Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, May 28, 2010

My Immortal Part 2


Bang!

Flora mengusap dadanya yang berombak kerana terkejut.Wajah Eric yang bengang dikerling sekilas.

"Aku sibuk mengajar tapi kau boleh tidur!"Eric sudah menjegilkan mata tanda marah dan geram.Wajah Flora dipandang bagai nak telan.

"Eric, dari tadi aku duduk sini dengan kau ke?tanya Flora dengan dahi yang berkedut.

"A'ah.Kenapa?"

Flora tunduk memandang buku di hadapannya.Jadi maknanya dia hanya bermimpi.Tapi kenapa, semuanya nampak macam real?

"Kenapa dengan kau ni?"tanya Eric sambil menyentuh dahinya.

"Tak demam pun."

"Aku tak demamlah."

"Habis tu?"

"Aku bermimpi tadi.."

Kening Eric bertaut."Mimpi apa?"

"Kalau aku cerita pun, mesti kau gelak."balas Flora sambil menongkat dagunya di atas meja.Yelah kan, mimpi jadi vampire.Lagipun, Eric ni memang suka gelakkan aku!

"Try me.Cakaplah apa mimpi kau tu?"

Flora menarik nafas dalam-dalam."Aku mimpi yang aku ni vampire.Lepas tu aku hisap darah Carl."

Mata Eric membulat.Tak lama lepas tu, ketawa dia meletus.Kan aku dah kata confirm dia gelak punya!

"Kau kata tak nak gelak.Ni bukan ke gelak namanya?"

Mata Eric sudah berair.Flora dah makin geram.Orang serius ni!

"Kau jadi vampire? Ha.Ha.Ha."Eric masih lagi galak ketawa.Terus sahaja Flora mencapai pembaris panjangnya sebelum memukul Eric di badan.

"Ok ok.Aku tak gelak dah."ujar Eric sebelum memandang wajah Flora yang mencuka.

"Macam mana kau boleh mimpi sampai macam tu sekali?"

"Manalah aku tahu.Dah nak mimpi.Bukan boleh ditahan!"

Eric mendekatkan diri dengan Flora.Ditenung lama leher jinjang milik Flora.Senyuman terukir di bibir.

"Kalau aku vampire, confirm dah lama darah kau aku hisap."

Flora menampar kuat tangan Eric.Buat aku saspens je mamat ni! Ingatkan dia nak buat apa tadi.Hish..hish..

"Aku tak akan benarkan kau hisap darah aku.Darah aku mahal.Kau tahu apa.."balas Flora sambil menjelir lidah.Kemudiannya dia terus mencapai alat tulisnya sebelum melangkah meninggalkan Eric yang masih lagi tersenyum.

~~~~~

"Abang!!!"

"Iye, apa dia? Abang kat atas ni."sahut Carl dari biliknya.Flora memanjat dua anak tangga sekaligus menuju ke bilik abang.

"Abang..nak tanya ni."Flora melabuhkan punggung di atas katil.Tubuh Carl yang membelakanginya dipandang.

"Apa?"tanya Carl sambil tangannya masih sibuk menaip.

"Hmm..abang rasa vampire tu wujud tak?"

Carl berhenti menaip.Dia berdiri lalu duduk di sebelah Flora.

"Kenapa tiba-tiba tanya?"

"Tak ada apa.Just nak tahu."

"Entahlah..rasanya wujud."

"Hmm.."

"Why?"

"Semalam adik mimpi yang adik, abang, mama, papa and semua ahli keluarga kita yang lain ni vampires..Lepas tu adik hisap darah abang."

Carl ketawa.Flora cubit paha dia.Sedap-sedap je ketawakan aku.

"You're so cute! Macam mana boleh mimpi benda macam tu."

"I dont know.Dah nak termimpi, nak buat macam mana."

"Hahaha..mimpi kan mainan tidur.Mungkin adik selalu sangat tengok cerita Twilight."

Flora menguis karpet menggunakan hujung jari kaki."Maybe kot.Oklah adik nak masuk bilik dulu.Bye-bye bang."ciuman diberikan di pipi Carl.Segera dia mencapai sling bag sebelum berlari anak keluar dari bilik.

Carl masih berteleku di atas katil.Matanya masih lagi memandang ke arah pintu.

~~~~~

Clarisse berjalan perlahan-lahan sambil sebelah tangan menjinjing beg.

"Clarisse!!!"jerit Lance dari belakang.

"Apa?"

"Aaron..dia suruh kita berkumpul dekat bilik mesyuarat sekarang jugak."

"Untuk apa?"

"Entah."

Clarisse mengangguk."Sekejap lagi aku sampai.Nak pergi hantar barang dulu."

"Ok."

"Lance dah pergi?"suara seorang lelaki tiba-tiba kedengaran di balik dinding.

Clarisse berpaling sebelum menghulurkan beg di tangannya kepada Ian.

"Baju ni untuk sape?"soal Clarisse.Mula-mula dia terkejut juga masa Ian suruh dia meminta bantuan untuk mendapatkan uniform pelajar perempuan yang baru.

"Nanti kau tahu.Terima kasih untuk baju ni.Aku pergi dulu."

Ian tersenyum sebelum meninggalkan Clarisse di situ.

p/s: Enjoy! Kepala Moon pening :)

1 comment:

  1. hehe, camne kalu eric tu stail edward dlm twilight? sukasuka :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...