Friday, May 14, 2010

One Love Part 21



"Hello Syahmi.Kenapa call?"nada suara Rania mendatar.Sebenarnya dia memang malas nak jawab panggilan Syahmi tetapi apabila dah hampir 20 kali dia menelefon, Rania terpaksa juga menjawab.

"Nia sibuk ke tadi? Abang call tak jawab pun."

Rania melepaskan keluhan panjang.Geram juga mendengar soalan Syahmi.Adakah dia ni buta hati? Takkanlah dia langsung tak ingat perkara yang dah terjadi 7 tahun lalu.

"Taklah.Memang saya sengaja tak nak angkat call."tutur Rania selamba.Lantak dialah nak sesentap pun.Aku peduli apa.

Kedengaran deheman Syahmi.Mungkin dia tidak menyangka Rania boleh berbicara sedemikian rupa dengannya.

"Ohh..hmm..Rafiq ada cakap yang Nia nak kahwin dengan Man, betul ke?"

"A'ah..as soon as possible."balas Rania cepat-cepat.Pandai-pandai sahaja dia berkata-kata padahal tarikhnya pun belum pasti lagi.

"Ohh..boleh abang nak tahu tarikhnya?"

"Syahmi, tolong jangan bahasakan diri abang bila cakap dengan saya.Saya tak suka..yang pasal tarikh tu, jangan bimbang.InsyaAllah bila dah hampir tarikhnya, saya hantar kad kahwin."

"Kenapa Nia nak kahwin dengan dia?"

"Sebab saya cintakan dia."

Syahmi terdiam.Dia langsung tidak terkejut dengan kenyataan Rania.Bibirnya mengukir senyuman sinis.Ucapan cinta Rania kepada Hilman langsung tidak berbekas di hati.Dia tekad untuk mendapatkan Rania dan dia tidak akan sesekali berpaling dari keputusannya.Walaupun dia terpaksa bertengkar dengan Rafiq.

"Saya cuma nak cakap, jangan terlalu percayakan Hilman.Dia tu bukan bagus sangat."

"Saya percayakan dia dengan sepenuh hati saya.Apa yang awak cakap langsung tidak akan meruntuhkan tembok kepercayaan saya terhadap dia."ucap Rania sambil tersenyum-senyum.Ayat kelas tu.

"Up to you.Tapi andai kata dia berlaku curang, saya sentiasa ada untuk awak."

"Thanks but no thanks."telefon terus dimatikan.Meluat betul mendengar kata-kata Syahmi tadi.Apa dia ingat Danish tu macam dia?

~~~~~

Hilman menggeliat sepuas hatinya.Tingkap dibuka seluasnya.Dia mengerling ke arah meja kerjanya yang di mana terletaknya sebuah frame gambar Rania yang sedang tersenyum.

"Good morning Danila."diusapnya lembut gambar itu.Nak sentuh orang belum dapat kerana masih belum halal disentuh.Sentuh gambar pun jadilah.

"Man!"panggil Puan Dian di balik pintu.Hilman melangkah ke arah pintu sebelum membuka pintu.Puan Dian sedang berdiri sambil memegang telefon bimbit.

"Kenapa tak angkat phone? Nia call dari tadi."

"Hah?" segera Hilman berlari ke arah meja kerjanya.Dia menepuk dahi.Rupa-rupanya bateri telefon bimbitnya dah habis.

"Bateri konglah mommy."

"Call Nia balik.Dia ada benda nak cakap dengan Man."kata Puan Dian sebelum menutup pintu bilik anaknya.

Sebaik sahaja mendengar suara lembut Rania memberikan salam, senyuman Hilman melebar.Haiz..lambatnya lagi nak kahwin.

"Waalaikumussalam Danila ku sayang.Kenapa call tadi?"

"Encik busy tak? Saya, Siti dengan Airil nak jalan-jalan.Diorang nak beli barang hantaran.Nak ikut?"

Hilman mengusap dagunya yang licin.Mindanya mula berfikir."Ok, nak tunggu mana?"

"Hmm..encik boleh tak ambik sayang..."Rania menekup mulut.Dia menampar-nampar mulutnya kerana terlepas cakap.Dia sebenarnya nak sebut saya, macam mana boleh terlepas sayang pulak ni!

"Boleh.Abang ambik sayang ye."

"Ee..geli saya mendengarnya."

"Ek, bukan ke Danila yang start dulu?"

"Tadi tu tersasullah."

Hilman ketawa besar.Rania pula sudah merah mukanya.Nasib baik Hilman tak nampak, kalau tak mesti tak habis-habis dia menyakat aku.

"Oklah encik.Saya nak bersiap-siap dulu."

"Hehe..ok.See you."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

~~~~

"Nak yang ni."

"Yang nilah cantik!"

"Tak lawa langsunglah."

"Yang ni lawa."

"Tak!"

Airil dan Siti tercengang.Hilman dan Rania masih lagi bertengkar mengenai kasut yang akan menjadi barang hantaran dari pihak Airil untuk Siti.Airil dah geleng kepala.Orang mintak pendapat tapi dah gaduh pulak pasal kasut.

"Korang, dah lah tu."Siti memandang sekeliling.Pengunjung-pengunjung di kedai kasut tersengih-sengih melihat pertengkaran yang hanya disebabkan oleh sepasang kasut.

"Encik, saya ni perempuan.Jadi saya lebih tahu bab kasut-kasut ni."

"Masa Heliza kahwin dulu, aku yang tolong pilih kasut untuk dia."bidas Hilman balik.Muka Rania sudah cemberut.

"Saya lebih pakarlah."

"Tak!"

"Ya!"

"Sudah lah korang.Karang aku kahwinkan korang kat sini jugak nak?"tanya Airil.

"Tak naklah kahwin dengan encik macam ni."sudah! ayat yang paling ditakuti oleh Hilman dah keluar.

"Ala, janganlah macam ni.Gurau jelah.Kita kahwin ye."

Rania menahan gelak.Suka melihat muka Hilman yang cuak.Dahinya pun dah berkerut-kerut.Yang Encik Danish ni pun satu, takkan lah dia tak tahu yang aku ni dah tangkap cintan dengan dia.Tak ada kerjanya aku tak nak kahwin dengan dia.Ek, ayat macam gatal je Nia.Rania tergelak sendiri.

"Kenapa gelak?"tanya Hilman dengan dahi yang berkerut.

"Tak ada apa."

"Cakap."

"Tak ada apalah."

"Bagitahulah."

Airil dan Siti menggeleng kepala.Ada sahaja benda yang nak dibahaskan.Nak kata masih kecil, mustahil sebab dah nak kahwin.Adoi-adoi.

"Hey Man."suara seorang wanita di belakang mereka berempat menyebabkan mereka berpaling.Wanita itu mengukir senyuman manis.

"Err..saya kenal ke awak?"soal Hilman dengan kening yang bertaut.

"Ni I lah, Sofi."

"Sofi?"

"Ala, yang sekelas dengan you masa sekolah menengah dulu."

Hilman berfikir sejenak sebelum mengangguk kepalanya.Senyuman terukir.

"Ohh..ingat-ingat!! Tak sangka boleh jumpa lagi."

Sofi tersenyum manja.Rania yang melihat jengkel.

"I baru balik dari US."

"Buat apa dekat sana?"celah Rania tiba-tiba.

Sofi memandang Rania sekilas sebelum menghampiri Hilman.Dipautnya lengan Hilman.Mata Rania membulat.Hilman pula kaku.

"Maafkan saya.Hilman tu bakal suami saya."ujar Rania sambil tersenyum.Senyuman yang penuh kepura-puraan.Hilman meleraikan pegangan Sofi.Dia terus mendekati Rania.

"Ohh, really?"Sofi tayang muka tanpa riak.

"A'ah.Ni cincinnya."Rania menunjukkan jarinya yang tersarung sebentuk cincin berlian.

"Cantik cincin you.Oklah, got to go now.Tata for now."Sofi berlalu pergi meninggalkan mereka.Rambutnya yang keperang-perangan meliuk-liuk mengikut gerakan tubuhnya yang langsing.

"Ceh, selamba badak je dia sentuh tunang orang.Banyak cantik!"kutuk Rania sambil berpeluk tubuh.Hilman yang menahan diri daripada ketawa dijelingnya sekilas.

"Memandangkan saya dah cakap kita ni dah bertunang.Baik encik percepatkan majlis pertunangan kita.Nasib baiklah saya pakai cincin ni.Kalau tak..mesti dia lagi menggedik.Yang dia tu pun satu, tahulah kawan lama tak payahlah nak sentuh-sentuh."bebel Rania panjang lebar.

"Kalau ikutkan hati aku, hari ni juga aku nak kahwin dengan kau."balas Hilman dengan senyuman manis tersungging di bibirnya.



p/s: Sofi ni watak yang tak berapa sangat.

7 comments:

  1. uish! x sabar2 betoi duaorang tu nak kawen :) hilman, bawak je nia jumpa tok kadi terus n' call mak bapak skali :D
    best!

    ReplyDelete
  2. comel sungguh meka ni

    ReplyDelete
  3. hahahahahah!!!

    sweet2222!!!! comelnya,... adeh... suka perwatakkan hilman.... rania pun comel tp sengaja wat2 tegas ngn hilman.... kah3...

    moon, elok hantar ni jd manuskrip la moon, best sgt!!!

    ReplyDelete
  4. cepat2 la si rania and hilman tu nikah...bnyk pengacau dh muncul..kang muncul new konflik plak..

    ReplyDelete
  5. bagila mereka cpat kahwin huhuhu
    tak nak bagi shami g`gu masa diaorg tak kahwin ag huuhuh
    sambung ag...
    :)

    ReplyDelete
  6. citer ni kengkadang aku rasa sungguh tak logik...hehe...sori cik writer...
    bab sofi kawan hilman tu,agak mustahil kalo dia masih ingat...kawan sekolah menengah yg da bape tahun x jumpe boleh je ingat?hurmmm...

    ReplyDelete
  7. Anonymous : Hehe..citer ni sy start tulis masa umur sy baru 16 thn :) sbb tu banyak yg tak logik. Hehee...bab kawan tu, sy rasa biasa je sbb walaupun kita dh lama tak jumpa tp still blh ingat kawan2.tmbh2 pulak bila ada fb, myspace, friendster..lagilah senang nak ingat :) betul tak?

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers