Wednesday, April 14, 2010

One Love Part 14



Rania hanya memandang wajah Syahmi dan Rafiq.Dia bingung untuk memberikan jawapan.Sama ada terima atau tidak..

"Nia, abang tunggu keputusan Nia ni.."Syahmi mengukir senyuman.

"Saya..erk..saya..erk.."

There's a hero comes along
With the strength to carry on..

Alunan lagu Hero nyanyian Mariah Carey menyelamatkan Rania daripada menjawab soalan Syahmi.Segera dia mengambil telefon bimbit dari poket seluar sebelum menekan butang hijau tanpa melihat nama pemanggil terlebih dahulu.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam Danila.."

Mata Rania membulat.Suara itu amat dikenalinya.Encik Danish! Rania melihat nama pemanggil.Sah, memang Encik Danish yang call!

"Ada apa encik call saya?"

"Takkan tak boleh call kau lepas kita tak jadi tunang?"

Rania tergelak kecil."Bolehlah..saya gurau je tadi."

Hilman mengurut-urut tekaknya."Hmm..Danila..aku nak tanya boleh?"

"Boleh..apa dia?"

"Hmm..kau boleh tak jadi teman aku pergi majlis tu nanti?"

Tergamam Rania seketika apabila mendengar ajakan Hilman.Hampir sahaja dia jatuh di situ.Dipandangnya wajah Rafiq dan Syahmi yang menjadi pendengar perbualannya bersama-sama Hilman.

"Boleh.."

Hilman menarik nafas lega."Hari tu nanti aku ambik kau pukul 8.00 malam ye.Lepas maghrib..boleh?"

"Ok..saya tunggu."

Rania memutuskan panggilan sambil tersenyum lebar.Dia menepuk lembut bahu Rafiq sebelum berbisik di telinga abangnya itu.

"Nia dah ada teman..tapi bukan Encik Syahmi."

Rafiq memandang Rania sebelum menjungkit kening tanda ingin mengetahui siapa yang akan menemaninya adiknya ke majlis hari jadi itu.

"Encik Danish.."

"Siapa dia?"celah Syahmi tiba-tiba.

"My someone.."balas Rania selamba sebelum mendaki tangga ke biliknya dengan kaki yang terhincut-hincut.Berubah wajah Syahmi apabila mendengar jawapan Rania.Dia memandang Rafiq minta penjelasan.Entah kenapa gelisah juga apabila memikirkan yang Rania sudah berpunya.

"Kau kata adik kau belum berpunya?"

"Bila masa?"

"Kalau dia dah berpunya, kenapa masa mula-mula dia sibuk nak cari teman nak pergi birthday party tu?"

Rafiq mengambil jalan mudah dengan mengangkat bahu tanda tak tahu."Aku nak naik atas kejap.Kau duduk lah sini dulu..minum-minum dulu."

"Fiq, Rania dah ada someone ke?"

"Kenapa kau nak tahu?"

Syahmi mengeluh perlahan sebelum memandang Rafiq yang masih menantikan jawapannya."Aku tahu mungkin kau kata aku ni tak betul tapi aku rasa aku dah sukakan adik kau..Love at the first sight."

Rafiq terkesima.

~~~~~

Hilman memicit kepalanya yang berdenyut dari tadi lagi.Siapa sangka yang Farisya boleh memberikan ugutan kepadanya.Ugutan yang amat menyerabutkannya apabila diingat kembali dan nasib baik Rania terima.

"I nak you pergi birthday party I nanti dengan Rania."

"What? Impossible.!"

Farisya menggerakkan jari telunjuknya di hadapan Hilman."No,no..kalau you tak pergi dengan Nia, I akan batalkan majlis tu."

"You takkan berani.."

"You cabar I?"

Hilman diam.Kaget melihat muka serius Farisya."Are you serious?"

Farisya mengangguk.Dia membetulkan juntaian rambut di dahi sebelum memandang Hilman dengan raut muka yang serius."Ingat! Pergi dengan Nia nanti! I balik dulu."

"Risya! Janganlah macam ni.."

Farisya melambai-lambai tangannya.Malas untuk mendengar kata-kata pujukan daripada Hilman lagi.Yang pasti dia memang kena pergi dengan Rania nanti.

~~~~~

Kelam-kabut Rania bersiap apabila melihat jam semakin menghampiri ke pukul 8.00 malam.Dia melipat sejadah dan telekungnya sebelum meletakkan di atas rak baju.Dicapainya gaun pemberian mamanya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.10 minit kemudian, dia keluar dengan memakai gaun tersebut dan duduk di hadapan meja solek.

"Kenapa Nia duk tengok je alat mekap tu?"Puan Rohaya menghampiri anak gadisnya
.
"Nia tak retilah nak mekap-mekap ni..."balas Rania sambil tersengih.Puan Rohaya menggeleng sebelum mengambil compact powder.

"Biar mama yang mekap Nia."

Hilman menarik nafas dalam-dalam ketika dia berada di hadapan pintu pagar rumah Rania.Perlahan-lahan dia menekan loceng dan tidak lama kemudian, seorang lelaki keluar.

"Masuklah Man.Nia tengah bersiap.."ujar Radi sambil tersenyum.

"Terima kasih.."

Hilman melangkah masuk ke dalam rumah dan mendapati seorang lelaki yang belum pernah ditemuinya sedang memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Kenalkan ni Syahmi."Hilman menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi dia segera menarik tangannya kembali apabila Syahmi tidak menyambut huluran tangannya.

"Abang Mi, ni Hilman aka Encik Danish."Radi kurang senang apabila melihat kedinginan Syahmi.Tidak sewajarnya dia bersikap sombong dengan Hilman.Dan yang peliknya, buat apa dia datang sini? Rafiq kan pergi Perth..

"Jadi kaulah yang akan pergi dengan Nia nanti?"

Hilman mengangguk."Ya, kenapa?"

"Aku tak rasa kau sesuai untuk teman dia pergi sana!"

Lain benar nada suara Syahmi di telingan Hilman.Nada suara seorang yang sedang cemburu.Hilman mengukir senyuman sinis.Banyak cantik muka dia kata aku tak layak bawak Danila pergi majlis tu.

"Danila tak rasa macam tu pun."balas Hilman dengan tenang.Dulu Airil sekarang Syahmi pulak!

"Encik!"suara lembut Rania menghentikan perbualan tegang di antara Hilman dan Syahmi.Ketika itu, Radi sudah menghilang ke dalam biliknya.

"Danila.."terpegun Hilman melihat Rania yang kelihatan begitu cantik sekali.Syahmi yang berdiri di sebelahnya turut terpegun.

"Dah lama sampai?"

Hilman menggeleng."Baru je.Dah boleh pergi sekarang?"

"Boleh..jom!"

"Nia.."panggil Syahmi.

Rania berpaling."Ek, kenapa Encik Syahmi boleh ada kat sini? Abang Fiq takde kat Malaysia sekarang ni.Dia ada kat Perth."

"Abang tahu.."geli-geleman Hilman apabila mendengar Syahmi membahasakan dirinya sebagai abang.Aku yang rapat dengan Danila pun tak pernah bahasakan diri macam tu!

"Saya pergi dulu.."

Syahmi hanya memerhatikan Hilman dan Rania pergi dari situ.Dia takkan berputus asa!

~~~~~

Hilman dan Rania sibuk mencari kelibat Farisya dalam kelompok manusia yang memenuhi dewan hotel itu.

"Mana Cik Farisya, encik?"

Hilman mengangkat bahu."Dia sibuk layan tetamu kut."

"Hmm..mungkin."

"Man, Nia!!!"

Mereka berdua berpaling apabila mendengar nama mereka dipanggil.Farisya melambai-lambai tangannya sebelum memeluk Rania."Dah lama sampai?"

"Baru je lagi.Oh ye..ni untuk Cik Farisya.."

"Terima kasih ye..Jom kita makan.I nak bawak you tengok sepupu I."

Rania dan Hilman mengikut langkah Farisya yang menghampiri sebuah meja.Ada seorang lelaki yang sedang membelakangi mereka dan lelaki itu berpaling apabila Farisya mendehem..

"Kenalkan Syahmi Amri..cousin I."ucap Farisya sambil tersenyum.

Hilman dan Rania menggigit bibir.Manakala Syahmi pula tersenyum lebar.

p/s : Moon nak minta maaf kalau entry ni tak best :D Sorry ye..apa2 pun enjoy ye..Moon nak tanya pendapat korang, rasa2 nya kalau Moon nak hantar karya Moon, ada ke orang nak terima?

6 comments:

  1. hohohoho...
    pe hal lak syahmi ni...
    blum pe2 pun dah jeles....
    man ada pesaing bru skrg....
    crta smkin mnrik...

    ReplyDelete
  2. hohohooh....
    klu cik moon antr karya....
    mstla org trma...
    smua crta cik moon smuanya best2x...
    pe pun wish gud luck...

    ReplyDelete
  3. ala...syahmi ni ganggu jela.jgn ada pakatan antara farisya ngan syahmi dah la nk putuskan hubungan rania ngan En. danish

    ReplyDelete
  4. bencinye ngan syahmi tu!
    he's a jerk!

    ReplyDelete
  5. apa la si syahmi ni.....cinta mana boleh dipaksa.....so hilman cepat2 rebut peluang yg ada-luahkan perasaan kt nia.....syamil tu couplekan ngan farisya okey apa..hehehe...srry moon memandai je....mcm mana pun harap dan nak hilman ngan nia...hope farisya akan tolong satukan hilman dan nia......jgn berpakat ngann syamil dah

    ReplyDelete
  6. benci ngan syahmi...serabut jer~
    huhu

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers