Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Wednesday, April 28, 2010

Liya Zafrina ( Sipnosis yg lebih pjg )

Aku bingkas bangun dari tidur.Tengok kiri dan kanan.Akhirnya keluhan dikeluarkan dari mulutku.Aku cuba mengingati mimpi yang aku alami tadi.Kenapa wajah lelaki itu selalu muncul? Siapa dia? Apa hubungan dia dengan aku?

Kalau baru sehari mimpi, aku taklah risau sangat tapi dah masuk tiga kali aku bermimpi pasal dia.Aku menggeleng-geleng kepala berulang kali.Mungkin aku dah tak betul.

Kalau diluahkan dekat mak, mak mesti cakap.
"Along kan sekolah lagi, takkan dah nak kahwin?"

Kalau cakap dengan ayah pula, mesti ayah cakap "Tak payahlah Along nak guna taktik mimpi ni, ayah tak percaya.Kalau betul dia dah berkenan dengan along, bawak jumpa mak dengan ayah.Lepas Along dah habis sekolah, terus nikah, nak?"

Nak cakap dengan nenek pula, banyak bebelannya nanti.Dah selalu sangat telinga aku mendengar segala bebelan nenek.Nak kata kebal tu bolehlah tapi kalau boleh aku tak nak dah dengar.

Aku menggaru-garu kepala sebelum menongkat dagu.Siapa agaknya lelaki di dalam mimpi aku itu? Boleh tahan juga orangnya.Kacak, putih dan yang paling aku suka adalah rambutnya yang kemas tersisir rapi.

"Aduh, peninglah macam ni."keluhku sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.Mungkin mandi akan membuatkan aku mampu berfikir dengan lebih logik.

~~~~

"Along, tolong mak cuci kereta."laung emak dari dapur.Aku yang sedang asyik membaca novel tersentak.

"Cuci apa mak?"

"Cuci kereta.Nah, ambik baldi ni."

Aku melangkah ke dapur dengan hati yang tak berapa ikhlas.Baru syok-syok nak baca novel, mak dah suruh buat kerja.Aku menepuk dada perlahan-lahan.Tak apa Yana, dapat pahala tolong ibu.

"Kereta mana mak?"

"Kan ada sebuah je kereta kita.Yang kamu tanya kereta mana ni kenapa?"

Aku tersengih sambil menggaru kepala."Along lupa."

"Tulah kamu.Lepas habis periksa, asyik-asyik baca novel."

Emak dah mula memberi ceramah.Aku cepat-cepat mengambil baldi sebelum bergegas keluar ke garaj kereta.

"Nasib kaulah Wira.Aku yang cuci kau hari ni.Baik kau berdoa, yang aku cuci kau bersih-bersih."

Aku mula membersihkan kereta Wira Aeroback kami sekeluarga sambil menyanyi kecil.Habis semua lagu aku nyanyi.Dari yang moden sampailah yang zaman Tok Kaduk punya.

"Hello Miss, boleh perlahan tak sikit suara?"

"Oi anak kucing meletup."

Spontan aku alihkan getah paip ke arah lelaki yang menegurku.Tergamam aku seketika sebelum menutup pili air.

"Awak ok? Sorry, saya tak sengaja.Salah awak jugak sebab terkejutkan saya.Saya ni memang lemah semangat."tuturku tanpa memandang wajahnya.

Sepuluh minit berlalu tetapi lelaki itu masih mendiamkan diri.Aku sudah mula menggelabah.Dengan teragak-agak, aku cuba memandang dia.

"Awak!!!!"jeritku lantang sebelum berlari masuk ke dalam rumah.Dadaku berombak kencang.

"Lelaki tu? Dia wujudlah!!!"

~~~~~

Zafri terkebil-kebil.Dia pelik dengan reaksi gadis itu tadi.Kenapa dia jerit? Muka aku macam hantu ke?

Zafri menyentuh mukanya."Semua ok.Hidung aku tak senget.Mancung..mata pun ok."

"Zafri! Apa yang kamu buat dekat luar tu? Masuklah dalam rumah."

"Ye mak, Zaf nak masuk ni."

Zafri memandang pintu rumah jiran sebelahnya itu.Digarunya kepala yang tidak gatal sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ya Allah Zaf, kenapa kamu basah kuyup ni?"tanya Puan Salmiah.

"Jiran sebelah buat."

"Siapa?"

"Tak tahu nama tapi dia perempuan."

Puan Salmiah berfikir sejenak.Perlahan-lahan dia mula mengukir senyuman."Liyana ke?"

"Liyana?"

"Anak jiran baru kita.Kamu tak pernah jumpa dia lagi."

"Ohh.."

Zafri mengangguk faham.Geli hati pula bila teringat balik gelagat Liyana.Nampak comel di matanya.


p/s: moon tak post citer ni sbb moon nak htr untuk publish.banyak lagi yang blm siap ditulis.Ayat di atas pun banyak lg yg perlu diperbaiki. :D Commentlah ye :D

2 comments:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...