Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Saturday, April 17, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 4




Aku membuka mata perlahan-lahan.Tanganku mengusap lembut mataku dan aku bingkas bangun daripada katil.Bukan ke semalam aku tidur di atas toto.Aku memandang ke bawah.Adam sedang tidur di atas toto yang sepatutnya menjadi alas tempat tidurku.Sejak bila dia mengangkatku ke atas.

Aku menghampirinya dengan memakai tudung.Setakat ini tidak pernah sekali pun aku menanggalkan tudung di hadapan Adam.Aku tahu yang dia memang sudah boleh melihat auratku tetapi entahlah, aku masih belum bersedia membuka tudungku di hadapannya.

"Encik..bangun."

Dia tergeliat kecil sebelum membuka mata."Kenapa?"

"Solat subuh."

Dia mengangguk faham.Aku segera menuju ke bilik air dan mengambil wuduk.Sebaik sahaja aku keluar, Adam pula masuk ke dalam.Aku mengeluarkan sehelai baju melayu bersama-sama sehelai kain pelikat untuknya dari dalam almari.Kemudiannya aku membentangkan dua helai sejadah supaya dia boleh menjadi imanku.

"Sarah nak abang jadi iman?"soalnya sebaik sahaja dia keluar dari bilik air.

"A'ah.Boleh?"

"Boleh.."

Sebaik sahaja Adam selesai berdoa, aku menghampirinya sebelum menghulurkan tangan.Adam agak terkejut sebelum perlahan-lahan dia menyambut huluran tanganku.

"Sarah minta maaf kalau Sarah ada buat salah.."

"Sarah tak ada buat salah pun.Lagipun kita kan baru kahwin tak sampai 2 hari lagi.."

Aku hanya tersenyum hambar.Perlahan-lahan aku bangun.

"Nak pergi mana?"

"Kerja."

"Sarah tak cuti ke?"

Aku menggeleng.Adam hanya mengangguk faham sebelum dia pun bangkit menuju ke katil.

"Abang nak baring kejap."

Aku memandangnya yang sudah memejamkan mata.Perlahan-lahan aku mengambil pakaian kerja sebelum melangkah ke dalam bilik air.

~~~~~

Emak mertuaku memandang pelik sebaik sahaja melihat aku turun dengan memakai pakaian kerja.

"Sarah tak cuti ke?"

Aku berasa serba salah apabila muka mama."Sarah minta cuti dulu tapi sekejap je.Masa Sarah ingat Mila yang..."

Aku tidak jadi untuk menghabiskan ayat."Maaf ma."

"Tak apa Sarah.Mama faham..Sarah pergilah kerja."

Aku mencapai tangan mama sebelum menciumnya.Mama memelukku sebelum berbisik lembut.

"Mama minta maaf.Disebabkan apa yang terjadi, Sarah yang kena kahwin dengan Adam."

Pantas aku menggeleng kepala."Bukan salah mama.Jangan cakap macam tu."

Mama meleraikan pelukan sebelum mencium dahiku."Jaga diri baik-baik ye nak?"

"Baik ma..Sarah pergi dulu."

Aku melangkah keluar dari rumah tanpa bersarapan terlebih dahulu.Perlahan-lahan aku menghampiri keretaku sebelum memandang ke tingkap bilik.Aku melepaskan keluhan sebelum memandu pergi.

Adam yang bersembunyi di sebalik langsir hanya memerhatikan kereta Sarah yang semakin menjauh.


~~~~~

"Pengantin baru dah sampai!"jerit Faiz sebaik sahaja aku sampai di pejabat.

Aku tergelak kecil melihat reaksinya.Sekelip mata sahaja aku sudah dikerumuni oleh rakan-rakan sekerja.

"Cepatnya pengantin datang kerja.Tak honeymoon ke?"

Muka aku berubah seketika."Husband aku busy jadi tak boleh nak pergi honeymoon sekarang.Karang-karang pergilah."

"Apa bising-bising ni?"kami semua berpaling ke belakang.Encik Khairil sedang tegak berdiri dengan muka yang serius.

"Tak ada apa Encik Khairil.Kami cuma tanya khabar Sarah.Dia kan pengantin baru."

Encik Khairil memandang aku seketika."Selamat pengantin baru.Sorry sebab saya tak boleh pergi semalam.Awak pun mesti tahu sebabnya kan?"

Aku mengukir senyuman walaupun aku faham maksudnya."Tak apa Encik Khairil."

"Ok, semua boleh mulakan kerja balik.Sarah, awak masuk dalam bilik saya kejap."

Aku membuntuti Encik Khairil dari belakang.Dia mempersilakan aku duduk di hadapannya.

"Saya nak tanya awak something."

"Apa dia?"

Lama Khairil memandang wajah comel Sarah.Siapa sangka gadia yang sudah bertakhta di dalam hatinya sudah menjadi milik orang lain.Dia sama sekali tak menyangka yang Sarah akan mengahwini lelaki lain kerana dia menyangka Sarah menyukai dirinya sama seperti dia menyukai Sarah.Dan dia juga telah meluahkan perasaan cintanya.

"Awak bahagia?"

Tergamam aku seketika apabila mendengar soalan Khairil."Kenapa tanya?"

"Macam mana awak boleh kahwin dengan dia?

"Jodoh."jawabku selamba.

"Bukan sebab Mila lari?"

Kurang senang aku mendengar kata-katanya."Khairil, dah jodoh saya dengan Adam."

"You know how much I love you, right?"

Aku memandangnya dengan muka yang serius.Dia ni tak tahu ke yang aku sudah menjadi isteri orang.

"Watch your mouth okay! Saya dah kahwin.."

"Tapi awak tak cintakan suami awak.You love me!"

Aku mendengus.Perasan sungguh lelaki ini."You're so full of yourself.Saya nak keluar."

Aku bingkas bangun dari kerusi.Panas betul hatiku apabila berhadapan dengan Khairil.Khairil tersentak apabila melihat aku bangun dan terus memegang tanganku.

"Sorry ganggu."suara lelaki di muka pintu mengejutkan aku.Pantas aku berpaling memandangnya.Adam!

"Saya menganggu ke?"soalnya dengan muka yang tenang.Aku merentap tangan daripada dipegang oleh Khairil.

"Tolong jangan sentuh saya lagi lepas ni!"

Aku pantas mendapatkan Adam sebelum menariknya keluar dari bilik.Tetapi Adam masih lagi tidak berganjak.

"By the way, saya Adam..suami Sarah."

Kemudian, Adam pula menarik tangan Sarah."Esok hantar surat resign!"

Suara Adam kedengaran begitu tegas.Aku akhirnya mengangguk.

~~~~~

Aku memandang Adam yang tenang memandu.Hajat di hati sebenarnya ingin menanyakan soalan tetapi aku bimbang reaksi yang bakal diterima.

"Sarah nak tanya apa?"

Aku tersentak.Macam tahu je aku nak tanya soalan.

"Hmm..encik buat apa tadi kat office?"

"Abang cuma nak tengok tempat kerja Sarah tadi.Tak sangka pulak nampak benda lain."

"Sarah minta maaf."

Adam tidak membalas.Aku makin serba-salah.Perlahan-lahan aku memegang hujung bajunya.

"Abang, Sarah minta maaf.Sarah tahu Sarah salah."

"Sarah tak ada buat salah pun.Kita sama je sebenarnya.Sarah sayang dia kan? Abang pulak sayang Mila..So kita seri."

"Sarah tak sayang dia pun."

Aku melihat senyuman di bibir Adam."Tak payahlah Sarah nak tipu.Abang tak marah kalau Sarah sukakan orang lain."

Aku mula naik geram apabila Adam masih terus-terusan mengatakan yang aku menyukai Khairil.

"Sarah tak suka dia..Sarah tak sukakan sape-sape! Turunkan Sarah dekat sini!"suaraku agak tinggi.

"Hujan ni.."

"Sarah tak kira..Stop this car right now!"

Adam mengeluh sebelum memberhentikan keretanya di tepi jalan.Cepat-cepat Sarah membuka pintu sebelum berlari sekuat mungkin.

"Sarah!!"jeritan Adam langsung tidak aku endahkan.

"Sarah bukan macam abang..bila Sarah dah kahwin dengan seseorang, Sarah hanya akan setia dengan dia je."

Ingin sahaja aku luahkan kata-kata itu.Biar hilang segala sakit hatiku!

~~~~~

Adam sudah mundar-mandir di ruang tamu rumah.Sudah hampir lima jam Sarah pergi tapi sampai dia belum balik.Telefon pun langsung tidak diangkat.

"Kenapa Adam?"tanya Puan Dahlia apabila melihat dari tadi anaknya mendar-mandir di ruang tamu.

"Sarah.."

"Kenapa dengan Sarah?"

Adam mendiamkan diri.

"Apa yang Adam cakap dekat dia?"suara Puan Dahlia sudah mula naik satu level.

"Adam..hmm..Adam masih sukakan Mila."

Mata Puan Dahlia membulat."Apa kamu cakap ni Adam?! Kamu dah kahwin dengan Sarah.Jangan lagi sebut pasal Mila.."

"Sarah tak kisah bila Adam cakap yang Adam masih lagi sukakan Mila."

Puan Dahlia menggeleng-geleng kepalanya."Kamu tak faham perasaan seorang isteri, Adam.Walaupun Sarah tu mungkin tak ada perasaan dekat kamu tapi dia tetap terluka bila suami dia sayangkan orang lain dan orang lain tu pulak sepupu dia.."

Adam memandang bawah."Tapi dia pun suka orang lain."

"Berapa kali Sarah nak bagitahu abang yang Sarah tak suka dia?!"suara Sarah kedengaran dari muka pintu.

"Sarah.."mama menghampiri aku sebelum menarik tanganku masuk ke dalam rumah.Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala.

"Sarah tak layak tinggal dekat sini lagi ma."

"Apa Sarah cakap ni? Sarah kan menantu mama.Ini rumah Sarah.."

"Kalau dia nak pergi biarlah ma..Orang dah degil nak buat macam mana."kata Adam dengan kasar.Mama memandangnya dengan muka yang merah.Geram mendengar kata-kata yang keluar dari mulut anak lelakinya itu.

"Jaga mulut Adam.Kamu dengan Sarah baru je kahwin.Jangan nak buat hal!"

Aku memegang tangan mama sebelum menggelengkan kepala."Sarah pergi dulu ye ma.Barang-barang nanti Sarah datang ambik kemudian."

Mama sudah teresak-esak.Aku segera mengelap air matanya.Kemudian aku menghampiri Adam yang duduk di atas sofa.Aku melutut di hadapannya sebelum mengambil tangannya.

"Sarah minta maaf tapi Sarah memang tak sukakan Khairil.Ampunkan Sarah..Halalkan makan dan minum Sarah."

"Hmm.."

Perlahan-lahan aku bangun dan menghampiri mama."Sarah minta ampun ma..Jaga diri baik-baik ye."

"Sarah, janganlah pergi.."

"Sarah kena pergi ma..Sarah janji akan selalu jenguk mama."

"Tapi Sarah baru je kahwin dengan Adam..janganlah pergi."

Air mata aku mengalir lagi."Sarah minta maaf."

Aku terus berlalu pergi.Tak sanggup melihat air mata mama.Siapa yang menyangka yang perkahwinan aku mungkin hanya akan bertahan setakat ini sahaja.Aku ingatkan bila dia suruh hantar surat resign, dia sudah mempunyai perasaan cemburu tetapi malangnya aku hanya perasan sendiri.Dia memang tidak pernah kisah.

"Mama kecewa dengan Adam!"ucap Puan Dahlia dengan suara yang sayu.

Adam meraup mukanya.Soal hati dan perasaan tidak boleh dipaksa mama..


p/s: Moon pun benci dengan Adam ni! Meluat betul..Sorry tau kalau berbelit-belit.Harap enjoy dan Moon tak marah kalau ramai org tak suka Adam sbb Moon pun tak suka dia..serius ni.Sukakan orang yg tak nak kat dia!


9 comments:

  1. hohooh...
    bnci giler kat adam...
    adeh....
    x thu nak komen apa...
    tp skit ati sngt....
    napa sara kena brlmbut ngn adam...
    trma je khairil 2....

    ReplyDelete
  2. Sama epy..
    Moon pun..
    Adeh2..
    Apa kes ni..
    Penulis sndiri dh bnci dgn watak dia sndiri..
    Adoi2..

    ReplyDelete
  3. hehehe..1st tyme jmpe pnulis menci dgn wtak rekaan sndri...tp seyes la adam tu ngeng betul..sarah tu skit pnye baik..aish..jgn nty dia da suki sarah n tyme tu sarah dh ttp pntu hati dia rpat2x..pdn muka adam..eyh sye lak mlebih hehehe

    ReplyDelete
  4. Hehe..takpe2..
    Luahkan perasaan anda ye Snow..
    Sekali-sekala Moon nak buat watak yang Moon sendiri tak suka.
    Nak rasa apa yang org lain rasa bila baca citer watak dia mmg ramai org bnci.

    ReplyDelete
  5. nape la Adam 2 keras ati sngt....
    trime je la sarah 2..
    bek ape si sarah 2...
    ishk3..xske nye ngn si Adam nie..
    Moon smbg lg...hehe

    ReplyDelete
  6. pelik tol la si adam tu..ni menimbulkn prasaan x ske die...
    sian sarah....dh la baek...

    tpikn nape walaupun adam ckp die ske dkt mila, dia rsau gak pasal sarah??

    ReplyDelete
  7. ish..
    adam ni mmg sengal la..
    klu llkai mmg cmtu..
    kras kpale..
    bile dh hilang org tu bru nk hargai dy..
    ble org tu dpn mate..disia-siakan..
    sian kt sarah...
    huaaaa

    ReplyDelete
  8. teruk la adam ni.x percaya cakap isteri sendiri...sian sarah...biar sara ajar sikit adam tu,nanti bila sarah dah x der dan dai dpt tahu bhw sarah sebenarnya yg tarik dia masa kemalangan tu baru dia nak menyesal...biar dia pula yg rasa spt sarah....sebenarnya x rela la sarah berjauhan ngan adam..tp adam ni kayu agaknya x de perasaan....gerammmmm

    ReplyDelete
  9. eii!!! geramnya dgn adam tu! x patut dai buat sarah cam tu! eiii!!!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...