Sunday, April 18, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 5



Aku berdiri di hadapan pintu pagar rumah emak dan ayah.Air mata yang mengalir dari tadi tidak aku seka.

"Sarah.."suara di belakang mengejutkan aku.Kak Long memandangku dengan pelik.Aku berlari ke arahnya sebelum memeluk tubuhnya.

"Sarah buat apa dekat sini? Kenapa nangis ni?"Kak Long menepuk lembut belakangku.

Aku tidak menjawab soalan Kak Long.Kak Long yang seolah-olah memahami masalah yang ditanggung oleh aku menarik tangan aku masuk ke dalam rumah.

Emak yang sedang menjahit baju di ruang tamu tersentak apabila melihat mata aku yang sembap.

"Kenapa ni Sarah? Adam mana?"tanya emak apabila aku telah duduk di atas sofa.

"Sarah..Adam.."

"Kamu dah bercerai ke?"suara emak sudah mulai cemas.

Pantas aku menggeleng."Sarah dah mintak izin abang tadi.Dia izinkan Sarah tinggal sini buat sementara waktu."

"Apa yang dah jadi?"tanya ayah sebelum duduk di sebelahku.

"Kami gaduh sikit."

"Sarah dah berbincang elok-elok dengan Adam?"

Sekali lagi aku menggeleng.Ayah kelihatan tidak senang melihat gelengan aku.

"Pagi-pagi esok, ayah hantar Sarah balik rumah Adam."

Aku tersentak mendengar kata-kata ayah."Tapi ayah.."

"Tak ada tapi-tapi.Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.Sarah dengan Adam kena berbincang baik-baik.Ayah tak kira, esok pagi ayah hantar Sarah balik."

Tegas sungguh suara ayah.Walaupun hatiku agak berbelah-bahagi untuk kembali ke rumah Adam, tetapi akhirnya aku bersetuju juga kerana kata-kata ayah itu memang benar.

Emak memegang bahuku."Sarah pergi naik atas dulu.Mandi lepas tu solat..nanti kita makan sama-sama ye."

"Baik mak.Sarah naik dulu ayah, Kak Long."

Ayah dan Kak Long hanya mengangguk.Perlahan-lahan aku mendaki tangga dan masuk ke dalam bilik.Hiasan-hiasan di dalam bilik itu masih tidak diubah.Cadar pengantin berwarna krim masih lagi di situ.

Aku menyentuh gambar perkahwinan yang terletak di tepi meja katil.Mesti kak long yang mencucinya di kedai.Senyuman yang terukir di bibir aku dan Adam kelihatan begitu ceria walaupun aku tahu itu hanyalah senyuman palsu.

~~~~~

Ketika aku membuka pintu keesokkan paginya, kak long sedang tersenyum sebelum menarik tanganku turun ke bawah.

"Hari ni kak long ada buat kek coklat kegemaran Sarah.."

Sebenarnya bukan kek coklat kegemaranku sahaja yang terhidang di atas meja tetapi hampir kesemua makanan kegemaran.

Aku memandang kak long dan emak.Ayah yang sedang membaca surat khabar turut aku pandang.

"Terima kasih semua."

"Sama-sama..memandangkan kak long dengan mak dah bersusah payah masak untuk Sarah, Sarah kena habiskan tau."

Terkejut aku seketika.Masakan makanan sebanyak ini aku seorang sahaja yang akan habiskan?

"Banyak sangat ni kak long.."

"Nanti bawak balik dekat rumah Adam."kata ayah sambil meletakkan seketul ayam masak merah ke dalam pingganku.

Merawatku tanpa lelah
Setulus jiwamu...

Aku bergegas mencapai telefon bimbitku sebelum melihat nama pemanggil.

Rumah

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam Sarah.Ni mak Kiah."

"Kenapa Mak Kiah?"

"Puan sakit.."

Membulat mata aku."Mama sakit?"

"A'ah, sekarang ni puan ada dekat hospital.Dia pengsan dalam bilik air.Sarah datang ye."

"Baik mak Kiah.Kejap lagi Sarah sampai."

Sebaik sahaja talian diputuskan, aku berlari naik ke atas bilik dan mencapai tudung serta kunci kereta.

"Kenapa Sarah?"tanya emak apabila melihat kekalutanku.

"Mama sakit.Ada dekat hospital sekarang."

"Mak nak ikut..tunggu kejap.Mak nak ambil tudung."

Sementara menunggu emak, kak long dan ayah, aku memanaskan dulu enjin kereta.Jantungku berdegup laju.Rasa bersalah mula membelenggu diriku.Kalau aku tidak keluar dari rumah, pasti semua ini tidak akan terjadi.

"Jom kita bertolak sekarang."

Aku memandu sedikit laju ke hospital.Yang penting sekarang adalah mama.Mama maafkan Sarah..semua ni salah Sarah.

~~~~~

Adam sudah tidak keruan lagi di depan pintu bilik kecemasan.Sejak dari tadi doktor ataupun jururawat masih lagi tidak keluar.Dia memang risau akan keselamatan mama.

Aku yang baru sampai berjalan laju masuk ke dalam hospital.Aku cuba mencari-cari kelibat Adam tetapi apabila aku merasakan mustahil untuk menjumpai Adam di dalam hospital yang besar ini, segera aku mendail nombor telefonnya.

"Assalamualaikum abang."

Adam tersentak apabila mendengar suara Sarah.Semasa dia menjawab panggilan itu tadi, dia langsung tidak melihat siapa pemanggilnya.

"Abang.."

"Ya?"

"Abang ada dekat mana? Sarah dah ada dekat hospital?"

"Abang ada dekat bilik kecemasan."

"Ohh..okay."aku segera memutuskan talian.Langkah ku yang agak laju meninggalkan emak, ayah dan kak long di belakang.

Dari jauh lagi, aku sudah dapat melihat Adam yang sedang duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan sambil menutup mukanya.

"Abang.."

Adam mengangkat mukanya.Air mata yang mengalir di pipinya menyentuh hatiku.Perlahan-lahan aku duduk di sebelahnya sebelum mengelap air matanya.

"Abang jangan sedih.InsyaAllah mama akan ok."

Adam memandang wajah Sarah.Dia sama sekali tidak menyangka yang Sarah masih lagi berbicara lembut dengannya walaupun dia telah menyakiti hati Sarah semalam.

"Sarah tak marah abang ke?"

"Marah.."jawabku berterus-terang.

Adam menunduk wajahnya.

"Tapi ayah ada nasihatkan Sarah.Ayah kata tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.Walaupun abang tak sukakan Sarah ada dekat dengan abang tapi Sarah tak boleh buat apa-apa sebab memang tempat Sarah dekat dengan abang."

"Hmmm.."

Aku mengusap lembut bahu Adam.Terbeliak mataku apabila secara tiba-tiba Adam memeluk tubuhku sebelum menghamburkan air matanya.

Aku sudah mula menggelabah apabila memikirkan betapa dekatnya kami sekarang.Walaupun aku tahu tidak salah dia memeluk aku tetapi aku masih lagi kurang selesa.Ingin ditolak takut pula dikatakan menderhaka tetapi kalau dibiarkan aku pula yang tak selesa.Akhirnya aku membiarkan sahaja.Bukan selalu pun..

"Sabar ye bang."

Tidak lama selepas itu, pintu bilik kecemasan dibuka.Kami semua segera menerpa doktor.

"Macam mana dengan mama saya doktor?"

"Puan Dahlia selamat.Dia cuma perlukan rehat sekarang ni."jawab Dr. Irfan.Namanya aku ketahui melalui tanda nama yang dipakainya.

"Boleh saya lawat mama saya sekarang?"

"Boleh tapi jangan lama-lama sangat sebab Puan Dahlia perlukan rehat."

"Baik doktor."

Adam memandang aku."Boleh Sarah ikut abang lawat mama?"

"Boleh."aku mengekorinya dari belakang.Sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik, mama sedang tidur.Aku duduk di sebelah kanan mama manakala Adam duduk di sebelah kiri mama.Pucat muka mama ketika itu.Aku mengusap lembut lengan mama.

"Air.."

Mata mama sudah terbuka sedikit.Adam terus mencapai gelas sebelum menuangkan air.Dia mengangkat perlahan-lahan kepala mama sebelum disuakan gelas ke mulut mama.

"Sarah.."

"Ye ma?"

"Sarah jangan tinggalkan mama ye."

"Sarah takkan tinggalkan mama."

Tangan mama terketar-ketar ketika mama cuba mengusap pipi ku.

"Adam..jaga Sarah baik-baik lepas ni."

Pada mulanya Adam mendiamkan diri namun akhirnya dia mengangguk.

"Lepas tu, jangan sebut lagi pasal Mila."

"Tapi ma.."

"Sarah isteri kamu.Bukannya Mila.."

Aku memandang Adam yang kelihatan serba-salah.

"Mama, beri Sarah dengan abang Adam masa ye."tutur aku lembut.Mama mengangguk sahaja.

"Mama tidur dulu ye."

Aku membetulkan kedudukan bantal mama supaya lebih selesa.Perlahan-lahan mama menutup matanya sambil mengenggam tangan aku dan Adam.

"Abang sanggup berkorban tak?"

Soalan yang aku tujukan kepada Adam sedikit mengejutkannya.Walaupun aku masih lagi sakit hati dengan Adam tetapi demi mama, biarlah aku berkorban sedikit.

"Sarah sanggup?"

"Demi mama, Sarah sanggup.Sarah pun tak nak hubungan kita hancur.Tak salah kalau kita cuba kan?"

Aku pun pelik sebenarnya.Bukan aku tak cuba untuk mengeraskan hati tapi setiap kali aku berdepan dengan Adam, cepat betul hatiku cair.

"Tapi dengan syarat..abang kena lupakan Mila.Sarah tak kisah kalau abang perlukan masa tapi tolong lupakan Mila."

Kali ini aku perlu bertegas.Kalau Adam nak hubungan kami berjaya, dia haruslah melakukan pengorbanan.

"OK.Abang setuju."

"Bagus.."

Puan Dahlia yang berpura-pura tidur mengukir senyuman.Berbaloi jugalah dia sakit.Sekurang-kurang hubungan Sarah dengan Adam akan semakin baik.



p/s: Moon dah suka balik Adam tapi kalau dia buat perangai lg, siaplah..EnjoY! :D


6 comments:

  1. hohoho....
    sara ada ciri2 istri solehah....
    bg pluang ke dua ngn adam...
    klu msh x brubah...
    x ada maaf bg mu...
    tp jgnla klihtan sara naif sngt...
    nnt adam pijak kpala n x brubah....
    brlah klhtn sara jual mhal...

    ReplyDelete
  2. Hehe...
    Epy..nnti bila dh eps dpn2..
    Mmg Sarah jual mahal habis-habisan..
    Teruk Adam tu nanti..
    Tp insyaAllah, buat masa skrg Adam berubah..:D

    ReplyDelete
  3. hohoho...
    bgus cik moon...
    mcm 2 la....
    x sbr nak thu next n3....
    bru pdn muka adam....
    br brblas skit ati 2...
    hehhehe...

    ReplyDelete
  4. hehehe..bgs betul mak adam skit..skurang2nya mreka b2 bbaik blk..jgn nanty mila mncul n adam buat hal sudah..

    ReplyDelete
  5. bgs sarah
    mcm tu la br betul..

    penulis, teruskan usaha anda (heehehe)

    ReplyDelete
  6. sarah tu mmg ada ciri2 isteri solehah lah ;D
    best!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers