Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Friday, May 21, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 8



5 bulan kemudian..

Aku bangun tergesa-gesa dari katil.Pantas sahaja kaki aku melangkah ke arah bilik air sebelum memuntahkan keluar semua makanan yang aku makan tadi.Berair-air biji mataku.

"Kenapa Sarah?"tanya Adam sebelum mengurut lembut belakangku.Rambutku yang terurai diikatnya.

"Sarah ok.Cuma tekak tak selesa.Tu sebab muntah kot."

Adam tidak mengalihkan pandangannya.Dahinya berkerut sedikit sebelum senyuman mula diukir.

"Sarah mengandung kot?"

Aku tersentak.Iye tak iye, sekarang ni aku dah lewat 2 bulan.Mustahil tak bermaksud apa-apa kan?

"Abang rasa Sarah mengandung tak?"

"Abang rasa ya."

"Kita pergi klinik nanti, nak?"

Adam memegang hujung jariku."Nak nak!"

Bibir aku dan Adam mengukir senyuman.Secara spontan aku menyentuh perut.Membayangkan janin yang mungkin sudah wujud di dalam rahimku ketika ini.

~~~~~

Karmila melangkah keluar dari balai berlepas sambil menarik beg rodanya.Cermin mata yang dipakai ditanggalkan lalu disimpan di dalam tas tangan.Matanya melilau-lilau mencari kelibat seseorang.

"Hello."

Karmila berpaling ke belakang.Khairil tersenyum sebelum mengenyit matanya.

"Dah lama tunggu?"

"Baru je lagi."

"How's UK? Duduk sana setahun tiba-tiba je nak balik kenapa? Rindu someone ke?"soal Khairil sebelum mengambil beg roda Karmila.Dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Karmila hanya tersenyum.Di tubir matanya, terbayang seorang lelaki.Karmila memejam matanya rapat-rapat.Wajah Adam Zafran masih lagi kekal di situ.Tersenyum manis kepadanya.Ya, dia tahu sebelum ni dia memang tak pernah mempunyai perasaan terhadap Adam tetapi selepas dia pergi, barulah dia sedar rupanya dia memang telah mencintai Adam.

"Maybe."

"Maybe? Betullah tu kan?"

"Iye.So, you dengan Sarah macam mana?"

Wajah Khairil berubah.Sebut sahaja nama Sarah, hatinya menjadi gundah-gulana.Wanita itu bersikap terlalu dingin dengannya.

"Dia dah kahwin."

Mata Karmila membulat.Dia terkejut."Kenapa you tak pernah cakap pun?"

"Sebab kalau you tahu sape pengantin lelakinya, mesti you terkejut."

Kening Karmila bertaut.Rambut yang berjuntai di dahi ditolak ke tepi.

"Siapa?"

"Adam.Lelaki yang you tinggalkan dulu."

Pap!Seperti sebiji buah kelapa menghempap kepalanya.Adam kahwin dengan Sarah? Biar betul! Sepupu aku tu!

"Jangan gurau pasal benda ni."

"Ada muka I macam bergurau?"

Karmila mendengus.Dia tidak menyangka Sarah yang akan berkahwin dengan Adam.Dia ingat masa dia larikan diri dulu, perkahwinan itu akan terbatal tetapi malangnya tidak.Pengantin perempuannya sahaja yang telah bertukar.

"Ril, hantarkan I dekat rumah Sarah."

"Rumah Sarah?"

"A'ah.I nak jumpa dia dengan husbandnya sekali."nada suara Karmila berbaur nada sindiran.

Khairil memerhati gadis cantik di sebelahnya.Muka Karmila yang mencuka langsung tidak menjejaskan kecantikannya.Cuma baginya Sarah lebih cantik kerana Sarah memiliki kecantikan semula jadi.Mata Sarah yang bundar itu sahaja sudah cukup membuat hatinya berdegup laju.

~~~~~

"Sarah, duduklah situ je.Jangan gerak banyak sangat.Kotak tu biar abang yang angkat"Adam bercekak pinggang melihat aku cuba mengangkat sebuah kotak kecil yang terletak di hadapan garaj kereta.

"Ala bang, ringan je kotak ni."

"Tak payah angkat.Biar abang yang buat."Adam mengambil kotak daripada pegangan tanganku.Dia mengangkatnya menggunakan sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menggengam erat tanganku.

"Abang nak anak lelaki ke perempuan?"tanyaku semasa kami sudah duduk di sofa.Adam menyisip air teh yang baru sahaja Mak Kiah hidangkan.

"Abang tak kisah.Asalkan anak abang dengan mamanya sihat."Adam mengelus pipiku.Kemudian tangannya mengusap pula perutku.Lembut sentuhannya.

"Sarah nak anak perempuan."

"Sebab?"

"Senang nak tolong buat kerja rumah."ujarku sambil ketawa kecil.

Ting! Tong!

Karmila berdiri tegak di luar pintu pagar rumah Adam dan Sarah.Khairil sudah berlalu pergi dari situ setelah diminta untuk berbuat demikian oleh Karmila.

Mak Kiah menghampiri sambil mengukir senyuman."Cik nak cari sape?"

"Saya Karmila.Saya nak jumpa dengan Sarah.Dia ada tak?"

"Ohh..ada.Jemput masuk."Mak Kiah membuka mangga sebelum mempersilakan Karmila masuk ke dalam.Mak Kiah memandang wajah Karmila.Macam pernah tengok.

Karmila melangkah masuk ke dalam rumah.Dia dapat mendengar gelak tawa antara seorang lelaki dan perempuan.Serta merta hatinya membara.Sakit matanya melihat kemesraan Sarah dan Adam.

"Sarah, kawan Sarah datang."kata-kata Mak Kiah menghentikan tawa aku.Aku berpaling ke arah Mak Kiah sebelum mulutku melopong melihat wanita yang berdiri di samping Mak Kiah.Aku mengerling ke arah Adam.Dia turut terkejut.

"Lama tak jumpa kan?"Karmila cuba mengukir senyuman.

"A'ah.."balas aku dengan suara yang perlahan.Entah kenapa terdetik rasa bimbang di dalam hatiku.Bimbang jika Karmila kembali kerana ingin merampas Adam.Aku tak sanggup melepaskan Adam setelah jiwa dan ragaku sudah diserahkan kepadanya.Aku memandang Adam sekali lagi.Abang..



p/S: Sorry kalau tak best.Idea dh kurang utk CSJ.Harap lps ni idea tu akan dtg mencurah2. :) Enjoy!

11 comments:

  1. sy nervous2...cm nk tau je ape reaksi adam...
    jgn la adam tggl kn sarah...

    ReplyDelete
  2. hohohoo....
    btul2x....
    apa la reaksi adam 2....
    smbung2x...
    crta smkin mnarik...

    ReplyDelete
  3. Nina~ :) Kita tunggu dn lihat tau

    Epy~Epy! Kemana menghilang?

    ReplyDelete
  4. janganla si karmila tu ganggu umah tangga mereka

    ReplyDelete
  5. kehkeh2x...
    moon rnd kte ke??
    bz skit...
    skrg dah stat praktikal....

    ReplyDelete
  6. Nina~InsyaAllah lps Moon hbs exam..Moon update byk2 ye :)

    Epy~ Hehe, mestilah rindu :D

    ReplyDelete
  7. wah3...makin menarik nampak...hee~
    watak tak kurang utama sudah mari....apa akan jadi???

    ReplyDelete
  8. bile nak sambung nie.... dah lame i terlongok depan laptop...tertinjau-tijnau kot2 dah ade n3 baru...

    biarlakanlah adam setia dengan sarah... bukankah adam sudah mencintai sarah?? tak mungkin adam bersama dengan sarah tanpa cinta....tak mungkin.....

    biarlah adam setia walaupun karmila menganggu.... itu lebih baik daripada adam tak setia dengan sarah...

    ReplyDelete
  9. Hahaa...sorry lambat update.lps ni sy update. Thanks for reading :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...