Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, April 18, 2010

One Love Part 15


"Cousin?"serentak Rania dan Hilman bertanya.

Farisya menganggukkan kepala dengan muka yang pelik.

"Kenapa?"

Rania memandang Hilman."Tak ada apa."

"Hi, saya Syahmi.Nice meeting you.."tangan dihulurkan ke arah Rania.Rania teragak-agak untuk menyambutnya.Tambahan pula, Syahmi bukan mahramnya.

"Nice meeting you too."ucap Hilman sebelum menyambut huluran Syahmi.Dia tersenyum lebar.
Rania tersentak juga apabila melihat Hilman yang menyambut huluran tangan Syahmi.Dia memandang wajah Syahmi yang sedikit berubah.

"Kami pergi dulu ye.."Hilman mengarahkan Rania untuk mengikutnya.Farisya pelik melihat perangai mereka bertiga.Seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Kenapa kau pandang Nia macam tu tadi?"

Syahmi memandang Farisya."Sebab aku sukakan dia."

Membulat mata Farisya."Kau gila ke? Nia tu..."

"Nia tu apa?"

Farisya mendengus geram."Kau tak perlu tahu.Yang penting sekarang, buanglah jauh-jauh perasaan kau tu sebab Rania tak sukakan kau."

"Aku takkan menyerah."

"Lantak kaulah Mi.Cuma aku nak bagitahu kau, bersedialah untuk kecewa."

Sebaik sahaja selesai memberikan amaran kepada Syahmi, Farisya terus berlalu dari situ.Malas
melayan sepupu yang ego itu.Apa dia ingat bila,dia kaya, semua benda boleh dapat.

Hilman masih lagi memandang Syahmi dari jauh.Meluat betul dia apabila Syahmi menghulurkan tangan ke arah Rania tadi.Kalau ikutkan hati ingin sahaja dia menumbuk muka Syahmi.Tapi dia masih lagi mampu berfikir secara rasional.

"Encik.."

"Hmm?"

"Kenapa muka masam?"

"Entah."

"Saya nak pergi jalan-jalan kejap ye."

"Ok."

Rania memandang pelik.Tiba-tiba saja mood Hilman bertukar.Pening kepala dibuatnya.Rania mengatur langkah ke arah Farisya yang sedang berbual-bual dengan seorang lelaki.

"Hi Cik Farisya.."

Farisya berpaling ke arahnya."Hi Rania..Man mana?"

"Ada dekat sana."

Kawan Farisya memandang kami berdua."Oh ye, saya nak perkenalkan seseorang dekat awak.Kenalkan Syed, tunang saya."

Terbeliak mata Rania."Tunang? Tapi Encik Danish..dia.."

"Awak ingat dia sukakan saya ke?"

Rania tersentak."A'ah.."

"Taklah..dia anggap saya kawan je.Saya dengan Syed bertunang pun atas pilihan keluarga.Macam awak dengan Hilman."

Syed yang berada di sebelah Farisya hanya tersenyum.

"Cik Farisya dah tahu kan yang saya tak jadi bertunang dengan Encik Danish?"

"Tahu..dan Hilman dah buat keputusan yang salah.Saya dah nasihatkan dia tapi dia tak dengar.Dia ingat awak suka dekat Airil."

Sekali lagi Rania terkejut mendengarnya."Apa?"

"Dia nampak awak dekat shopping mall dengan Airil dulu.Sebab tu dia tak jadi nak bertunang dengan awak.Cincin pun sebenarnya dia dah siap beli."

Rania menekup mulut."Maksud Cik Farisya,Encik Danish suka saya?"

"Bukan setakat suka tapi cinta, Rania."

Jatuh terduduk Rania di hadapan Farisya.Air mata mengalir laju di pipi mulusnya.Sebak rasa hatinya ketika itu.

Farisya duduk bertinggung di hadapan Rania.Dia mengelap air mata Rania sambil tersenyum.

"Pergilah dekat Hilman.."

Rania membalas senyuman Farisya sebelum bingkas bangun.Bergegas dia mencari kelibat Hilman dalam kelompok manusia yang memenuhi dewan itu.

"Encik Danish!"jeritnya lantang apabila melihat Hilman yang sedang berdiri berdekatan sebatang tiang.Baru sahaja dia ingin berlari mendapatkan Hilman, Syahmi telah menghalangnya sehingga menyebabkan dia terjatuh di atas Syahmi.

"Sorry!"

Rania cuba bangun tetapi tangan Syahmi kuat memegang tangannya.

"Encik Syahmi, lepaslah.Jangan nak gatal !"kata Rania dengan kuat sambil mencuba untuk melepaskan diri.

"Saya takkan biarkan awak pergi dekat Hilman."

"Lepaslah!!"

Hilman yang melihat menekan dadanya yang sakit.Perlahan-lahan dia mengatur langkah pergi dari situ.Jeritan Rania tidak dihiraukan.Air mata lelakinya yang cuba ditahan akhirnya
mengalir juga.

Farisya segera mengejar langkah Hilman tetapi malangnya Hilman sudah memandu pergi.Dia bergegas masuk kembali dan merentap tangan Rania dari pegangan Syahmi.

Pang!!

Kuat tamparan yang Rania berikan di pipi Syahmi.Benci sungguh Rania melihat muka Syahmi
ketika itu.

"Jangan berani kau tunjukkan muka kau depan aku lepas ni!! Aku benci kau!!"jeritnya Rania sekuat hati.Dia sudah tidak mempedulikan tetamu-tetamu yang melihat.

"Encik Danish!"Rania berlari keluar.Dia cuba mencari kereta Hilman tetapi keretanya sudah
tiada.

Rania terjelepok di atas jalan.Tiba-tiaba dirasakan kelam sungguh hidupnya sekarang.Dia merasakan sentuhan lembut di bahunya.Farisya memeluk tubuhnya dengan erat.

"Jangan sedih..nanti kita pergi jumpa Hilman ye."

Rania hanya mendiamkan diri sambil terus menangis.

Aku benci Syahmi!

~~~~~

"What? Sambung belajar dekat Australia?!"suara Puan Dian bergema di rumah banglo itu.

"A'ah.Man nak belajar dekat sana."

"Kenapa tiba-tiba je?"

Hilman menarik nafas."Sebenarnya dah lama Man fikir pasal ni."

"Sambung belajar dekat sini jelah.."

Pantas Hilman menggeleng."Mommy janganlah risau.Man dah besar.Lagipun, sebelum ni pun Man belajar dekat luar negara.Mommy janganlah risau."

"Hmm..suka hati Man lah."

Hilman memeluk tubuh mommynya dari belakang."Thanks."

"Tapi promise dengan mommy bila Man dah habis belajar, Man kena kahwin.Lagi satu, bila Man nak bawak teman wanita Man datang jumpa mommy? Dah lama mommy tunggu tau."

Hilman kaget.Tak tahu apa yang ingin dijawab."Nantilah mommy ye.Dia busy sekarang ni."

"Man.."

"Hmm.."

"Man tak tipu mommy kan? Man betul-betul kan ada girlfriend?"

"Ek..mestilah mommy."

"Bila Man nak bertolak?"

"Next week."lagi cepat lagu bagus.Dia ingin melarikan diri dari Rania.

"Cepatnya..next week lagi 2 hari"

Hilman hanya tersenyum."Lagi cepat pergi, lagi cepat Man balik kan?"

"Hmm..tapi Man jangan lupa call mommy tau."

"Tak lupanya."balas Hilman sambil mencium pipi Puan Dian.

"Nanti mommy buat makan-makan sikit ye.Mommy ajak family Nia.Dah lama tak jumpa Nia.Rindu pulak rasanya."

"Tak payahlah mommy."

Puan Dian memandang Hilman dengan pelik."Kenapa?"

"Man pergi bukannya lama.Tak payahlah buat makan-makan."

Alasan!

"Hmm..fine then."

"Oh ye mommy, nanti bila tiba masa Man nak berlepas ke Australia, biarlah family kita je yang hantar ye.Tak payah ajak orang lain."

Makin pelik Puan Dian melihat sikap Hilman."Man, is there something that you want to tell me?"

Hilman menggeleng."Tak ada mommy.Man naik atas dulu ye."

~~~~~

Rania berbaring lemah di atas katilnya.Sudah dua hari dia demam panas selepas malam hari jadi Farisya.Sekarang ni walaupun demamnya sudah berkurangan tetapi badannya tetap lemah.Dan sampai sekaranglah Syahmi tak habis-habis menganggu dia dengan menelefonnya hampir setiap waktu.

"Nia..bangun nak.Mama bawak bubur ni.Makan sikit ye."

Rania menggeleng."Nia tak lalu makan ma."

"Makanlah sikit.Tak elok Nia biarkan perut kosong."

Perlahan-lahan Nia cuba bangun.Kasihan pula melihat mamanya yang susah-payah menyediakan bubur untuknya.

"Sedap bubur mama masak."ucap Rania setelah habis semangkuk bubur dimakannya.Dia cuba menahan rasa loya ditekaknya.

"Petang nanti makan bubur lagi ye.Mama nak Nia cepat sembuh."

Rania mengangguk lemah."Ma, encik Danish ada call tak?"

"Hmm..takde.Tapi Syahmi selalu call."

"Nia benci dia.Disebabkan dia, Encik Danish marah dekat Nia."

"Maksud Nia?"

Rania sudah mengalirkan air mata.Murah betul air matanya kebelakangan ini.

"Nia sukakan Encik Danish.."

Terkejut Puan Rohaya mendengar pengakuan Rania.Kalau dulu dia memang mengharapkan Rania akan menerima Hilman tapi sekarang Hilman sendiri yang memutuskan untuk tidak bertunang dengan Rania dan Rania pun bersetuju.

"Tapi Man kan.."

"Nia tahu.."

Alunan lagu Haru Haru dari telefon bimbit Rania kedengaran.Puan Rohaya mengambil telefon bimbit anaknya itu sebelum menghulurkannya kepada Rania.

"Hello Cik Farisya."

"Nia! Man!"

"Kenapa dengan Encik Danish?"

"Dia nak pergi Australia."

"Hah?"

"Dia ada kat airport sekarang.Saya pun baru je tahu.Itu pun mak cik Dian yang bagitahu."

"Saya datang sekarang."

Terhuyung-hayang Rania turun dari katilnya.Pening di kepalanya yang kuat menyebabkan dia terduduk di tepi katil.

"Nia nak pergi mana ni?"

"Encik Danish, dia nak tinggalkan Nia.Nia kena jumpa dia."

"Dia ada dekat mana sekarang?"

"Airport."

"Nia tunggu sekejap.Mama panggil abang Radi.Suruh dia hantar kita pergi sana."

Terkocoh-kocoh Puan Rohaya keluar dari bilik Rania sambil menjerit-jerit nama Radi.

"Encik, jangan tinggalkan saya.."akhirnya pandangan Rania mulai gelap.Tubuhnya mulai menyentuh lantai.

"Nia!!!"


p/s: Moon rasa sedih masa tulis entry ni..susah betul bila ada orang ketiga ni kan? Banyak halangan..Harap-harap Hilman balik semula dengan Rania..Enjoy!


5 comments:

  1. hhohoho...
    apa ni...
    napa la cik moon wjudkan keadaan sdih ni...
    hmmm.....
    hrp2 dania dpt hlngn nilman dr prgi...
    bngap la hilman ni....
    x siasat dulu...
    trus brtndak mlulu...
    adeh...

    ReplyDelete
  2. aq bnci syahmi..
    huhux
    trlbeyh react lak..
    hehe

    ReplyDelete
  3. nk agy...plez....i want it...

    ReplyDelete
  4. owh!! syahmi2!! ok.. moon, kira dh tak ske dia... hahahahah!!! jahat sungguh daku neh!!

    ReplyDelete
  5. ahh!!! geramnya ngan syahmi tu! sian rania. x pasal2 dmam n' x gaduh lg ngan hilman! best!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...