Saturday, June 12, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu / Dialah Cinta Terakhirku 1



“ASSALAMUALAIKUM…”

“Waalaikumussalam.”seorang wanita separuh umur menghampiri Lisa yang sedang berdiri di balik pagar.

“Anak ni siapa?”tanya wanita itu.Dia melihat Lisa yang sedang menjinjit sebuah beg yang agak besar.

“Saya Lisa, mak cik.”balas Lisa sambil tersenyum.Dia membetulkan pegangan di beg yang semakin longgar.

“Ohh, pembantu baru ya.Nama mak cik Rokiah.Panggil Mak Kiah aje.Jemputlah masuk.”Mak Kiah membuka pintu pagar dengan menggunakan alat kawalan jauh sebelum menyuruh Lisa mengikutnya masuk ke dalam rumah banglo mewah itu.

Terpegun Lisa melihat hiasan dalaman rumah banglo berkenaan.Hampir kesemua hiasan di situ terdiri daripada warna putih dan emas.Nyaris-nyaris sahaja Lisa terlanggar Mak Kiah yang telah berhenti akibat terlalu asyik melihat keindahan rumah itu.

“Datin, pembantu baru dah sampai.”kata Mak Kiah sebelum menyuruh Lisa ke hadapan sedikit.Lama Lisa memerhatikan wanita yang membelakanginya ini.Langsung tidak menunjukkan tanda untuk berpaling memandangnya.

“Tunjukkan yang mana satu bilik dia, Mak Kiah.Lepas itu, suruh dia kemaskan bilik Farisya.”ucap wanita itu tanpa langsung memandang Lisa.Suaranya juga kedengaran begitu kasar.Mak Kiah hanya mengangguk mengiakan arahan daripada wanita itu.

“Mari, Lisa.Mak Kiah tunjukkan bilik.”lembut suara Mak Kiah menendang gegendang telinga Lisa.Perlahan-lahan Lisa mengambil begnya lalu terus mengikut langkah Mak Kiah ke tingkat atas.

“Ini bilik Lisa.”Mak Kiah membuka pintu.Bilik itu hanya terisi dengan sebuah katil dan sebuah meja solek kecil.Tingkapnya pula hanya ditutup dengan menggunakan sehelai kain langsir yang sudah lusuh.Jelas kelihatan beberapa bentuk lubang.Berkerut sedikit dahi Lisa melihat suasana bilik itu yang kelihatan sangat usang.

Perlahan-lahan Lisa melangkah masuk ke dalam biliknya.”Terima kasih Mak Kiah.”
“Bilik ni dah lama tak berpenghuni.Dulu, anak Datin yang bongsu duduk dalam bilik ni tapi sejak dia ke luar negara dan menetap di sana, bilik ni terbiar.Akhirnya, Datin suruh Mak Kiah buang segala perabot dalam bilik ni kecuali katil dengan meja solek.Nanti Mak Kiah bawakan langsir baru untuk Lisa ya.”terang Mak Kiah.Mungkin dia menyedari perubahan di wajah Lisa sebentar tadi.

“Oh..patutlah.Tak menyusahkan Mak Kiah ke?”tanya Lisa sambil tersenyum.
“Eh, tak adalah menyusahkan.Memang ada langsir lebih dalam bilik Mak Kiah.Biar Mak Kiah pergi ambik.”balas Mak Kiah sebelum berlalu keluar dari bilik Lisa.

Lisa berjalan-jalan di sekitar bilik sebelum melabuhkan punggung di atas katil.’Bilik ini cantik sebenarnya cuma ia perlukan sedikit pengubahsuaian.’bisik hati kecil Lisa.

“Nah Lisa..”Mak Kiah menghulurkan sehelai langsir berwarna biru kepada Lisa.

“Terima kasih Mak Kiah.Lisa pergi sangkut sekarang.”Lisa mencapai kerusi meja solek sebelum memanjat naik untuk mencabut langsir lama yang sudah lusuh.Tak sampai 5 minit, kerjanya sudah siap.Terasa bilik itu lebih berseri setelah langsirnya telah bertukar warna.Cantik!

“Nampak cantik pulak bilik ni Mak Kiah tengok.”tutur Mak Kiah sambil tersenyum.Memang bilik ini nampak lebih berseri-seri selepas ditukar langsirnya.

“A’ahlah Mak Kiah.Memang cantik.Cuma kena touch-up sikit je lagi.”

Mak Kiah hanya mengangguk sahaja mendengar kata-kata Lisa.”Ikut suka Lisa lah nak hias macam mana.Mak Kiah tak kisah.Oh iye, Mak Kiah baru teringat.Tadi Datin pesan suruh Lisa kemas bilik Farisya kan?”

“Bilik Farisya?”

“Bilik anak Datin yang kedua.”terang Mak Kiah.

Lisa mengangguk tanda faham.”Yang mana satu bilik Cik Farisya, Mak Kiah?”

“Mari ikut Mak Kiah.Biar Mak Kiah tunjukkan.”

Mak Kiah berjalan beriringan bersama-sama Lisa menuju ke bilik Farisya yang hanya selang tiga buah bilik.Perlahan-lahan Mak Kiah mengetuk pintu bilik yang tertera nama ‘Farisya Hanis’.

“Cik Risya..”

“Hmm..masuk.”kedengaran suara seorang wanita membenarkan mereka berdua masuk.Mak Kiah mengucap bismillah sebelum memulas tombol pintu.Langkah diatur memasuki bilik Farisya diikuti oleh Lisa dari belakang.

Terbuntang luas mata Lisa melihat bilik Farisya.Begitu cantik sekali.Seumur hidupnya selama 23 tahun, ini adalah kali pertama dia melihat sebuah bilik yang begitu cantik.’Bertuah sungguh Cik Farisya kerana dilahirkan dalam keluarga yang mewah.’desis hati Lisa.Tiba-tiba sahaja rasa sebak mula bertandang apabila mengenangkan ibu bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi setahun yang lalu.

“Cik Risya, ini Lisa.Dia pembantu baru rumah ni.”

Lisa mengukir senyuman manis apabila Farisya yang sedang sibuk bersolek memalingkan wajah memandangnya.Ternyata Farisya memang seorang wanita yang anggun.Cantik sekali raut wajahnya.

“Hmm..kau pergi ambik pakaian kotor aku tu.Cuci guna tangan.Baju aku tu mahal.Kalau rosak, siap kau.”lancang sahaja mulut Farisya berkata-kata.Mak Kiah hanya mengangguk sebelum mengambil bakul yang berisi pakaian kotor yang terletak di sebelah pintu bilik air.
Lisa ternyata terkedu melihat perangai Farisya yang langsung tidak molek seperti wajahnya.Bahasa yang dituturkan oleh Farisya langsung tidak sesuai untuk digunakan terhadap wanita setua Mak Kiah.Ingin sahaja dia memberikan nasihat kepada Farisya tetapi memandangkan dirinya hanyalah orang gaji di rumah besar itu, dia membantutkan niatnya itu.

“Tak apa Mak Kiah.Biar Lisa yang cuci baju ni.”Lisa mengambil bakul yang berada di tangan Mak Kiah.

“Pandai ke kau basuh baju aku yang mahal tu?”sindir Farisya yang masih lagi sibuk menilik wajahnya di cermin.

“Insya-Allah, saya boleh cuci baju ni Cik Risya.”kata Lisa dengan lembut.

“Basuh elok-elok.Kalau rosak, siap kau.Aku suruh mama pecat kau nanti!”tegas suara Farisya memberikan amaran kepada Lisa.Lisa mengangguk sebelum meminta diri.Tidak betah untuk berlama-lama di dalam bilik Farisya.

“Tak apa ke Lisa? Mak Kiah boleh tolong basuhkan baju Cik Risya.”

Pantas Lisa menggeleng.Baju yang perlu dibasuh bukannya sedikit.Satu bakul.Tidak sanggup dia membiarkan Mak Kiah membasuhnya seorang diri.Biarlah dia yang masih lagi muda membasuh baju-baju ini.

“Terima kasih Lisa.Senang hati Mak Kiah bila Lisa ada.”Mak Kiah tersenyum senang.

“Sama-sama Mak Kiah.”


p/s : Commentlah ye :D

6 comments:

  1. best :)
    huhu
    jgnlhah harith tu peel mcm ma n' farisya tp tntulah sama kan?
    hehe

    ReplyDelete
  2. hohohoho...
    sombongnya ank org kaya...
    best2x....

    ReplyDelete
  3. sori lah i x bace cite u...hehehe..kalu i x bace pun i dh tau x best...i mengata u nie....hahaha

    ReplyDelete
  4. ting ting80~ Maaf kalau saya kurang ajar tapi saya tak memaksa pun untuk awak membaca cerita saya.Kalau awak tak nak baca, fine! Saya tak kisah.Tapi jangan mengata saya sebab saya tak pernah mengata awak.Apa-apa pun, terima kasih!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers