Monday, June 14, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 2



Bab 2

“SAYANG kenapa lambat sangat? Lama tau I tunggu you.”rengek Farisya sebaik sahaja melihat Harith Izdihar yang baru keluar dari perut kereta Bentley.

Izdihar tersenyum sebelum mengusap lembut pipi Farisya.”Sorry sayang.Jalam jam tadi.But I’ve something for you.”pujuk Izdihar sambil menghulurkan sejambak bunga ros kepada Farisya.Farisya tergelak kesukaan sebelum mencium pipi Izdihar.

“Ya ALLAH.Beraninya Cik Farisya.”terlopong luas mulut Lisa melihat adegan sebentar tadi.Dia terkejut melihat betapa selambanya Farisya mencium pipi lelaki yang bukan mahramnya sekalipun lelaki itu adalah teman lelakinya.Lisa menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Lisa tengok apa tu?”tanya Mak Kiah sambil menepuk bahu Lisa.Dia baru sahaja selesai menghantar minuman ke ruang tamu.

“Lisa tengok Cik Farisya dengan teman lelaki dia tu.Bukan main mesra.Siap cium-cium pipi lagi.”kata Lisa dengan muka yang berkerut-kerut.Mak Kiah tergelak kecil melihat ekpresi muka Lisa.

“Mak Kiah dah biasa tengok semua tu.”tutur Mak Kiah.Lisa terperanjat mendengar kata-kata Mak Kiah.Maknanya sebelum ini pun, mereka berkelakuan seperti tadi.Masya-Allah..

“Tak ada siapa ke yang tegur diorang Mak Kiah? Tak elok ditengok orang.”tanya Lisa dengan pelik.Takkan dibiarkan sahaja perbuatan mereka itu.Yang tidak segan silu berpelukan di hadapan orang lain.

“Datin dengan Datuk pun tak cakap apa-apa, Lisa.Takkan Mak Kiah pulak nak tegur dia.Nanti Cik Risya marah kat Mak Kiah sebab sibuk pasal hal dia.”

Lisa mengangguk mendengar kata-kata Mak Kiah.Haih…terpaksalah aku menanggung dosa melihat kemungkaran ini.Mencegah kemungkaran menggunakan hati adalah selemah-lemah iman tapi apalah dayaku.Berserah sahajalah.

“Diorang dah nak bertunang tak lama lagi.”ujar Mak Kiah lagi.

“Ohh..berapa umur Cik Risya dengan teman lelaki dia tu?”tanya Lisa ingin tahu.
‘Kalau tengok dari gaya, Cik Risya macam dah 24 tahun.Teman lelakinya pula macam dah 30 tahun tetapi ada sesuatu mengenai lelaki itu yang menarik hatinya untuk terus melihat.Tak, aku tak jatuh cinta! Aku cuma suka tengok muka dia.’bantah Lisa dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Mak Kiah yang melihat perbuatannya memandang dengan pelik.Apa kena pula dengan si Lisa ni.Tiba-tiba aje menggeleng.

“Lisa, kenapa tergeleng-geleng ni?”pertanyaan Mak Kiah memecahkan lamunan Lisa.Lisa tersengih malu.Tak sangka dah jauh rupanya dia merepek seorang diri.

“Tak ada apa Mak Kiah.Lisa memang macam ni.Suka berangan seorang diri.”

“Ada-ada aje kamu ye Lisa.Oh iya, Mak Kiah lupa jawab soalan Lisa tadi.Cik Risya tu dah 25 tahun.Harith pula dah 30 tahun.”jawapan dari bibir Mak Kiah membuatkan Lisa tersenyum.Siapa sangka tekaannya hampir mengena.

“Lisa pulak? Berapa umurnya?”tanya Mak Kiah.Dia belum berpeluang untuk bertemu ramah dengan gadis manis di hadapannya semalam.Terlampau banyak kerja yang harus disiapkan.

“Lisa..hmm..baru 23 tahun.”jawab Lisa sambil tersenyum.

“Muda lagi rupanya.Macam mana Lisa boleh nak jadi orang gaji ni?”

Lisa tertunduk memandang lantai.Dia sama sekali tidak berniat untuk menjadi seorang pembantu rumah.Langsung tiada.Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang usahawan berjaya tetapi apakan daya, masalah yang menghimpit keluarganya menghalang keinginannya itu untuk tercapai.

“Lisa tak pernah bermimpi untuk menjadi seorang pembantu rumah, Mak Kiah.Langsung tak pernah.”lirih suara Lisa bercerita.

“Habis tu kenapa Lisa jadi pembantu?”

“Keluarga Lisa miskin, Mak Kiah.Kami nak makan pun susah walaupun Lisa anak tunggal.Lisa tak habis sekolah..masa form 4, Lisa dah berhenti sekolah sebab mak dan ayah Lisa tak mampu nak bayar yuran.”balas Lisa.Tubir matanya mula memberat dengan air mata.

“Mak dengan ayah Lisa ada dekat mana sekarang?”soal Mak Kiah lagi.Kasihan dia melihat gadis yang dihadapannya sekarang.

“Mak dengan ayah dah meninggal dalam kebakaran.Rumah kami..”Lisa menarik nafasnya.”Rumah kami terbakar.Lisa berjaya keluar itu pun sebab mak dengan ayah yang tolong.Kalau tak, Lisa pun akan terkorban sekali.”

Kali ini,air matanya langsung tidak dapat dikawal.Mengalir laju menuruni pipinya.Dia amat merindui kedua-dua ibu bapanya.Perlahan-lahan Mak Kiah memeluk tubuh Lisa sebelum mencium kepala Lisa yang dilitupi tudung.

“Mak Kiah boleh jadi mak Lisa.Mak Kiah pun dahagakan kasih sayang seorang anak.Anak-anak Mak Kiah semuanya dah tak sayang dekat Mak Kiah.”

“Anak-anak Mak Kiah tak sayang Mak Kiah? Apa maksud Mak Kiah?”tanya Lisa sambil mengesat air matanya.’Mak,maafkan Lisa sebab menangis.Lisa tahu mak tak suka tengok Lisa nangis tapi Lisa rindu mak.’

“Mereka semua pulaukan Mak Kiah lepas dah jadi kaya.Mereka tak sedar selama ini Mak Kiah yang bersusah-payah menjaga mereka dari kecil sampai besar.Tapi Mak Kiah reda..biarlah Tuhan yang membalas segala perbuatan mereka.”sayu kedengaran Mak Kiah.Lisa memegang bahu Mak Kiah sebelum tersenyum.

“Mak Kiah ada Lisa.Insya-Alla Lisa akan jaga Mak Kiah.”

~

FARISYA memaut mesra lengan Harith sambil tersenyum manja.Dia bangga mempunyai kekasih seperti Harith yang sememangnya mempunyai pakej yang lengkap.Memiliki rupa paras yang kacak sehingga dianggap sebagai model.Malah, Harith juga merupakan naib pengerusi Syarikat Mega Pelangi Sdn.Bhd. Dia tersenyum lagi.Pasti hidupnya akan lebih bahagia setelah berkahwin dengan Harith Izdihar, jejaka idaman kebanyakan wanita.

“Kenapa sayang? Tersenyum-senyum dari tadi.”tanya Harith sambil tersenyum.Dia mencuit pipi gebu Farisya.

“Tak ada apa..I’m just happy to have you as my boyfriend.”balas Farisya.Dia melentokkan kepala di atas bahu Harith.

“I pun..bertuah dapat girlfriend yang cantik dan sweet macam you.”

Lisa yang mengikut dari belakang mencebikkan bibir.Meluat dia melihat kemesraan mereka berdua.Kalau tidak difikirkan ini adalah arahan daripada Datin Salmah, dia sama sekali tidak akan mengikut merpati dua sejoli ini membeli-belah.Lebih baik dia menolong Mak Kiah yang bersendirian di rumah.

“Cepatlah jalan.Lembab lah kau ni.”sergahan Farisya mengejutkan Lisa.Terkocoh-kocoh Lisa mendapatkan mereka berdua.Muka Harith langsung tidak dipandang.

“Maafkan saya, Cik Risya.”

“Kau boleh balik sekarang.Aku dengan Harith nak pergi jalan-jalan dulu.Kau bawak baju ni balik lepas tu susun elok-elok dalam bilik aku.Aku nak tengok semuanya tersusun!”kata Farisya sambil bercekak pinggang.Lisa tercengang seketika.Bukan kerana dia tidak memahami arahan Farisya cuma satu sahaja yang menjadi kemusykilannya sekarang.Farisya menyuruh dia balik tapi nak balik dengan apa?

“Saya nak balik dengan apa, Cik Risya?”

“Apa bengap sangat kau ni?! Balik dengan bas atau teksilah! Itu pun aku nak ajar ke?”kasar sekali bahasa yang dituturkan oleh Farisya.Dia langsung tidak menghiraukan mata-mata yang memandang.Muka Lisa sudah membahang merah kerana malu.

“Maafkan saya, Cik Risya.Saya balik sekarang.”perlahan-lahan langkah diatur meninggalkan shopping complex tersebut.Dia memujuk hati yang terluka akibat dihina sedemikian rupa oleh Farisya.Dia sedar yang dia tidak pandai.Belajar pun tak habis tapi sekurang-kurangnya dia lebih berbudi bahasa daripada Farisya.

Buk!

“Maafkan saya.”

Lisa tercengang sebelum membantu lelaki itu mengangkat beg-beg pakaian Farisya yang terjatuh.

“Tak apa.Salah saya jugak.Jalan tak tengok depan.”tutur Lisa sambil tersenyum.Lelaki itu membalas senyuman Lisa sebelum menghulurkan sesuatu kepada Lisa.

Name card saya.”

‘Ikhmal Rafiq.’

“Nama awak apa?”tanya Rafiq sambil menyebak rambutnya ke belakang.Lisa mengangkat mukanya.

“Nama saya?”

Rafiq mengangguk.”Ohh, nama saya…”

“Eh, bukan ke aku suruh kau pergi balik?”sergahan Farisya dari belakang mengejutkan Lisa.Rafiq yang berdiri di hadapan Lisa terkebil-kebil.Kasihan pula dia melihat riak wajah Lisa yang ternyata berubah.

“Fiq, kau kenal ke budak ni?”tanya Harith sebelum menepuk bahu Rafiq.Rafiq menggelengkan kepalanya.

“Aku terlanggar dia tadi.Tak sengaja..”terang Rafiq.Dia masih lagi tidak mengalihkan pandangan.Matanya masih lagi memandang Lisa yang sejak dari tadi menundukkan kepalanya.

“Dia ni orang gaji aku.”kata Farisya pula.Di bibirnya, terukir senyuman sinis seolah-olah menyindir Lisa.

“Tak sangka pula, sekarang ni orang gaji bukan main lawa lagi.Kalah majikan..”puji Rafiq selamba tanpa mempedulikan wajah Farisya yang sudah memerah.Ingin sahaja dia ketawa di situ.Dah memang kenyataannya, gadis yang berdiri di hadapannya ini lebih cantik daripada Farisya yang gemar bersolek untuk mencantikkan rupa parasnya.

“Nama awak apa? Tadi awak tak sempat nak bagitahu.”Rafiq memandang Lisa.Perlahan-lahan Lisa memandang Farisya sebelum memandang Rafiq.

“Lisa..Lisa Farihah.”

p/s: Enjoy :)


6 comments:

  1. Moon!
    Love ya! hehe, suka sgt dgn meaning lgu tu ;)
    entry ni best. pling best time rafiq cakap lisa cntik, kalah majikan :)
    xD

    ReplyDelete
  2. hahahaah
    best2
    smbg cpt ea
    nk lisa ngan rafiq

    ReplyDelete
  3. salam...
    wah!!!
    best3!!!
    smbung lg..;)

    ReplyDelete
  4. hohohooh....
    best2x....
    farisya 2 kerek la...
    smbung2x..

    ReplyDelete
  5. nk lagi...sume e-novel dlm blog ni best lar..tahniah pnulis

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers