Saturday, April 24, 2010

One Love Part 18


Nia memandang sepi huluran tangan Syahmi.Perlahan-lahan dia bangkit dengan kudrat sendiri walaupun kakinya terseliuh.

"Nia ok?"Syahmi mengulangi soalannya yang tidak dijawab oleh Rania.Rania tidak membalas sebaliknya hanya memberikan jelingan tajam.

"Hei Mi, kau apa khabar?"tegur Rafiq.Radi yang berdiri di sebelahnya mendekati Rania sebelum memeriksa kaki Rania.

"Sakit tak?"Radi memicit kaki Rania.

"Tak sangat."

Syahmi masih memandang Rania.Tidak berkelip matanya menatap keayuan Rania yang sudah bertudung.

Rafiq menepuk bahu Syahmi untuk menyedarkannya.Rafiq juga perasan akan pandangan tidak senang Rania apabila Syahmi tak habis-habis memandangnya.

"Kau sihat tak?"

Syahmi tersenyum kecil."Sihat."

"Abang, Nia nak masuk dulu eh."Rania sudah berjalan ke muka pintu dibantu oleh Radi.Rania geram apabila melihat senyuman di bibir Radi.

"Apasal senyum?"

"Abang rasa kelakar tengok Syahmi tadi.."akhirnya terletus juga ketawa dari bibir Radi.Rania pelik melihat perangai abangnya yang satu ini.Entah apa yang kelakarnya?

"Kenapa?"

"Entahlah.."balas Radi masih lagi ketawa.

"Kamera tu mana?"tanya Rania kembali apabila dia teringat punca dia terjelepok di tepi kolam tadi.

Radi tersenyum memandang adiknya itu."Abang dah simpan and Nia confirm tak jumpanya."

"Mana abang letak? Cakap cepat! Kalau tak Nia bagitahu mama."

"Hee..manjanya Nia ni.Abang nak beri kamera tu dekat Man..tak nak bagi dekat Nia."

Rania sudah bercekak pinggang dengan mata yang terjegil.Sakit betul hatinya!

"Abang! Cepatlah! Beri balik kamera tu!Cep.."

Rania memperlahankan suaranya apabila mendengar suara orang ketawa yang semakin menghampiri pintu.Dia menjelir lidah kepada Radi sebelum bergegas naik ke atas dengan kaki yang sakit.Radi pula masih lagi terkekeh-kekeh ketawa di bawah.

"Masuklah dulu Mi..kau nak minum air apa?"

Syahmi duduk di salah sebuah sofa."Hmm..apa-apa je.Aku tak kisah."

Radi menghampiri lalu duduk di sofa yang berdekatan Syahmi sebelum mencapai surat khabar di atas meja.

"Di, Nia mana?"

Radi mengangkat muka sebelum menggeleng.

"Kat atas ke?"tanya Syahmi masih tidak berputus asa.

"Entah."balas Radi selamba.Dia pun bukannya suka kedatangan Syahmi ke sini.

"Nia!"jerit Syahmi secara tiba-tiba.Radi yang khusyuk membaca tersentak.

"Kenapa kau jerit nama adik aku?"

"Nak cakap dengan dia."

"Dia tak nak cakap dengan kau.Lagi satu, kalau kau nak cakap dengan dia minta kebenaran big boss dulu."

Dahi Syahmi berkerut."Siapa?"

"Hilman."

~~~~~

i don’t wanna be without you girl majimak insaneun jeobeodugil barae
oneul dan harumankeumeun i don’t wanna be without you girl nae seotun maeum
kkaji ango gajwo i love you i need you girl
baby baby baby jogeum eosaekhajiman seoro
baby baby baby ajik saranghago inneunde
baby baby baby duryeopgineun hajimanseodo
kkeuchiboijiman nan geuraedo only you girl

Ternganga luas mulut Rania apabila mendengar nyanyian Hilman sebaik sahaja dia menjawab panggilan telefon Hilman.

"Suka tak?"

Rania menelan air liur.Kesat rasanya."Saya tak faham apa yang encik nyanyi tapi best.Translate boleh?"

Hilman ketawa kecil."Okay.Aku translate ye."

I don’t wanna be without you girl (Got me slowly dying)
Where did we go wrong my girl (Why can’t we keep on trying)
I don’t wanna be without you girl (I gave my heart to you)
Going outta my mind, cuz I love you, I need you girl
Baby baby baby
You know we go back for oh so long
(DS) Baby baby baby
Used to having you here in my arms
Baby baby baby
You know what we had was oh so strong
(GD) Just say you’ll still be mine
Cuz I love you, I need you girl

Lagi sekali mulut Rania terbuka luas.Lirik lagu itu begitu menusuk jantungnya.

"Apa tajuk lagu ni?"soal Rania sambil membuka laptop Apple miliknya.

"Kenapa?"

"Nak cari dalam youtube.Best!"

Kedengaran lagi ketawa Hilman."Tajuk dia Last Farewell..penyanyi dia Big Bang."

"Ohh..okay."

"Danila!"

"Hmm.."mataku masih lagi mengadap laptop.

"Best tak aku nyanyi tadi?"

Rania mengukir senyuman mendengar soalan Hilman."Best sesangat!"

"Thanks..aku pun tiba-tiba je minta lagu Korea ni."

Rania tersengih."Macam dah lama je minat."

"Taklah.."

"Hmm..."

Suasana sepi mula menyelubungi mereka berdua.

"Radi ada cakap yang Syahmi pergi rumah kau hari tu.Dia nak apa?"nada suara Hilman berubah sedikit.

"Tak ada apa..Saya tak cakap pun dengan dia."

"Bagus..bagus! Jangan layan dia tau..aku tak suka."

Terkesima Rania seketika.

"Danila..are you still there?"

"Yes.."

"Kenapa senyap?"

"Tak ada apa."

"I don't want to be without you girl.."nyanyi Hilman.

"Hmm.."

"Danila..aku ada benda nak bagitahu ni."

"Apa?"

"I love you!"

Rania tergamam.Terus dimatikan telefon bimbitnya disebabkan oleh terlampau terkejut.

Hilman yang masih melekapkan telefon bimbitnya di telinga kaget apabila Rania mematikan telefonnya.

"Dia malu ke?"

~~~~~

Puan Rohaya tersenyum sebaik sahaja menerima berita gembira daripada Puan Dian.

"Tahniah Dian.."

Puan Dian tersengih."Terima kasihlah ye Rohaya."

"Bila majlis nikahnya?"

"2 minggu lagi."

"InsyaAllah, nanti aku dengan Nia tolong kau ye."

"Tak apa.Aku tahu kau dengan Nia sibuk.Lagipun Nia kan dah start kerja.Kesian dia nanti."

"Ala, tak kisahlah.Lagipun kerja dekat syarikat papanya jugak."

Rania yang mengintai dari tadi mula pelik.Apa tujuan mak cik Dian datang ke sini? Dan lagi satu, siapa yang nak kahwin? Hilman ke?

"Hilman pun sibuk kebelakangan.Yelah kan..majlis ni pun penting untuk dia jugak."

Rania makin tertanya-tanya.Kenapa majlis ni penting untuk Hilman?

"Apa nama pengantin perempuannya tadi ?"

"Heliza.."

Rania sudah terduduk di tepi pintu.Hilman nak kahwin ke? Tapi baru tiga hari lepas dia meluahkan rasa cintanya pada aku..kenapa sekarang dia nak kahwin pula?

Air mata mula menuruni pipi gebu Rania.Sedih..


p/s: Enjoy! :D

3 comments:

  1. hohoho....
    apa ni??
    ada slh fhm kot???
    nak nia ngn man jg...

    ReplyDelete
  2. tu la rania....tak tahu yg hilman ada adik perempuan.....ni dah cemburu pulak ni....adussssssss
    apapun, akak follow............

    ReplyDelete
  3. hahaha lawak la
    padahal heliza tu adiknya hilman
    tp kesian jugak dekat dania
    hahahaha

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers