Tuesday, April 27, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 6



Adam memandang Sarah yang lena di sebelah mama.Adam akui yang Sarah memang merupakan seorang isteri dan menantu yang baik.Sepanjang mama berada di hospital, Sarah lah yang telah menemani mama.Sarah juga hanya akan balik ke rumah untuk menyediakan keperluannya sebelum bergegas kembali ke hospital.

"Sarah dah cukup sempurna untuk abang tetapi kenapa hati ini susah untuk mencintai Sarah sepertimana abang mencintai Mila?"tutur Adam perlahan sebelum dia mengusap lembut kepala Sarah yang dilitupi tudung.

"Abang, bila sampai?"

Adam tersenyum sebelum memegang tangan mama."Baru je lagi.Sarah dah makan?"

Aku membalas senyuman Adam sebelum mengangguk."Dah.."

"Makan apa?"

"Roti."

Adam melepaskan keluhan."Setiap hari Sarah makan roti, kenyang ke?"

"Kenyang.Ala, baru seminggu je kan Sarah makan roti."

"Nasib baik mama keluar hospital esok."

Aku mulai teruja apabila mendengar berita yang baru dikeluarkan dari mulut Adam.

"Esok ke bang?"

"A'ah."

"Baguslah! Mama pun selalu cakap dekat Sarah yang mama dah bosan duduk hospital."

Alunan lagu dari telefon bimbit aku menghentikan perbualan kami.Aku melihat nombor pemanggil.

'Pejabat'

"Hello."

"Hello Sarah."

Aku tersentak.Itu suara Khairil.Apa tujuan dia menelefonku? Bukan ke aku sudah menghantar surat berhenti?

"Ada apa Khairil?"

"Saya takkan terima surat berhenti awak."tegas Khairil.

"Kenapa?"

"Awak sendiri tahu kan syarat-syarat kontrak masa awak mula-mula bekerja dengan saya."

"Maksud awak?"

"Awak kena kerja di sini selama 2 tahun lagi.Lepas tu barulah awak boleh berhenti."

"Awak saja nak seksa saya kan?"

Adam yang mendengar mengangkat muka memandang Sarah.

"Saya cuma nak awak dekat dengan saya."balas Khairil dengan tenang.

Aku mulai geram dengan perangai Khairil yang tidak reti bahasa ini."

"Boleh tak awak hentikan semua ni? Saya dah kahwin!"

"I don't care.Macamlah saya tak tahu yang Adam tu bukannya cintakan awak.Dia cintakan Mila.Cousin you sendiri.Esok pagi, saya nak tengok awak dah ada dekat pejabat.Titik."

Aku baru sahaja ingin membalas tetapi Khairil telah terlebih dahulu memutuskan talian telefon.Hati aku sudah tidak tahan menanggung kemarahan.Memang dasar lelaki tak reti bahasa.

"Kenapa ni Sarah?"soal Adam.Aku memandangnya sebelum menghela nafas panjang.

"Khairil."

Dahi Adam berkerut.Dia seperti pernah mendengar nama itu.

"Siapa dia tu? Abang macam pernah nama tu tapi tak ingat dekat mana."

"Bos tempat kerja Sarah."

"Ohh..yang tu.Kenapa dengan dia?"

"Dia cakap Sarah kena habiskan dulu kontrak baru boleh berhenti."

Adam hanya mendiamkan diri.Dia seperti sedang berfikir.

"Sarah kerja je kat situ.Abang tak marah."

"Tapi Khairil.."

"Abang yakin Sarah boleh handle hal ni."

Adam memandang aku dengan penuh yakin.Aku mula serba salah tetapi akhirnya aku mengangguk juga.

~~~~~

Khairil mundar-mandir di dalam biliknya.Sejak dari tadi, tidak pernah sekalipun dia mengalihkan pandangannya.Masih lagi ke arah pintu masuk.Hatinya sudah tidak tenteram apabila melihat jarun jam yang semakin berganjak ke angka 9.

"Ini tak boleh jadi."ditekannya butang interkom.

"Ya encik Khairil?"

"Sarah dah sampai?"

"Hmm..not yet."

"Kalau dia dah sampai, suruh dia masuk pejabat saya."

"Ok..anything else?"

"Nope..that's all.Thanks Min."

Aku menarik nafas dalam-dalam.Dipandangnya pintu kayu jati di hadapan.Kata-kata Adam masih lagi melekat di kepala aku.

'Abang yakin Sarah boleh handle hal ni.'

"Ya! Sarah boleh!"

Dengan penuh yakin, aku menolak pintu masuk ke pejabat sebelum memberikan senyuman manis kepada semua orang.Faiz yang mula-mula sekali menghampiriku.Dia juga terkejut seperti yang lain-lain.

"Sarah, apa kau buat dekat sini? Bukan kau dah berhenti ke?"

"Kontrak aku tak habis lagi."balasku sambil tersenyum.

"Sarah, tadi Encik Khairil cari kau.Dia suruh kau masuk office dia."ucap Yasmin sebelum berlalu pergi ke mejanya.

Sekali lagi aku menarik nafas dan sekaligus cuba mengumpul semangat untuk berhadapan dengan Khairil.

Tok! Tok!

"Masuk.."sebaik sahaja mendengar suara garau Khairil, aku terus melangkah masuk.

"Welcome back."kata Khairil sambil tersenyum.

"Thanks."balasku tanpa memberikan senyuman.

"Kenapa lambat?"

"Jalan jam."

"Adam tak marah ke awak kerja dengan saya?"

"Suami saya percayakan saya."

Khairil tersenyum sinis.Meluat aku melihat senyumannya itu.

"Ataupun sebenarnya dia langsung tak kisah?"sinis nada suara Khairil.

Aku memandangnya dengan muka yang serius.Kurang selesa dengan nada bicaranya itu yang seolah-olah memperlekehkan aku.

"Encik Khairil! Saya datang sini untuk bekerja bukannya untuk berbincang mengenai rumah tangga saya.Tolonglah jadi profesional sikit."suaraku sudah mulai tinggi.

"From now on, awak dengan saya akan selalu bersama."

Dahi Sarah berkerut."Kenapa pulak?"

"Sebab my dad suruh kita uruskan satu projek bersama-sama."jawab Khairil sambil berpeluk tubuh di kerusinya.

"Arahan Tan Sri?"

"Well, not exactly.Saya yang pujuk papa supaya kita bekerjasama dalam projek ni."

Aku mendengus geram.Sudah aku menjangkakan jawapan itu yang akan keluar dari mulut Khairil.

"Nampak sangat Encik Khairil mencampuradukkan urusan kerja dengan urusan peribadi!"

Khairil terus-terusan memberikan senyuman kepada Sarah.Suka benar dia melihat muka Sarah yang marah.Comel betul di matanya.

"Suka hati awak nak cakap apa pun.I don't mind at all.Kalau awak nak marah saya sepanjang hari pun tak apa.Asalkan awak mahu bercakap dengan saya."tutur Khairil tenang sambil matanya langsung tidak berganjak daripada menatap wajah comel Sarah.

Tanpa membalas kata-katanya, aku terus melangkah
keluar.Makin lama aku di dalam bilik itu makin tertekan dan terseksa perasaan aku.

"Awak boleh lari sekarang tapi jangan harap saya akan lepaskan awak begitu saja."

Aku dapat menangkap tutur kata Khairil sebaik sahaja aku ingin menutup pintu.Aku hanya mampu menggeleng kepala.Lantak dialah!

~~~~~

Adam memandang kosong pemandangan di hadapannya.Kemudian, dia merenung ke arah gambar perkahwinannya bersama-sama Sarah.Keluhan berat dikeluarkan.

"Kenapa Adam?"suara mama di muka pintu mengejutkan Adam yang leka melayan perasaan.

Adam tersenyum sebelum menghampiri mama yang sudah hampir 2 minggu keluar dari hospital.

"Tak ada apa ma.Ambil angin je."

"Sarah tak balik lagi?"

"Belum..tadi dia call.Dia cakap dia akan balik pukul 5.30."

Puan Dahlia mengusap lembut belakang Adam.Wajah anaknya yang mendung dipandang.

"Kenapa ni?"

"Adam tahu mama marah kalau Adam fikir pasal Mila tapi ada sesesuatu yang buat Adam pelik."

"Apa yang peliknya?"

"Kenapa dia tak boleh terima Adam?"

"Mungkin dia dah ada pilihan sendiri."

"Kenapa dia tak cakap sendiri? Kalau Adam tahu awal-awal, Adam takkan teruskan perkahwinan kami."

"Ada hikmahnya semua itu Adam.Sekarang ni Adam dah ada seorang isteri yang baik dan bertanggungjawab.Sarah tu bagus orangnya.Bertuah kamu dapat dia."

Adam meraup mukanya.Memang benar apa yang dikatakan oleh mama.Sarah memang seorang isteri yang baik dan dia sepatutnya bersyukur.

"InsyaAllah ma, Adam akan jaga Sarah baik-baik."

"Macam tulah anak ma."

Aku yang bersembunyi di balik pintu terkesima.Kata-kata Adam menyerap masuk ke dalam hatiku dan menerbitkan rasa indah.

"InsyaAllah, Sarah pun akan jaga abang baik-baik."





3 comments:

  1. hohoho...
    giler la khairil ni...
    bgus2x....
    at least ngn khdirn khairil blh buatkn adam jeles...
    klu adam msh x brubah jg...
    msih cntkan mila...
    tnglkan je la sara adam 2...
    kehleh...

    ReplyDelete
  2. esh rse cm nk blasah je org xpham bhse cm khairil tu..arap2 dia xwat pkre x elok kat sarah...

    ReplyDelete
  3. ish! bncinya dgn khairil tu!
    x(

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers