Monday, April 19, 2010

One Love Part 17


Hilman terpaku di depan pintu sebaik sahaja melihat wajah yang sekian lama dirinduinya.Wajah comel di hadapannya sudah berubah.Kelihatan lebih matang berbanding 7 tahun dahulu.Malah yang lebih menyerlahkan keayuannya adalah tudung yang melitupi kepala Rania.Sunggu ayu dia bertudung.

Rania sudah tidak tentu arah apabila melihat Hilman.Tambahan pula, pandangan mata Hilman yang tajam terasa seperti menembusi jantungnya ketika itu.Kalau ikutkan hati sudah lama dia berlari keluar dari situ.Tidak ingin dibiarkan dirinya dipandang oleh Hilman.

"Mak cik, Nia balik dulu ye."

Rania sudah bangun.Baru sahaja dia ingin menyalami Puan Dian, suara Hilman kedengaran.

"Kenapa cepat sangat nak balik Danila?"

Rania kaget.Sudah lama dia tidak dipanggil dengan nama Danila dan sudah lama juga dia tak mendengar suara Hilman.

"Saya banyak kerja, encik Danish."

Hilman mengukir senyuman.Perlahan-lahan dia mendekati Rania.

"Kau nampak manis bertudung.Bertuah sesiapa yang jadikan kau isteri."

Merona merah muka Rania apabila mendengar pujian yang keluar dari mulut Hilman.

"Kenapa encik pergi 7 tahun lepas?"Rania pantas menekup mulut.Dia sudah puas menahan soalan itu daripada keluar tetapi tetap juga dia keluar.

"Sebab aku sedih."

"Hmm.."aku pun sedih jugak sebenarnya.

"Kau dah berpunya ke?"

Terkejut Rania dibuatnya.Sejak bila Encik Danish jadi mulut lepas ni?

"Belum.."

Hilman tersenyum lega mendengar jawapan Rania.7 tahun dahulu dia memang betul-betul menyesal.Ketika hampir 3 tahun dia berada di Australia, Farisya datang menemuinya bersama-sama Syed yang sudah menjadi suami Farisya ketika itu.Farisya sudah menceritakan segala-galanya.Mengenai perasaan Rania terhadapnya dan juga mengenai Syahmi yang sengaja ingin mencari pasal.Selepas habis belajar, dia balik ke Malaysia untuk menemui Rania tapi malangnya Rania sudah sambung belajar di UK.Bukannya dia tidak ingin menyusul Rania di sana tetapi mommy nya memberi nasihat supaya menunggu sehingga Rania kembali dan kini Rania sudah berada di hadapannya.

"Mak cik, Nia balik dulu."Rania mencapai tangan Puan Dian sebelum memeluk Puan Dian.Dia ingin segera keluar dari rumah itu.Tak selesa berlama-lama di situ.

"Makan lah dekat sini."suara Hilman kedengaran lagi.

"Tak apalah encik.Saya ada banyak kerja."

"Ataupun sebab kau benci tengok aku?"

Tersentak Rania seketika.Dia sama sekali tidak membenci Hilman malah dia amat senang berjumpa dengan Hilman.Cuma dia masih belum bersedia..

"Man, tak baik cakap macam tu."celah Puan Dian apabila melihat muka Rania yang sudah kemerahan.

"Man nak tahu jawapan Nia.."

"Siapa cakap yang saya benci dekat encik? Kalau sayang tu adalah."

Laju sahaja ayat itu keluar dari mulut Rania.Tajam pandangan mata Rania memandang Hilman.Sedap-sedap je kata aku benci tengok dia.

"Mak cik, Nia balik dulu ye.Assalamualaikum."

Terus Rania keluar dari rumah banglo itu.Biarlah Hilman kata dia tak tahu malu sebab meluahkan perasaan.Asalkan dia puas!

~~~~~

Hilman sudah tergelak-gelak di hadapan Farisya yang sudah sarat mengandung anak kedua.

"Man, cuba bawak bertenang."

"I tak boleh.Kelakarlah..She looks so cute masa dia cakap macam tu."

Menggeleng Farisya melihat perangai kawannnya itu.Dah sedar diri tu dah makin tua tapi perangai masih lagi kebudak-budakan.

"Sekarang ni semuanya dah jelas kan? She loves you and you love her."

Hilman mengangguk kepala."Just one more thing..macam mana kalau dia jual mahal?"

"Padan muka you!"selamba sahaja Farisya memerli Hilman.

"Sampai hati you Risya."

Sekarang ni tiba pula giliran Farisya tergelak-gelak."Berusaha jelah sebelum Syahmi balik dari US.Dia masih belum berhenti tau.Setiap kali dia call I, mesti dia sibuk tanya pasal Nia."

Muka Hilman sudah berubah.Meruap-ruap kemarahannya apabila nama Syahmi dibangkitkan.

"Dia tu memang tak pernah serik kan?"

"Well, dia tu jenis yang tak mudah berputus asa."

"I takut.."

"Takut apa?"

"Takut kalau dia berjaya rampas Danila daripada I."

"You kena yakin dengan diri sendiri.Lagipun, kan Nia sendiri dah cakap yang dia sayang dekat kau.Dont worry ok."

Perlahan-lahan Hilman mengangguk.Ya! Dia perlu berusaha.

~~~~~

You were everything, everything
That I wanted
We were meant to be, supposed to be
But we lost it

All of our memories so close to me
Just fade away
All this time you were pretending
So much for my happy ending

Terpekik-pekik Rania menyanyi di dalam biliknya.Puan Rohaya yang berada di luar bilik Rania hanya menggeleng.Begitulah anaknya.Setiap kali dia menghadapi masalah ataupun tengah stress, mesti dia akan menyanyi dengan kuat.

Rania menarik nafas panjang.Lega hatinya selepas habis menyanyi lagu My Happy Ending nyanyian Avril Lavigne itu.

Telefon bimbit yang berbunyi nyaring dari tadi tidak dipedulikan.Dia tahu siapa yang menghubunginya.Siapa lagi kalau bukan Hilman? Pelik betul Rania dengan perangai Hilman yang berubah sejak dia balik dari UK.Semakin kebudak-budakan.

"Nia, ni ada bunga lily untuk Nia."Puan Rohaya membuka pintu bilik anaknya.Haruman bunga segar memenuhi setiap genap bilik itu.Mana tidaknya, bilik anaknya itu sudah dipenuhi oleh pelbagai jenis bunga yang dihantar oleh Hilman.

"Tak naklah ma.Dah berlambak dalam bilik ni."

Puan Rohaya tersenyum mendengar rungutan Rania.Mulut sahaja yang kata tak suka dengan bunga-bunga ni tapi tetap juga anaknya itu menerima kehadiran bunga-bunga itu di biliknya.

"Ambik jelah.Kesian Man.."

Rania mengeluh.Dengan berat hati dia mengambil jambangan bunga dari mamanya.

"Mama tahu Nia suka sebenarnya."usik Puan Rohaya sebelum keluar dari bilik Rania.Rania tergamam mendengar usikan mama nya.

Sebaik sahaja memastikan mama nya sudah berlalu pergi, dia merapatkan bunga lily itu ke bibirnya.

Klik! Klik!

Cahaya lensa kamera mengejutkan Rania.Rafiq dan Radi tersengih-sengih di depan pintu sambil memegang kamera.

"Abang!!! Bagi balik kamera tu!"sebaik sahaja melihat Rania yang sudah naik angin, bergegas mereka berdua bertempiaran lari sambil ketawa.

"Benci tapi mahu!"jerit Radi dengan kuat.Sekali Rania menempik kuat.

"Siaplah abang nanti!"

Rafiq dan Radi masih terus ketawa sambil berlari.Mereka berpaling sebelum masing-masing menjelirkan lidah.

"Abang nak hantar gambar ni dekat Man."

"Arghh!!! Nama je dah tua, perangai macam budak-budak!"

"Nia pun sama."

Rania masih mengejar abang-abangnya sehingga keluar rumah.Entah di mana silapnya, dia jatuh terjelepok di tepi kolam ikan.

"Nia ok?"

Suara itu! Rania mengangkat muka..Syahmi!


p/s: Moon senyum sendiri masa tulis entry ni.Memang berani betul Nia masa dia cakap sayang adalah..hehe..enjoy!

5 comments:

  1. hohohoh....
    btul la tndkn nia 2...
    nak tnggu hilman ckp smp kucing brtnduk lak....
    adehhh...
    napa la syahmi 2 muka x tmbok...
    org dah x suke...
    msih lg trhegeh2...
    yg hilman lak klu lmbt brtndk...
    gigit jari kaki la....
    kehkehkeh....

    ReplyDelete
  2. best lar..nk agy ley x....hiihiihih.....need i50 episode agy ley x???hi4...

    ReplyDelete
  3. hahahahah!! moon, kira pun sme tergelak bila nia puyer brani ckp mcm tu... hahahahha!!! salute ar... hahah!!

    hilman!! plez!! bertindak segera yea.. dn bagus bg bunga n call sekerap mgkn tu... heheheh

    syahmi2... sakit hati tol ar...

    moon smbg lg!!!

    ReplyDelete
  4. oh tidak syahmi dah balik...
    tak nak nak nia ngn hilman jugak huhuhuuhuhu
    plz...plz...
    :)

    ReplyDelete
  5. alamak!! syahmi dh balik, tntu payah nia nak baik ngan hilman nnti

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers