Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, April 18, 2010

One Love Part 16




7 tahun kemudian...

"Airil, cepatlah! Lambatlah kau ni.Nia dah dekat nak sampai dah."jerit Mahirah dengan kuat apabila mereka semua sedang berdiri di depan pintu masuk KLIA.

"Aku tahulah..kau ni kan nama je mak orang tapi perangai macam budak-budak."rungut Airil sebelum bahunya ditampar oleh Hanif.

"Biasalah kan.Macam lah kau tak kenal dia.Mulut je bising tapi hati baik."

Airil mencebik."Memanglah kau puji dia.Nama pun isteri."

Hanif hanya tergelak.Dia sendiri pun tidak menyangka boleh bertemu jodoh dengan Mahirah.Semuanya takdir Tuhan.

"Eh..tu Nia!"Siti sudah mula teruja sebaik sahaja melihat Rania yang keluar dari balai ketibaan sambil menarik beg rodanya.

"Nia!!"serentak Mahirah dan Siti mendapatkan Rania.Rania mengukir senyuman apabila melihat mereka.Ditanggalnya kaca mata yang dipakai.

"Korang apa khabar?"

"Sihat je.Aku dah ada anak pun."

Rania memandang budak kecil di sebelah Mahirah.Comel seperti ibunya.

"Nama apa?"

"Aiman.."

"Aiman nak hadiah?"

Pantas sahaja anak kecil itu mengangguk.Rania tersenyum kecil.

"Ni untuk Aiman.."

"Aku punya takde ke?"tanya Hanif sebelum mendukung Aiman.

"Kau dah tua.Tak boleh dah terima hadiah."sindir Rania sambil tersengih.

"Tak ada teman ke bawak balik sini?"

"Teman?"

"Yelah kan..berapa lama kau duduk dekat UK? Takkanlah tak ada teman lagi.Airil pun dah berpunya."

Rania berpaling memandang Airil yang sedang tersenyum."Ye ke?"

"A'ah.."balas Airil sebelum bibirnya dimuncung ke arah Siti.

"Dengan Siti?"

Siti mengangguk dengan muka yang sudah merah padam.Rania tergelak kecil melihatnya.

"Ek eleh,malulah pulak."usik Hanif.

"Hish! Senyaplah kau!"marah Siti sebelum bersembunyi di belakang Rania.

"Jom balik.Aku dah rindu dekat rumah.Dah lama tak tengok."

"Biar aku ambik beg kau."Ikmal yang sejak dari tadi mendiamkan diri mengambil beg roda Rania.

"Wow Mal! Makin slim lah kau."

"Hee..biasa je."

"Lagi sekali, ada sorang yang buat-buat malu."usik Airil pula.

Serentak mereka semua ketawa.Rania gembira dapat berjumpa dengan mereka semula.Tapi hatinya masih belum gembira sepenuhnya.Masih ada kekurangan..

~~~~~

Rania menggeliat sebaik sahaja bangun dari tidur.Terubat rindunya kepada bilik tidur yang 8 tahun dibiarkan tidak berpenghuni.

"Nia,dah bangun ke belum?"suara Puan Rohaya kedengaran dari muka pintu.

"Dah ma."

"Cepat sikit tau.Lepas solat,kita sarapan sama-sama."

"Ok ma.."

Rania terus mencapai tuala sebelum masuk ke dalam bilik air.Setengah jam kemudiannya, dia sudah berada di meja makan bersama-sama mama dan papa.Radi dan Rafiq sudah berpindah selepas masing-masing sudah berumah tangga.

"Ma, bila abang Rafiq dengan abang Radi nak balik?"

"Hmm..petang nanti."

Rania mengangguk."Nanti Nia nak pergi jalan-jalan boleh ma?"

"Pergi jalan dekat mana?"

"Hmm..tak sure lagi."

"Nanti Nia lawatlah mak cik Dian.Selalu dia tanya pasal Nia.Rindu benar dia dekat Nia."

Rania mendiamkan diri.

"Nia..jenguklah ye.Jangan risau.,Man dah tinggal asing."

Rania menggigit bibirnya.Nak pergi ke tak? "Oklah..nanti Nia lawat mak cik Dian."

Puan Rohaya mengusap rambut anaknya.Kisah 7 tahun dahulu memang telah merubah Rania.Anaknya sekarang ini lebih kuat dalam kehidupan cuma kuatnya itu tidak bertempat.

"Mama, Nia nak jogging dulu.Kawan-kawan dah tunggu dekat taman."

"Pergilah..tapi jangan lambat sangat tau."

"Yes boss!"ucap Rania seraya mencium pipi Puan Rohaya dan Encik Izhar.Dia tersenyum manja sebelum keluar dari rumah.Puan Rohaya mengeluh.Sampai bila anaknya itu akan terus begitu?

***

"Nia,perlahan sikit.Aku dah kurang stamina sejak dah jadi mak orang ni."tercungap-cungap Mahirah cuba mengejar Rania yang sudah jauh ke hadapan.

Rania tergelak kecil sebelum menarik tangan Mahirah ke arah sebuah kerusi batu."Mana yang lain ni?"

"Kau laju sangat..diorang semua dekat belakang."

Rania membuat senaman ringan sebelum memandang tasik di hadapannya."Tasik ni tak berubah pun.Cantik macam dulu."

Mahirah turut memandang ke arah yang sama."Hmm..kalau orang pandai menjaga,kecantikkannya tak akan pudar."

"Mama!!!"Aiman berlari terkedek-kedek mendapatkan ibunya.Mahirah tersenyum sebelum mendukung anaknya.

"Nak auntie dukung?"tanya Rania sambil menghulurkan tangan.Pada mulanya Aiman agak keberatan namun akhirnya dia menerima juga.Rania mencium pipi gebu Aiman.Comel sungguh anak Mahirah ni!

"Pandai kau layan budak Nia.."

"Aku dah biasa.Masa aku kat UK dulu, selalu jugak abang-abang aku bawak anak-anak buah aku pergi sana."

"Nia..kalau aku tanya kau jangan marah ye?"

"Tanya apa?"

Mahirah membetulkan tudungnya sebelum menarik nafas."Kau dengan Hilman macam mana?"

"Entah.Aku pun dah lama tak jumpa dia."jawab Rania sambil bermain-main dengan rambut ikal Aiman.

"Kau masih sukakan dia?"

Rania mengangkat muka untuk memandang Mahirah.Soalannya agak susah untuk dijawab oleh Rania kerana dia tak pasti dengan perasaannya sekarang.

"Aku tak pasti."

"Hoi!! Korang ni laju sangatlah.Termengah-mengah aku nak kejar."laungan Siti menyebabkan Rania dan Mahirah ketawa.Aiman yang tidak tahu apa-apa pun turut ketawa.

~~~~~

Rania memandang lama pintu kayu di hadapannya.Teragak-agak untuk dia menekan loceng pintu tetapi akhirnya dia nekad.Bukannya Hilman tinggal dekat sini dah.Mungkin dia pun dah kahwin.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.Tunggu kejap.."

Puan Dian membuka pintu.Terkejut apabila melihat muka Rania yang terjengul di balik pintu.Segera Puan Dian memeluk tubuh Rania sebelum mempelawa Rania masuk.

"Nia pergi mana selama ni?"

Rania memberikan senyuman."Nia study dekat UK."

"Ohh..masa hari tu mama Nia ada datang, dia yang bagitahu Nia pergi UK.Nia tak bagitahu pun mak cik."suara Puan Dian seperti merajuk.

"Bukan tak nak bagitahu tapi Nia.."

"Sebab Man kan?"

Rania tidak tahu ingin mengangguk atau tidak.

"Dah 7 tahun Nia tak jumpa Encik Danish.Dia dah kahwin ke?"

Puan Dian menggeleng lemah."Walaupun umur dah masuk 32 tahun, tapi sampai sekarang dia masuk tu jugak.Selalu sibuk dekat pejabat.."

Rania memandang bawah.

"Nia dah berpunya?"

"Belum.."

"Takkanlah orang comel macam Nia tak ada yang berkenan?"usik Puan Dian sambil tersenyum.

"Comel ke Nia ni? Mana adalah mak cik."muka Rania sudah bertukar menjadi merah.Tergelak kecil Puan Dian dibuatnya.

"Assalamualaikum.."

Suara di pintu mengejutkan Rania.Bukan dia kan?





p/s: Rania dah 25..Hilman dah 32..Enjoy! :D Sorry ye kalau pendek..

6 comments:

  1. hohoho...
    dah 7 thun brlalu....
    lama jg msa 2....
    mst hilman 2...

    ReplyDelete
  2. wah,
    xcited xcited...
    msty hilman pnye..
    smbg cpat yew

    ReplyDelete
  3. wah tak sabarnya...
    nk hilma kmbali ngn nia balik..
    hehhehe
    nak n3 lagi...
    :)

    ReplyDelete
  4. aduh!!! berubah mnjadi matang ye rania skg?? sedih la... sian dia... hilman tolonglah jgn bertindak terburu-buru,... huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. wwannur said

    fuhh en.danish dah balik keje...dania dah cuak....

    mesti en. danish terkezut....

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...