke kampung.Penduduk di kampung hanya tahu menghina dirinya yang tinggal bersendirian di rumah yang disewa murah.Bersusah payah dia mengambil upah menjahit pakaian semata-mata untuk membayar wang sewa rumah.Pernah juga dia tidak tidur malam semata-mata untuk menyiapkan tempahan.Telinganya sudah tidak mampu menahan segala tohmahan yang mampu menyiatkan hatinya menjadi kepingan kecil.Mak cik Wan yang tinggal di sebelah rumahnya sering melemparkan fitnah yang dia sering berpeleseran bersama-sama lelaki sejak kematian kedua-dua ibu bapanya.Padahal dia hanya duduk diam-diam sahaja di dalam rumah sambil menjahit baju-baju yang ditempah oleh penduduk kampung yang lain.Akhirnya tiada sesiapa yang ingin menempah baju lagi akibat daripada fitnah yang dilemparkan oleh Mak Cik Wan.

“Aku tak suka bila Rafiq beria-ia mempertahankan kau.Kau tu apalah sangat.Setakat orang gaji tapi dia mempertahankan kau macam kau ni anak orang kaya.Aku yang kawan baik dia ini pun sanggup dimarahinya.”tegang wajah Farisya.Marah sekali dia apabila kawan baiknya memperlakukan dia sedemikian rupa.

“Saya tak sangka yang Encik Rafiq akan mempertahankan saya.Saya..Saya..”

“Sudah-sudah.Aku tak nak dengar apa-apa lagi.Sekarang ni kau pergi kemas barang-barang kau.Baik kau duduk kampung tunggu orang pinang.Bukan ke senang cari jodoh kat kampung.Kahwin aje dengan orang tua kalau susah-susah sangat.Kau pun bukan cerdik mana.”sempat lagi Farisya melemparkan kata-kata hinaan kepada Lisa.Lisa tertunduk lemah.

Perlahan Lisa menghampiri Farisya sebelum memeluk kaki Farisya.”Saya merayu Cik Risya.Tolong jangan pecat saya.Saya masih ingin kerja dan saya akan jauhkan diri daripada kawan-kawan Cik Risya.Saya janji..”

Lisa tersenyum sinis.Dia memandang Lisa yang sanggup berlutut di hadapannya.”Jangan sentuh aku.”

Lisa berundur ke belakang.Matanya memandang Farisya yang sedang berdiri.”Aku dah buat keputusan dan aku takkan sesekali tarik balik apa yang aku dah cakap.”ucap Farisya dengan tegas.Baru sahaja Lisa ingin mendapatkan kembali Farisya, bahunya disentuh lembut.

Perlahan Lisa berpaling dan melihat Mak Kiah sedang tersenyum sambil menepuk lembut bahunya.”Mari kita kemas barang, nak.Kita keluar dari sini ya.”kata Mak kiah dengan lembut.Dia mengelap pipi Lisa yang bersisa dengan air mata.

“Kenapa Mak Kiah nak keluar dari sini? Mana ada aku suruh kan?”tanya Farisya sambil memandang ke arah Mak Kiah.

“Mak Kiah nak berhenti.Mak Kiah dah tak sanggup kerja dalam rumah ni lagi.Banyak maksiat dan yang paling Mak Kiah tak tahan adalah perangai Cik Risya yang tak reti menghormati orang.Cik Risya hanya tahu menghina dan memperkecilkan orang miskin seperti kami.”

Muka Farisya menjadi merah mendengar kata-kata pedas yang dikeluarkan oleh Mak Kiah.”Fine! Kalau kau nak pergi, pergilah! Aku tak kisah.Memang dasar orang miskin! Berambus keluar dari rumah aku!”Farisya sudah mula terjerit-jerit.Panas hatinya apabila dihina oleh orang gaji seperti Mak Kiah.

“Lisa..Mak Kiah.”suara yang tiba-tiba sahaja kedengaran di muka pintu menyebabkan semua yang berada di ruang tamu berpaling memandang ke arah pintu.

“Rafiq!”Farisya kelu apabila melihat Rafiq yang sedang berdiri di depan muka pintu.Tajam pandangan mata Rafiq memandang wajahnya.Farisya memegang hujung jari tangan.Dia pasti yang Rafiq telah mendengar semuanya.Wajah Rafiq yang tegang telah menjelaskan semuanya.

“Tak sangka kau macam ni Risya.Teruk sangat perangai kau!”kata Rafiq dengan kasar.Perlahan dia menghampiri Mak Kiah dan Lisa sebelum tersenyum.

“Mak Kiah dengan Lisa tinggal dengan saya ya.”

“Tinggal dengan Fiq?”

“Ya, Mak Kiah.Tinggal dengan Fiq.Mahu?”tanya Rafiq sambil tersenyum.Farisya yang berdiri berdekatan mereka tidak dilayan.Tumpuan dia lebih kepada Mak Kiah dan Lisa.

“Mahu tapi Mak Kiah nak bawak Lisa sekali.”

Rafiq ketawa kecil.”Memang Fiq nak bawak Lisa sekali.Mana mungkin Fiq nak tinggalkan Lisa seorang diri.”

Lisa memandang Rafiq.Betul ke lelaki ini sanggup membawa dia sekali?

Rafiq yang menyedari dirinya diperhatikan mengalihkan pandangan ke arah Lisa.”Awak kena ikut tau.Saya tak nak apa-apa terjadi dekat awak.”

Lisa hanya diam.

“Lisa ikut Mak Kiah, kan?”lembut Mak Kiah bertanya.

Lisa mengukir senyuman manis sebelum mengangguk.Rafiq tersenyum senang.Lega hatinya apabila Lisa sanggup mengikutnya.

“Jom kita kemas barang.”Rafiq mendahului mereka naik ke tingkat atas.Selepas mengemas apa yang patut, Rafiq membantu dengan menjinjit beg mereka turun ke tingkat bawah.Sebelum keluar dari rumah banglo mewah itu,Rafiq berpaling ke arah Farisya.

“Aku akan jaga diorang lepas ni.”sebaris ayat itu dituturkan oleh Rafiq sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu.Lisa berpaling memandang Farisya.

“Maafkan saya Cik Risya.”

Perlahan-lahan Lisa pun turut mengikut langkah Mak Kiah dan Rafiq.


DATIN SALMAH menjeling geram.Sakit hatinya apabila mendapat khabar bahawa Farisya telah memecat Mak Kiah dan Lisa.Kalau Lisa itu tidak mengapa lagi tetapi Mak Kiah pun dipecatnya sekali.Sayang untuk melepaskan wanita separuh umur itu yang sudah banyak menabur jasa kepada keluarga mereka.Jika diikutkan hatinya, ingin sahaja dilempangnya pipi Farisya.Anaknya yang satu ini cukup panas baran.Berbeza betul jika dibandingkan dengan abangnya, Faizul Hakimi.Anak lelakinya itu cukup penyabar orangnya dan tidak suka bercakap kasar.

“Habis, sekarang ni kita nak makan apa? Mama tak nak masak-masak ni.Tak suka!”

“Kita ambik jelah orang gaji yang baru.Apa susah?”jawab Farisya dengan tenang.Dia ralit membaca majalah tanpa menghiraukan keadaan Datin Salmah yang sudah pening memikirkan mengenai urusan rumah tangga yang perlu dibereskan.

“Kamu ingat senang ke nak cari orang gaji yang betul-betul berkebolehan.Ada sesetengah tu reti memasak tetapi mengemas rumah tak reti langsung.Ada sesetengah tu pula, kemas rumah bukan main terror tapi memasak hampeh!”

Farisya memandang Datin Salmah.”Habis tu mama nak Risya buat apa?”

“Pujuk balik Mak Kiah.Biar dia kerja dengan kita balik.”

Membulat mata Farisya mendengar cadangan mamanya itu.Memujuk kembali Mak Kiah? No! No! Tak nak!

“Tak naklah ma! Takkan Risya nak jilat ludah sendiri? Kan Risya dah pecat Mak Kiah.”

“ Mama tak nak ambik tahu semua tu.Yang mama tahu..you better find a new maid for me.Mama beri masa 2 hari aje.Atau Risya akan pergi jumpa Mak Kiah.”tegas Datin Salmah.Dia meninggalkan Farisya di ruang tamu bersendirian.Biarlah anaknya itu memikirkan cara untuk memastikan rumah mereka kembali mempunyai orang gaji.

“Argh!”Farisya menekup muka.Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengambil telefon bimbit yang diletakkan di atas meja.Terus dia mendail nombor Harith.Hanya Harith yang mampu mendamaikan hatinya yang sedang sakit ini.

“Hello sayang.”ceria suara Harith menyambut panggilan.

I need to see you now.

See me? Okay.Where?

`”Hmm..you datang ambil I boleh?”

Sure darling.Nanti I sampai.”

Thanks.Bye.


HARITH tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat Farisya di hadapan pintu pagar rumah mewah itu.Dia menilik pakaian yang dipakai oleh Farisya.Sehelai t-shirt putih yang mengikut bentuk badannya dan juga sehelai skirt separa lutut.Rambut yang panjang dibiarkan lepas.Bergerak-gerak mengikut gerakan tubuhnya.Farisya memang kelihatan begitu seksi sekali malam itu.Harith mengukir senyuman.

“Hi sayang, lama tunggu?”tanya Farisya sambil tersenyum sebaik sahaja masuk ke dalam kereta milik Harith.

“Baru je lagi.Kita nak pergi mana sekarang?”Harith mencapai jari-jemari Farisya sebelum mengusapnya lembut.Wajah Farisya dipandang.Kenapa berlainan benar riak mukanya?

“Sayang, are you okay? Kenapa nampak macam tak sihat je?”tanya Harith lagi apabila Farisya hanya diam seribu bahasa.Dia tahu pasti ada yang tidak kena.Selalunya Farisya banyak bercerita tapi kali ini sejak masuk ke dalam kereta, dia hanya diam.

“I tak okey.Semuanya pasal orang gaji tak berguna dua orang tu! Benci betul!”Farisya menghentak-hentak dashboard.

“Kenapa dengan diorang? Maksud you Lisa dengan Mak Kiah ke?”

“Yelah! Diorang tu memang menyusahkan hidup I.”

“You pecat jelah mereka tu.I tak nak tengok you marah-marah macam ni.Takut nanti you sakit.”ucap Harith sambil mengusap rambut Farisya.

“I dah pecat tapi mama I..mama suruh cari orang gaji dalam masa 3 hari.Kalau tak, I kena pergi pujuk Mak Kiah.I tak nak pujuk dia..I tak suka.”

“I akan tolong you cari orang gaji yang baru.And luckily I know someone yang memang perlukan kerja sekarang ni.”kata Harith sambil tersenyum apabila melihat wajah Farisya yang sudah tidak tegang lagi selepas mendengar kata-katanya.

Who?

“Jiran mak saudara I dekat kampung.Dia ibu tunggal.I’m sure that she would like to have this job.”

“Dia larat ke nak buat semua kerja rumah nanti?”

From my observation, dia masih lagi kuat.Hmm..rasa-rasanya dia sebaya Mak Kiah.”

“Hmm..fine then.Nanti you bawa dia jumpa I.Okay now, jom kita pergi disko boleh? I teringin nak menari.”rengek Farisya sambil memaut lengan Harith.

“Okay.”

p/s : Sorry kalau entry ni entah hape2.. :) Oh ye, Harith Izdihar dlm DCT tiada kena mengena dengan Harith Izdihar dlm CQ.Moon saja guna nama yang sama. ;) Iz dlm CQ bdk baik dgn kelakar.Dlm DCT, dia jenis sosial. :)

Lagi satu, Moon dah tukar semua watak untuk Stand By Me..tajuk dia pun dah bertukar.Tajuk yang baru Love Melody :) Tapi masih blm dipost kan lagi.Dlm proses edit..

3 comments:

  1. hohohoh...
    pdn muka ngn farisya 2....
    bestnya klu dpt llki sbiak rafiq....
    farisya ssuai pragai ngn hilman...
    cocok benar....

    ReplyDelete
  2. wa... sukanya dgn rafiq tu :)
    sweet sgt!!!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers