Wednesday, May 5, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 7



Aku sibuk menaip di laptop apabila pintu bilik aku diketuk.Segera aku menutup laptop sebelum memberikan arahan kepada orang di luar supaya masuk.Terjengul muka Khairil di sebalik pintu.Senyuman yang terukir di bibirnya langsung tak aku balas.

"Ada apa?"tanyaku dengan nada tegas.Khairil hanya diam sambil duduk di hadapan aku.

"Saja nak tengok awak buat kerja."balasnya selamba sambil tersenyum.Rambut yang berjuntai di dahi dibetul-betulkan.

Aku mencebik bibir.Meluat mendengar apa yang baru dituturkan oleh Khairil.Nampak sangat macam tak ada kerja.Mentang-mentanglah dia tu anak bos.So annoying!

"Maaf Encik Khairil, saya tak suka diganggu terutama sekali ketika waktu bekerja.Tak ada kosenstrasi."

Khairil tergelak kecil.Dia menongkat dagu sambil memandangku tajam."Awak comellah hari ni.Warna hijau pucuk pisang memang sesuai dengan awak."

Aku terdiam.Lelaki, memang begitu.Suka membuai perasaan wanita dengan pujian tetapi malangnya pujian itu tidak berkesan ke atas diriku.Kecualilah kalau Adam, suamiku yang mengucapkannya.

"Kenapa diam? Awak malu ke?"

"Taklah.Cuma saya tak suka menerima pujian."

Baru sahaja Khairil ingin menjawab, kedengaran ketukan di pintu.Segera aku memberi arahan masuk.Sekurang-kurangnya aku tidak perlu melayan Khairil yang semakin merimaskan.

"Assalamualaikum sayang.Jom pergi lunch."ucap Adam sebelum melangkah ke arahku.

Naik tersembul biji mata aku mendengar ungkapan sayang yang baru sahaja keluar dari bibirnya.Aku merenung Adam yang sudah duduk di sebelah kerusi Khairil dengan selambanya.

"Kerja dah siap?"soal Adam lagi.

"Hmm..dah.Jomlah kita lunch.Sarah pun dah lapar ni."aku bingkas bangun dari kerusi.Langsung tidak mempedulikan kehadiran Khairil di situ.Kemudiannya, aku segera menghampiri Adam sebelum memeluk lengannya erat.

Adam mengukir senyuman sebelum berpaling ke arah Khairil."Wanna join us?"

"It's okay."

"Jomlah abang.Sarah dah lapar.Saya pergi dulu ye Encik Khairil."sengaja aku eratkan lagi pelukan di lengan Adam.

"Sure.Enjoy your meal."

"Thanks Khairil.Jgn bimbang I akan pastikan pekerja 'kesayangan' you ini akan balik tepat pada waktunya."ucap Adam dengan menekankan perkataan kesayangan.Dibalasnya genggaman erat Sarah.Niat di hati sengaja ingin membakar hati Khairil.

"Okay.Jaga dia baik-baik.I sayang dia."balas Khairil dengan tenang sebelum melangkah keluar.Tersentak aku mendengar kata-kata Khairil yang agak berani dan tidak sewajarnya diucapkan di hadapan suamiku.

Aku memandang Adam yang masih memerhati Khairil yang semakin menghilang di balik pintu pejabatnya.

"Jomlah makan.Abang dah lapar."ucap Adam tiba-tiba.Ditariknya tangan aku keluar dari bilik pejabat.

~~~~~

Aku menghempas badan yang keletihan di atas katil.Reaksi Adam sewaktu di pejabat mengundang tawaku.Tak sangka yang Adam boleh berbicara sedemikian dengan Khairil.

"Kenapa gelak-gelak tu?"soal Adam yang baru sahaja masuk ke dalam bilik.Necktie yang dipakai dilonggarkan.

Aku segera membetulkan kedudukanku.Tudung yang masih lagi dipakai dibetul-betulkan.Adam menghampiri seraya duduk di birai katil.Tajam pandangannya ke arah aku.

"Kenapa abang tengok Sarah macam tu?"

"Abang tak pernah tengok rambut Sarah lagi.Sarah tak nak bagi abang tengok ke?"

Aku kaget.Tak pernah pula dia bertanya soalan mengenai hal ini.Aku pantas menggeleng.

"Sarah cuma tak selesa."

"Tak selesa? Kenapa?"soal Adam dengan dahi yang berkerut.

"Ee..Sarah..."belum sempat aku berkata-kata, Adam terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya di bibirku.Kemudiannya dia membuka perlahan-lahan tudungnya yang menutup kepala.Dup..dap..dup..dap aku dibuatnya.

Adam tersenyum sebaik sahaja matanya melihat rambutku yang terurai panjang mencecah pinggang.Rambut ni aku dah simpan dari Form 1 lagi.Sekarang ni aku dah 25 tahun, dah lama sangat umur rambut aku ini.

"Cantik.."

Pujian Adam membuatkan aku malu.Aku cuba mengawal perasaan aku yang berdebar-debar daripada pandangan mata Adam.

"Biasa-biasa je."

"Memang cantiklah.Panjang rambut Sarah.Abang suka!"

Adam makin membuatkan aku serba-salah.Dah tak senang duduk ni.

"Kenapa muka merah? Malu ek?"pipi aku dicuit.

"A'ah."

Adam ketawa besar.Tiba-tiba sahaja dia mengenggam tanganku.

"InsyaAllah abang akan jaga Sarah baik-baik."

Haiz, pipi aku semakin merah.Pandai betul insan yang bernama Adam Zafran ini membuai perasaanku.Itulah namanya kasih sayang antara suami isteri.Pada mulanya aku langsung tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya tetapi sekarang hati aku berdegup kencang apabila bersamanya.

~~~~~

"Mak aih, banyaknya beli!"terkejut aku apabila melihat Adam membeli pelbagai jenis makanan.Itulah sebabnya aku malas ingin mengikutnya ke pasar malam.Kalau Adam membeli confirm banyak.

"Ala Sarah, apa salahnya? Kan ramai orang dalam rumah kita ni.Mama ada, papa ada, Mak Kiah ada, kalau Sarah nak ajak kawan-kawan pun boleh."

Aku mencebik bibir.Banyak pula jawapannya.Adam sudah tergelak-gelak melihat wajah aku yang masam.Pantas sahaja dia menarik aku supaya berdiri berhampiran dengannya.Diusapnya rambutku sebelum dia mencium dahi aku.Aku tersenyum kecil.Senang diperlakukan sedemikian rupa.

"Sayang abang ni manjalah."dia mencuit hidungku.Aku hanya tergelak manja.

"Apa salahnya kalau bermanja dengan suami sendiri?Tak boleh ke?"

"Siapa kata tak boleh? Abang lagi suka.Kalau Sarah bermanja orang lain,barulah abang marah especially kalau dengan Khairil."

Aku memeluk lengannya."Buat apa Sarah nak manja-manja dengan Khairil? Tak maulah.Baik Sarah manja dengan abang."

Adam tersenyum."Jomlah kita makan.Perut abang dah berdondang sayang.Sarah pergi panggil mama dengan papa ye."

"Okey."

Aku melangkah setiap anak tangga dengan senyuman yang lebar.Alhamdullilah sikap Adam telah berubah semenjak 3 bulan yang lepas.Menjadi lebih romantik sehingga aku terbuai-buai.Tetapi aku masih tertanya-tanya ke mana hilangnya Karmila.


p/s: Cerita ini masih panjang lg. :)




2 comments:

  1. hohoho...
    btul2....
    mna karmila...
    jgn je dia dtg untk tntut adam dr sara blik...
    sekeh2 kpala mila nnt...

    ReplyDelete
  2. hehe :)
    romantiknye adam tu ;)
    suka!
    :D

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers