Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Monday, June 7, 2010

Cinta Qistina ( SIPNOSIS )

Pengganti kepada ONE LOVE DAN CSJ :)


Cinta & Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung.Tiba-tiba CINTA jatuh dalam telaga.
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun ke dalam telaga..
Kenapa??
Kerana..KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA
Di dalam telaga CINTA hilang..
Kenapa??
Kerana cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijawa, sukar dicari apa lagi dalam telaga yang gelap.
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA dan terus menunggu..
Kenapa??
Kerana..KAWAN itu sejati dan akan kekal sebagai kawan yang setia..

Walau kita punya couple, teman tetap yang paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman tetap yang paling berharga..

~~~~

"Tapi macam mana pula kalau terjatuh cinta pada kawan sendiri? Adakah CINTA akan dapat ditemui?"

Aku saja-saja je buat quote yang di atas ini.Oh iya, aku masih belum memperkenalkan diri lagi.Nama aku Dina Qistina binti Mohd Omar.Umur 17 tahun dan aku berasal daripada Ipoh, Perak.

Kisah aku ni simple aje.Tak berbelit-belit tapi dia mula berbelit-belit ketika seorang mamat ini tiba-tiba sahaja muncul.Aku tak tahu dari mana datang dia ni tapi kehadirannya telah mengubah hidup aku! Daripada dull semacam menjadi lebih bercaya.Aku pun tak tahu kenapa? Nak kata mamat ni gentleman, jauh panggang dari api! Sungguh, tak tipu! Dia memang tak gentleman.Dia cakap ikut suka je.Kutuk aku pun ikut suka dia je.Memang lelaki bermulut laser.Tapi aku tak kisah sebab aku tahu memang perangai dia dah macam tu.Siapalah aku untuk mengubahnya.

Tapi sekarang ni aku dah rasa macam pelik bila dekat dengan dia.Macam aku dah falling in love dengan dia..

Ohh, lelaki yang aku maksudkan ini adalah Asyraf Sinclair..eh-eh bukan..hahaha..nama dia Asyraf Emir bin Dato' Raziman.Dia anak orang kaya tapi dia tak sombong.Maybe itu yang membuatkan aku senang berkawan dengan dia sehingga terterbit perasaan cinta terhadap dia.

Dan aku tahu yang aku kena buang feeling ni jauh-jauh sebab dia pernah cakap yang dia tangkap cintan dengan seorang budak perempuan cute terlampau. Ya! Memang aku kenal budak tu.Musuh nombor satu aku! Tapi aku tak pernah burukkan budak ni depan Asyraf.Aku taklah jahat sampai macam tu sekali.Masih mampu berfikir dengan waras.

Korang rasalah kan, kalau aku jatuh dalam perigi, Asyraf selamatkan tak? Atau dia selamatkan budak tu dulu?

Asyraf Emir, kau memang kawan baik aku tapi maaf, aku dah tersuka dekat kau.



6 comments:

  1. salam, kata2 indah pasal kawan tu saya dapat dari kawan baik masa form 5 (2007) sampai skrg sy simpan lg.

    ReplyDelete
  2. best2x :D
    xde watak ke or nak amik watak sakura n' syaoran?

    ReplyDelete
  3. Anynomous~ :) Katanya indah kan.

    Hana~Blm ada watak lg :)

    ReplyDelete
  4. sipnosis yang menarik..
    kawan jadi cinta..??
    memang indah..
    tapi bile d khianati..
    lukanya amat dalam..

    ReplyDelete
  5. MaY_LiN ~ Terima kasih :D
    Ya, mmg pedih..tmbh2 kalau kwn yg paling kita sayang..

    ReplyDelete
  6. Best sinopsis crita ni..

    Nnti bca critanya..

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...