Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, April 4, 2010

One Love Part 12


Puan Rohaya hanya diam tidak berkutik sambil memandang wajah Puan Dian dan Hilman tanpa kehadiran Rania yang masih lagi berada di sekolah ketika itu.Hilman dari tadi hanya tunduk memandang lantai.Tidak mampu untuk membalas pandangan mata Puan Rohaya yang kelihatan terkejut dengan keputusannya.


"Mak cik tak boleh paksa Man.Kalau itulah keputusan Man, mak cik dengan Nia terima."ucap Puan Rohaya perlahan.Perlahan-lahan Hilman cuba mengangkat wajahnya dan membalas pandangan Puan Rohaya.Dia agak tersentak apabila melihat senyuman ikhlas Puan Rohaya.


"Mak cik, Man minta maaf sebab buat keputusan ni."kata Hilman sambil mengenggam kedua belah tangannya.


"Tak apa.Bukan salah Man."


"Rohaya, aku minta maaf sangat-sangat.Aku rasa malu dengan kau."luah Puan Dian dengan sayu.Memang betul dia malu sangat-sangat kerana terpaksa memutuskan untuk tidak melangsungkan majlis pertunangan Hilman dan Rania.Semuanya disebabkan Hilman!


"Tak apa Dian.Soal perasaan tak boleh dipaksa."


"Kau rasa Nia okay ke dengan keputusan ni?"


"InsyaAllah dia boleh terima."balas Puan Rohaya dengan tenang.Dia yakin yang Rania boleh menerima semua ini.


Rania memarkir motosikalnya di sebelah kereta Puan Rohaya dan matanya dapat menangkap sebuah kereta yang seperti pernah dilihatnya.Dia melangkah laju ke mula pintu dan terkejut sebaik sahaja melihat Hilman dan Puan Dian.Senyuman terukir untuk mereka berdua.


"Apa khabar mak cik, encik?"Rania duduk di sebelahnya ibunya.Dia gembira kerana dapat berjumpa kembali dengan Hilman yang telah lama menghilang.
"Baik.."balas Hilman dingin.


"Mak cik sihat, Nia."balas Puan Dian sambil tersenyum.


Rania pelik melihat sikap dingin Hilman."Baguslah.Hmm..kenapa mak cik datang?"


"Mak cik.."


"Kami datang sebab nak batalkan majlis pertunangan."tutur Hilman lebih pantas.


Rania tergamam.Selepas itu, dia mula tersenyum."Saya dah agak."


"Nia dah agak?"tanya Puan Rohaya.Pelik.


"A'ah..Nia tu Encik Danish akan batalkan majlis pertunangan kami.Nia pun dah setuju."


"Maknanya Nia dengan Man dah berpakat dulu ke?"tanya Puan Dian pula.Rania menganggukkan kepala.


"Tapi kenapa?"


"Sebab Man dah ada pilihan sendiri."jawab Hilman.


"Kenapa mommy tak tahu pun?"


"Sebab baru sekarang Man sedar yang Man suka dia."Hilman memandang sekilas wajah Rania.


*********************************************************************************************
Airil merebahkan diri di atas katil.Penat sungguh badannya selepas bermain bola keranjang melebihi daripada biasa sebentar tadi.Lama dia menunggu keputusan Rania dan akhirnya hari ini Rania bersedia untuk bertemu dengannya secara face to face.Kata-kata Rania masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.Walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan yang bakal diberikan oleh Rania tetapi sedikit sebanyak hatinya kecewa.


"Maafkan saya Airil."


"Kenapa?"


"Saya tak boleh.."


"Tak boleh terima saya?"


Rania menganggukkan kepalanya.Airil melepaskan keluhan.


"Boleh saya tahu kenapa?"


"Sebab saya tak fikir pasal semua ni lagi."


"Bukan sebab Hilman?"


Rania melemparkan pandangan ke arah Airil."Kenapa tiba-tiba sebut pasal Encik Danish?"


"Entahlah Rania.Cuma saya rasa penolakan awak ni ada kaitan dengan dia."


Rania mula bangun."Jangan sabitkan Encik Danish dalam hal ni.Sebab saya tak boleh terima awak tak ada kena-mengena dengan dia."


"Awak cuba menafikan hakikat sebenarnya.Hilman tu bukan sekadar penjaga awak tapi dia lebih dari tu kan?"


Rania hanya membatukan diri.Tidak berniat langsung untuk menjawab soalan Airil.
"Saya tahu dia penting bagi awak, Rania."


Rania berpaling memandang Airil."Boleh tak awak hentikan semua ni?"


Sebaik sahaja selesai menuturkan kata-kata tersebut, Rania terus melangkah pergi.


Airil memejam matanya rapat-rapat.Salah dia juga kerana terlalu mendesak Rania.Kemudian Airil bangun dari pembaringan sebelum mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja studynya.


'Rania, sy minta maaf.'


Dia menekan butang send.


Rania yang ketika itu baru sahaja keluar dari bilik air membaca sms yang baru dihantar oleh Airil.Dia mengeluh berat.Hari ni saja dia dah dua kali melalui kesakitan yang memedihkan di hati.Pertama, ketika dia menolak Airil dan kedua, ketika Hilman meluahkan perkara sebenarnya kepada mama dan Mak Cik Rohaya.Dia tahu sepatutnya dia berasa gembira dengan keputusan Hilman tapi entah kenapa dia agak terkilan.Hatinya sakit dan pedih sangat-sangat.


'Tak apa.Saya dah maafkan.'


'Awak ok?'


'Ok.'


'Baguslah..oklah, saya tanak ganggu awak malam2.Assalamualaikum.'


"Waalaikumussalam."balas Rania tanpa membalas sms terakhir Airil.Dia merebahkan tubuh yang keletihan di atas katil.Ditariknya selimut hingga paras leher.Dia membaca doa sebelum memejam matanya.


Puan Rohaya memasuki bilik Rania.Dia menghampiri katil anaknya yang sedang tidur.Diusap lembut rambut Rania sebelum dicium lembut.


"Mama tahu anak mama kuat."tutur Puan Rohaya dengan lembut sebelum keluar dari bilik Rania.Perlahan-lahan Rania membuka kelopak mata.


"Encik Danish, saya tipu.Saya tak rela dengan semua ni."ucapnya sambil mengalirkan air mata.


Kenapalah kita baru menyedari perasaan kita yang sebenar bila dia dah jauh?


*****************************************************************************************************************Farisya diam sambil mendengar semua bicara Hilman.Kini dia sudah mengetahui hal yang sebenarnya.Direnungnya muka Hilman yang kelihatan tension.


"You betul-betul yakin dengan keputusan ni?"


Hilman diam.


"Man.."


"I yakin."


"You confirm yang you takkan menyesal?"


"Yes."


"Man.."


"Risya, I pasti dengan keputusan I.I nak Danila bersama dengan orang yang dia suka."


"But are you sure yang Nia sukakan budak lelaki tu?"


"Sure."


Farisya hanya mampu mendiamkan diri.Dia tak tahu lagi apa yang nak dikatakan.Yang diharapkan olehnya adalah Hilman membuat keputusan yang betul.


*****************************************************************************************************************
Rania menarik nafas lega sebaik sahaja melangkah keluar dari dewan peperiksaan.Hari inilah penamat bagi SPM dan alhamdullilah dia berjaya menjawab dengan baik berkat daripada Allah S.W.T. , ibu dan ayahnya, guru-guru dan ramai lagi.Dia mengucapkan syukur berulang kali kerana tidak terganggu dengan pelbagai peristiwa yang berlaku.Kini sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan Hilman.Cuma sekali-sekala sahaja dia berjumpa dengan Mak cik Dian yang berkunjung ke rumah.


"Nia!!"tubuhnya dipeluk dari belakang oleh Mahirah.Mereka ketawa kegembiraan.
"Boleh jawab tak?"


"Alhamdullilah boleh."


"Baguslah..sekarang ni kita cuma tunggu result."


"Kau tak nak kerja ke Irah?"tanya Airil yang sedang mendekati mereka berdua.


"Tak naklah.Aku nak relaks je."


Airil menggeleng kepala."Awak pulak Nia?"


"Saya...hmm..tak pasti lagi."


"Aku nak kerja McD."sampuk Hanif.Tiba-tiba sahaja dia sudah berada di situ.


"Kau nak kerja McD? Biar betul? Kau kan pemalas."kutuk Mahirah selamba.Hanif tayang muka bengang.Airil dan Rania mengekek ketawa melihat gelagat mereka berdua.


"Oklah..aku nak balik dulu."ucap Rania sebelum memeluk tubuh Mahirah.Letih bebenar tubuhnya ketika itu.


"Awalnya?"


"Aku dah letih..lain kali kita hangout sama-sama ok."


Mereka bertiga mengangguk serentak.Rania melambai sekali lagi sebelum melangkah keluar dari pintu pagar.


"Rania.."


Rania segera berpaling dan terlopong mulutnya apabila melihat Farisya yang sedang menghampiri.


"Cik Farisya.."


"Apa khabar Nia?"tanya Farisya sambil tersenyum.


"Alhamdullilah sihat.Cik Farisya pulak?"


"Saya pun sihat."


"Hmm..apa tujuan datang jumpa saya?"


"Saya nak berikan awak kad ni."katanya sambil menghulurkan sekeping sampul surat.Rania membuka sampul surat itu dan membaca isi kandungan.


ANDA DIJEMPUT MENGHADIRI MAJLIS HARI HADI FARISYA ZULAIKHA BINTI DATO' AHMAD IDRIS PADA 23.12.2010.


"Birthday saya..awak kena datang tau."


Rania mengukir senyuman."InsyaAllah."


"Baiklah, saya balik dulu.Assalamualaikum."


"Waalaikumussalam."


Farisya berjalan menuju ke keretanya tetapi dia segera berpaling apabila mendengar suara Rania memanggilnya.


"Encik Danish pun ada ke?"


Farisya hanya tersenyum."Kalau nak tahu, kenalah datang."


*******************************************************************************************************
Rania membuka pintu almarinya untuk mencari pakaian yang sesuai.Ini adalah kali pertama dia dijemput menghadiri majlis hari jadi anak orang kaya jadi penampilannya haruslah kemas dan menarik.


"Nia cari apa tu?"


Puan Rohaya menghampiri Rania yang sedang menggeledah almarinya."Nia cari baju."


"Baju apa?"


"Baju nak pakai pergi birthday party Cik Farisya."


"Nia ada ke gaun?"tanya Puan Rohaya sambil tersenyum.


Rania menggelengkan kepalanya.


"Jom shopping nak?"


"Shopping? Mama belanja ke?"


"Mestilah..mama yang ajak kan.Cepatlah bersiap.Mama tunggu kat kereta."


"Ok ma.."


******
Puan Rohaya dan Rania berjalan masuk ke dalam sebuah butik pakaian.Rambang mata dibuatnya apabila melihat pakaian-pakaian yang dijual di situ.Cantik-cantik belaka.


"Nia nak yang mana?"


"Nia tak tahulah ma..banyak sangat ni."


Puan Rohaya menghampiri sehelai gaun berwarna putih lengan panjang.Sesuai dengan tubuh Rania.Dia memberikan gaun tersebut kepada Rania sebelum menolak Rania ke arah bilik persalinan.


"Pergi try."


Rania menilik gaun di tangannya.Kainnya lembut dan cantik.Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam bilik persalinan dan keluar semula selepas 10 minit dengan memakai gaun putih itu.Puan Rohaya menilik Rania dari atas ke bawah sebelum menganggukkan kepalanya.


"Miss, saya nak beli baju ni.Nia pergi salin dulu.Mama nak beli baju ni untuk Nia."


Rania hanya mengangguk.Dia bukannya reti sangat nak pilih baju yang sesuai.Selalunya mamanya yang memilih jadi apa sahaja pilihan mamanya hanya dipersetujui sahaja.


Tik! Tik!


"Mama, pegang sekejap gaun ni.Nia nak baca mesej."


'Oh ye, lupa nak cakap.Kalau nak pergi nanti, kena bawak teman tau.'


Mata Rania membulat apabila membaca sms Farisya."Teman?"


'Nak bawak sape ni?'


p/s: Moon tahu entry kali ni agak berbelit,minta maaf ye. Oh ye, Rania sebenarnya sukakan Hilman tapi dia baru sedar bila Hilman dah jauh dari dia..Enjoy :D

7 comments:

  1. aduh,
    cpe lak la yg rania nk bwk tu..
    jgn la dye bwk airil..
    plezz,
    t hilman msty kcik aty...
    tgk cm ad serprise jew mse bday party tu..
    dup dap dup dap da nie...
    duyaii
    clalu lau ad serprise cm nie,
    msty ad yg nk tunang..
    jgn la kte farisya nk tunang gn hilman lak...
    plezz plezz plezz

    ReplyDelete
  2. owh!!! ku kecewa... sian rania n hilman... huwa!!! hilman.. kenapa tak siasat dlu??? kenapa menyerah sebelum berjuang??? huwa!! sob3.. xnk rania ngn airil!! nak rania ngn hilman!!!

    rania.. please jgn bwk airil k??!! huhuhuhu

    smbg lg moon!!

    ReplyDelete
  3. adeh...
    kcian rania ngn hilman...
    msing2 slah fham....
    jgn la dia bwa airil....
    biar dia g seorg....
    biar hilman thu yg dania bkn mlik sape2...

    ReplyDelete
  4. ala knp putus tunang huhuhu....
    nak la nia ngn hilman balik...
    plz...plz...heheheh
    ak lagi...

    ReplyDelete
  5. aduh..frustnya...dua2 salah faham..yg hilman tu nape cpt mengalah..siasat le dulu..sian nia...apa taktik farisya ye suruh nia bawa teman?niat baik ke tak?jgn bawa airil tau nia...ingat tu...mcm mana pun nak dania ngan hilman gak..nak buat cmne dah jatuh hati kat dia org....syg le klu hubungan yg baru nak berputik mati cmtu saje sbb salah faham....plsssss x mau la hilman ngan farisya...

    ReplyDelete
  6. bencinya dgn Hilman tu!!! napelah dia tu x pandai nak nilai hati dia? geram!!!!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...