Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, May 2, 2010

One Love Part 20




Rania tergelak melihat muka masam Hilman.Farisya yang melihat juga ketawa.Syed mencuit-cuit isterinya supaya mengawal diri walaupun dia juga sebenarnya ingin ketawa melihat muka Hilman.

"Korang janganlah gelak! Tak kelakarlah!"

"You look amazing, Man!"puji Farisya sambil ketawa.Dia memaut lengan suaminya yang berada disisi.

"Tak payahlah nak tipu.Dah macam penyanyi rock I ni!"

Rania menghulurkan gitar kepada Hilman.Bibirnya asyik mengukir senyuman.Hilman memandang dengan geram.Ingin saja dia memicit hidung Rania.

"Nak buat apa pulak gitar ni?"

"Encik kena nyanyi sambil main gitar ni."

Hilman tersentak sebelum tangannya menyentuh hujung tudung Rania.Menyebabkannya menjadi senget.Rania mendengus geram.

"Apa ni encik?! Rosak tudung saya!"marah Rania sambil membetulkan hujung tudungnya.Mulut terkumat-kamit membebel memarahi Hilman.

"Tulah, sape suruh kau kenakan aku? Kan dah kena."

Rania menjelir lidah."Padan muka.Now pergi nyanyi!"

"Yelah..yelah.Nasib baik aku sayang giler dekat kau kalau tak jangan haraplah aku nak buat semua ni."

Dengan langkah yang lemah, Hilman menuju ke tengah-tengah pentas yang dibina khas untuk majlis perkahwinan Heliza.Heliza yang sedang makan beradab tersenyum melihat abangnya.

"Saya abang kepada Heliza ingin menyampaikan sebuah lagu."ringkas sahaja pengenalan yang diberikan.

Hilman mengukir senyuman sebelum duduk di kerusi plastik yang baru diletakkan oleh Syed.Hilman menggigit bibir.Syed pun join sekali nampaknya..

Apa salahku Apa salah ibuku
Hidupku dirundung pilu
Tak ada yang mau dan menginginkan aku
Tuk jadi pengobat pilu
Tuk jadi penawar rindu
Tuk jadi kekasih hatiku

Timur Ke Barat
Selatan ke utara
Tak juga aku berjumpa
Dari musim duren hingga musim rambutan
Tak kunjung aku dapatkan
Tak jua aku aku temukan
Oh tuhan inikah cobaan

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku
aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
karena cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-Pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasiani aku
Tolong cari diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Hilman tersenyum lega selepas tamat menyanyikan lagu Wali Band yang bertajuk Cari Jodoh.Dikerlingnya ke arah Rania yang tercengang.Dia mengenyitkan mata.

"Biar mak cik tolong Man."ucap seorang wanita secara tiba-tiba.

Rania terkedu.Mak anak dara mana pula yang bersuara ni? Hilman ni aku punyalah.Ek..cool Nia.Tak malu betullah kau ni.Tulah tadi jual marah sangat.Sekarang sape yang rugi, kau jugak.

Perlahan-lahan Rania mengalihkan pandangan ke arah wanita yang bersuara sebentar tadi.Dup dap dup dap jantungnya.

"Ya Allah, mama!"

Rania menekup mulutnya yang sudah terbuka luas.Rupa-rupanya wanita yang bersuara tadi adalah mamanya sendiri.Rania telan air liur.Apa agaknya mama nak buat?

"Man nak kahwin tak dengan Nia?"

Sudah! Rania menepuk dahi.Dia memandang Hilman yang mula mengukir senyuman yang paling lebar.

"Nak..nak!"laju sahaja Hilman menjawab.Peluang ni!

Rania dah pening kepala.Berpusing-pusing kepalanya ketika ini.Tetapi senyuman tetap terukir di bibirnya.

~~~~~

Syahmi dah menggelabah ketika mendengar berita yang baru keluar dari mulut Rafiq.Hatinya berdegup kencang.Peluh di dahi dilap menggunakan sapu tangan.

"Kau biar betul Fiq? Jangan tipu aku!"

"Buat apa aku nak tipu kau? Dah memang betul tak lama lagi Nia nak kahwin dengan Hilman."tutur Rafiq dengan selamba.Ditatapnya muka Syahmi yang seperti kucing hilang anak.

"No way! Aku tak benarkan.Kau tahu kan aku sukakan Nia.Lagipun apa hebatnya Hilman tu? Aku ni lebih kaya daripada dia.Aku boleh jaga adik kau baik-baik,Fiq.Trust me!"

Rafiq mengeluh sebelum menepuk bahu Syahmi."Sudahlah Mi.Nia cuma cintakan Hilman.Dia takkan terima orang lain.Aku tahu kau mesti boleh cari orang yang lebih baik daripada adik aku."

Syahmi menggeleng.Sakit hatinya apabila wanita yang dicintai bakal menjadi hak milik orang lain.Kenapa Rania tak boleh menerima dia? Apa kurangnya dia?

"No Fiq.Aku tak boleh terima semua ni.Aku dah tunggu dia selama 7 tahun.I won't give up that easily.Selagi dia belum sah menjadi isteri Hilman selagi itu aku akan dapatkan dia.Kalau dia dah jadi isteri Hilman sekalipun, aku akan tetap dapatkan dia."ucap Syahmi dengan tegas.

Membuntang mata Rafiq mendengar kata-kata Syahmi.Dah hilang akal ke apa?

"Kau ni gila ke apa? Cuba bawak beristighfar."

Syahmi mendengus sebelum bingkas bangun.Tak betah dia duduk lama-lama di situ.Muka Rafiq yang seperti hariman kelaparan langsung tidak diendahkan.Kau macam tak kenal aku Fiq? Aku takkan mengalah dengan mudah!

"Aku takkan biarkan kau buat sesuatu dekat adik aku Mi! She's going to be married with Hilman and I'm gonna make sure of that.And don't try anything stupid.Kalau tak, aku lebih rela kita putus kawan!"kata Rafiq dengan nada suara yang agak tinggi.Biarlah dia hilang kawan asalkan adik dia mendapat kebahagiaan.Dia tak mahu adiknya mendapat susah.

Syahmi tidak membalas.Dia lebih selesa mendiamkan diri.Langkah diatur ke arah pintu.Dia terus melangkah keluar tanpa berpaling lagi.Dia nekad! Rania harus dimiliki!

~~~~~

Airil memandang Rania dan Mahirah yang sedang sibuk menyiapkan barang hantaran untuk majlis pertunangannya nanti.

"Kahwin bila Ril?"tanya Rania samil memandang Airil.

"Awal tahun depan."

"Sukalah tu.Muka berseri-seri sejak kebelakangan ni."ujar Mahirah sambil tersenyum.Airil tersengih malu.

"Kau bila lagi Nia?"tanya Airil sambil menuang air teh ke dalam cawannya.Dihirup masuk ke dalam tekak.Lega.

"Aku? Entah."

"Entah? Senangnya jawapan kau."balas Mahirah.

"Dah memang itu jawapannya."

"Man dah hantar rombongan meminang?"

Rania mengangguk kecil.Mukanya bertukar warna.Dah merah macam strawberi.

"Bila nak langsungnya?"

"Hmm..aku tak ambik tahu.Mama yang uruskan."

"Lah, ada ke? Kau malu ek?"usik Mahirah.Dia mencuit-cuit pinggang ramping Rania.

"Mana ada."

"Eleh, malulah tu."usik Airil pula.Muka Rania sudah cemberut.

"Korang ni jahatlah.Aku bagitahu encik Danish nanti baru tahu."

"Meluat aku.Nak ngadu jugak."Mahiran cebik bibir.Rania ketawa kesukaan.Kelakar tengok muka Mahirah.

Alunan lagu dari telefon bimbit Rania menghentikan perbualan mereka seketika.

'Syahmi'

Mata Rania sudah membulat.Kenapa Syahmi call dia?


p/s: Enjoy :)

5 comments:

  1. hohhoohho...
    x fhm bhsa la syamil ni....
    org dah x suke...
    yg dia msh mnybuk...
    cpt2 kawenkan nia ngn hilman...
    bhya la si syamil ni...
    mcm teknan jiwa je...

    ReplyDelete
  2. Hehe..
    Moon pun rasa dia dh tekanan jiwa.
    Bahaya betul.

    ReplyDelete
  3. ergh!!! bencinya dgn syahmi tu.... rasa mcm nak sembelih je dia.. biar live happily ever after hilman dgn rania tu... kwng3... kah3...

    tp kan moon, takut lak tgk ayat hilman kat tmpt episod2 tu.... bukan dia yg buat?? alahai... lemah lak... jgnlah pape berlaku dgn dorg... huwa!! sob3...

    ReplyDelete
  4. bongek.. lah manusia cam syami 2..
    ingt dia kya dia dpt semua yg dia mau ker.. ni lah manusia terlbh kaya nak beli dosa..

    ReplyDelete
  5. tak reti bahasa tul lah syahmi ni!!geram!!!!!! apapun, akak follow.........

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...