Friday, June 11, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 9


Aku terus-terusan memandang Karmila.Entah kenapa hati aku tidak pernah berasa enak sejak kepulangannya ke Malaysia.Aku merasakan dia seperti mempunyai agenda tersendiri.

"Kandungan kau dah berapa bulan, Sarah?"tanya Karmila sambil tersenyum.Sekarang ini dia tinggal bersama aku dan Adam memandangkan dia masih lagi takut untuk berjumpa dengan mak long dan pak long.Aku membenarkan dia tinggal di sini itupun selepas dipujuk oleh Adam yang kasihankan dia.

"Dah nak masuk 2 bulan setengah."

"Ohh..bukan ke kau dah kahwin dekat setahun? Lambat dapat anak eh?"tanya Karmila dengan sedikit nada menyindir.

Aku tersentak.Soalan Karmila itu agak menyakitkan hati.Bukan agak tapi memang menyakitkan hati.Tidakkah dia tahu betapa susahnya untuk aku berbaik dengan Adam yang siang malam hanya ingatkan dia aje.Sampaikan mama pun sakit!

"A'ah..lambat sikit.Anak kan rezeki daripada Allah S.W.T."balas aku dengan nada tenang.Sedaya upaya aku cuba menahan perasaan marah yang dah makin membara.Makin lama Mila berada di sini, aku semakin dapat mengesan perubahan sikapnya.Macam jealous pun ada.

Karmila terus-terusan tersenyum."Hubungan kau dengan Adam macam mana? Ok?"

"Ok aje.Kami bahagia."

"Aku nak minta maaf.Sebab aku, kau kena kahwin dengan Adam."

"Eh, tak apa.Aku bahagia Adam jadi suami aku.Dia baik dan penyayang."

Aku perasan perubahan di wajah Karmila ketika aku menuturkan kata-kata itu.

"Baguslah kalau macam tu.Kau patut jaga Adam elok-elok.Dia lelaki idaman ramai wanita."

Aku sedaya upaya mengukir senyuman.Lain macam sahaja bunyi pujian Karmila di telingaku.

"Aku percayakan Adam."

"Aku tahu dia lelaki yang baik.Dia sesuai untuk kau."

"Thanks."

"Assalamualaikum sayang abang."Adam yang baru balik dari kerja memeluk aku dari belakang.Ciuman diberikan di pipi dan dahi.

"Minta maaf ye bang.Sarah tak sedar abang balik.Seronok berbual dengan Mila."

Adam hanya tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelahku.Aku memandang ke arah Karmila.Dia sedang memandang Adam.Pandangannya begitu sukar ditafsirkan.

"Ohh..tak apa."Adam memegang jari-jemariku.

"Mila selesa tinggal dekat sini?"tanya Adam sambil memandang Karmila.

Karmila mengukir senyuman sebelum mengangguk."Thanks Adam sebab kasi I tinggal sini untuk sementara waktu."

"Ohh, it's nothing.I cuma membantu sepupu kepada isteri I aje."balas Adam dengan tenang.Aku suka mendengar jawapannya itu.

"I suka tengok you dengan Sarah.Loving.."

"Thanks.I bahagia dengan Sarah.Semuanya sebab you.Thanks ya."ada sedikit sindiran di sebalik kata-kata Adam.

"My pleasure."

Aku tersenyum sinis.My pleasure? Huh!

~~~~~

Aku melihat Karmila yang sedang berbual-bual bersama-sama Mak Kiah di dapur.Sesekali terdengar gelak tawa antara mereka.Pada mulanya aku ingin membantu Mak Kiah menyediakan sarapan pagi tetapi sebaik sahaja aku ternampak Karmila pun ada situ, terus terbantut niatku ini.Aku pun pelik sebenarnya.Padahal sebelum ini, hubungan aku dan Karmila sanga baik.Kami boleh diibaratkan seperti adik-beradik tetapi kenapa sekarang aku ingin menjauhkan diri darinya.

"Sarah.."

Aku berpaling.Karmila sedang tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelahku.

"Kau macam tak suka je aku duduk sini?"

"Bukan tak suka..tapi sampai bila kau nak lari? Mak Long dengan Pak Long mesti nak jumpa kau.Diorang rindu dekat kau."

Karmila mengeluh."Tapi aku dah contengkan arang dekat muka mereka.Aku lari waktu perkahwinan aku dengan Adam dah dekat."

"Yang pasal tu kau jangan risau.Semuanya dah settle kan? Sekarang ni kau dah boleh kahwin dengan sesiapa sahaja yang kau suka.Tak ada paksaan."

"Kau marah?"tanya Karmila.

Sedaya upaya aku cuba menahan perasaan.Nak kata marah, tak.Cuma aku terluka ketika aku yang dijadikan pengganti kepada Mila.Namun itu semua cerita lalu.Sekarang ini, Adam adalah suami yang paling aku cintai.

"Dulu aje."

"Aku minta maaf."

"Bukan salah kau."

"Kalau aku minta kau tinggalkan Adam, kau sanggup tak?"

Terbuntang mata aku mendengar pertanyaan Karmila.Soalannya itu menyirapkan darahku.

"Apa kau cakap ni, Mila? Aku takkan tinggalkan Adam!"

Karmila tergelak kecil.Meluat aku melihatnya.

"Aku gurau jelah.Relakslah.."

"Aku tak suka kau gurau pasal ni.Banyak lagi benda yang boleh dibawak bergurau."

"So, sekarang ni kaulah tulang rusuk Adam yang hilang ye?"

Aku pandang Mila."Absolutely."

Karmila hanya tersenyum.'We'll see about that, Sarah.Sama ada aku atau kau adalah tulang rusuk Adam yang hilang tu.'

~~~~~

"Abang.."

"Hmm?"

"Mila.."

Adam menutup buku yang dibacanya.Tumpuan diberikan kepada aku.

"Kenapa dengan Mila?"

"Tadi, dia cakap kalau aku suruh kau tinggalkan Adam, kau nak tak.."

"Lepas tu, Sarah cakap apa?"

"Sarah cakaplah tak nak."

Adam tergelak kecil.Dia menarik hidungku sebelum mengelus pipiku.

"Dia gurau je tu."

"I know but.."

"Mila kan sepupu Sarah.Tak baik buruk sangka sayang.."

Aku mendengus geram.Bukan buruk sangka tapi..argh! Entahlah..hati aku tak rela bila Mila tinggal di sini.Cemburu aku makin menjadi-jadi.

"Sarah, jangan jealous tau.Abang sayangkan Sarah sorang je tau.Mila tu kenangan lalu je."

"Betul?"

Adam mengusap rambutku."Betul.."


p/s: Enjoy..CSJ Part 9..Mana Epy ye? Rindu! :)


12 comments:

  1. kehkeh....
    kte pun rnd kat cik moon....
    napa mila 2...
    myemak je kat situ....
    dulu x nak adam...
    skrg bru mnyesal tnglkan adam...
    pmpuan2x....

    ReplyDelete
  2. Hehe..
    Ada pun Cik Epy :)
    Sibuk ek?
    Hehe

    Tulah..bila dh hilang bnde tu, baru kita nk blk..

    ReplyDelete
  3. mila kena redha bukan jodoh dia. kalu dia rampas adam blikpun mcm tak guna sbb adam dah syg giler dgn sarah dan sarah kena percayakan adam. lagipun hubungan keluarga yg rapat even mila dpt blik adam adakah kluarganya akan terima blik mila? of course not...

    ReplyDelete
  4. kehkeh3x...
    nak kta bz x jg..
    besa la bila dah stat prtikal...
    slalu tido awl...
    sbb pnat x de keje....
    kehkeh...

    ReplyDelete
  5. jahatlah karmila tu :(
    x ptut dia wat sarah cmtu, sarahkan spupu dia?
    ish3x
    best!
    :)
    smbung lg moon...

    ReplyDelete
  6. Moon, pasal watak2 tu kan...
    adam mukhriz tu hana bygkan sndiri je sbb x tau nak amek sapa tp nazmi tu hana bygkan kyu hyun suju :)

    ReplyDelete
  7. best...5 bintang...hehehe...
    x sbr nk thu kesudahannya...

    ReplyDelete
  8. camne kesudahanyer ek??? lame ag kew nak habisnyer...heheheee...harap maklumm....i give u 10 stars...nice

    ReplyDelete
  9. lpas nie bnyk dugaan kne hadapi..huwaaa...cter nie pon
    perlukn bnyk tisu..hehehe

    ReplyDelete
  10. bpa lma moon nk hold cite nie..?
    smbung la cpat!!!
    nk tau pa yg mila nk wt kat sarah 2...

    ReplyDelete
  11. sdh trg trg lg bersuluh tujuan mila nk tumpang kt umah mertua sarah.....jgn adam terpedaya n layan mila pula......rasanya baik satukn je khairil ngan mila baru sesuai..sbb dua2 nm rosakkn rumahtnagga adam n sarah.....sib baik sarah tingal serumah ngn mertua dia...apa pun hrp adam n sarah ttp bersama dlm hadapi ujian nnt lbh2 lg sarah dah pegnant...jgn jd apa2 kt kandungan sarah nnt.....jgn buat sarah gugur lak cik moon...cpt sambung ...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers