Saturday, April 17, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 3



Aku menyendiri di dalam kamar tidurku.Langsung tidak berminat untuk menyertai mereka yang sedang menyiapkan barang-barang hantaran.Pada mulanya Mak Long menyuruh aku menggunakan barang-barang hantaran milik Karmila tetapi aku menolak kerana merasakan tidak sewajarnya aku mengambil harta benda Karmila.

Emak menghampiri aku sebelum duduk di birai katil.Pandangan emak yang sayu menyentuh hatiku.Perlahan-lahan aku menghampirinya sebelum mencium tangannya.Emak segera membawa tubuhku ke dalam pelukannya.

"Nanti bila Sarah dah sah jadi isteri Adam, jaga diri baik-baik ye.Mak nak pesan dekat Sarah yang langkah seorang isteri tanpa izin suaminya adalah haram.Kalau Sarah nak pergi mana-mana, minta izin dulu tau.Jangan sesekali jatuhkan air muka suami..jaga adab kita sebagai isteri.Mak doakan Sarah berbahagia dengan Adam nanti."nasihat emak menyusup ke dalam hatiku.

"InsyaAllah mak.Sarah akan ingat semua nasihat mak."

Emak mengusap lembut rambutku.Aku melentokkan kepala di bahu emak.Tenang sungguh hatiku apabila berada di samping emak.

Yang memelukku
Menjagaku
Memberiku kasih dan sayang
Mencintaiku
Merawatku tanpa lelah
Setulus jiwamu...

Deringan telefon yang berbunyi tidak aku layan.Aku membiarkannya terus berbunyi tanpa ada niat untuk mengangkatnya.

"Kenapa tak angkat telefon?"tanya emak.

Aku mengeluh."Sarah tak ada mood nak cakap dengan orang."

"Tak baik macam tu.Mana tahu kalau ada hal penting.Angkatlah ye..mak nak keluar dulu.Nanti Sarah keluar tau, tolong apa yang
patut."

Aku mengangguk kepala tanda akur.Perlahan-lahan aku mencapai telefon dan melihat nama pemanggil.Wajahku berkerut apabila melihat nombor yang tak dikenali.

"Hello.."

"Hello Sarah."aku terkejut apabila mendengar suara garau ini.Suara Adam!

"Ya encik Adam? Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Aku nak jumpa kau sekarang."katanya dengan suara yang tegas.Aku sebenarnya sudah menyangka yang layanannya terhadap aku pasti berubah.Dahulu dia membahasakan dirinya sebagai 'saya' tetapi sekarang dia lebih senang menggunakan 'aku' ketika berbicara dengan aku.

"Dekat mana?"

"Dekat taman belakang rumah kau."

"Baiklah..lagi 10 minit saya sampai."

Adam memutuskan talian tanpa sempat aku mengatakan apa-apa lagi.Aku mencapai tudung yang disangkutkan di dalam almari sebelum memberitahu emak yang aku perlu bertemu dengan seseorang di taman.

Aku memandu tenang ke destinasi.Sebaik sahaja aku sampai, kereta CRV milik Adam sudah pun terparkir di hadapan taman itu.Aku mencari-cari kelibat Adam dan akhirnya aku menemuinya yang sedang duduk berdekatan dengan buaian.

"Assalamualaikum Encik Adam."

Adam berpaling memandang aku sebelum mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Maaf sebab suruh kau keluar petang-petang macam ni."

"Tak apa."

"Aku cuma nak bagitahu kau yang sebenarnya aku nak kahwin dengan kau pun sebab aku kesian dekat mak dan ayah aku.Aku sebenarnya anggap kau sebagai sepupu kepada orang yang aku cintai je iaitu Mila."

Aku memandang bawah.Terkilan juga aku mendengar kata-katanya tapi aku cuba menguatkan hati.

"Saya faham."

"Jadi aku nak kau tahu, mungkin kehidupan kita tak seperti pasangan lain.Kau boleh buat apa saja yang kau nak asalkan kau menjaga nama aku sebagai suami.Begitu juga dengan aku, faham?"

Aku mengangguk."Saya faham."

Entah kenapa hanya itu yang mampu aku katakan.Saya faham..saya faham..

"Bagus.Aku balik dulu.Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."aku hanya memerhatikan langkahnya yang semakin menjauh.Apa yang dikatakannya sudah cukup membuatkan aku sedar kedudukan ku di dalam hatinya.

Perlahan-lahan aku menghampiri kereta sebelum duduk di dalamnya.Aku cuba menahan rasa hati.Walaupun aku tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Adam, hati aku tetap tergores kerana memikirkan yang aku bakal hidup dengan seseorang yang tidak langsung meletakkan aku di dalam hatinya.

Mila..mana kau pergi? Aku terseksa sekarang ni!

~~~~~

Suasana rumah sudah mulai riuh-rendah dengan kehadiran sanak-saudara dari belah emak dan ayah.Aku menunggu detik-detik untuk aku dinikahkan.Dayah, salah seorang kawan sekolah sibuk membetulkan solekan di muka aku.Dia juga yang bersusah payah mencari pakaian nikah aku ini.Sepasang baju kurung moden berwarna putih..

Aku mengerling jam di dinding.Pukul 8 lebih..lagi beberapa minit lagi sebelum aku diijabkabulkan.

"Kenapa muka kau muram sangat?"tanya Dayah sambil membetulkan tudungku.

Aku tersenyum hambar."Tak ada apa."

"Sarah, kesian aku tengok kau.Geram betul aku dengan Mila."

"Tak apalah Dayah..Dah takdir aku.Aku redha."

Dayah tayang muka tak puas hati."Kau ni baik sangat.Sebab tu Mila buat macam tu."

Aku mendiamkan diri.Dayah melepaskan keluhan.

"Aku doakan kau bahagia, Sarah."

Aku memberikan senyuman untuk Dayah.Dayah memeluk ku dengan erat dan akhirnya air mataku mengalir juga.

"Janganlah nangis.Habis rosak mekap kau."

Terdengar ketukan di muka pintu bilik ku.Emak memerhatikan aku sebelum menganggukkan kepalanya.Aku memahami maksud anggukan emak.Dayah menemani aku turun ke bawah dan aku dapat melihat Adam sedang duduk di hadapan tok kadi dengan memakai sepasang baju melayu yang sama warna denganku.

Ayah menghampiri aku bersama-sama tok kadi.Sehelai kertas dihulurkan kepada aku.Lama aku memandangnya.

"Sarah.."

Aku memandang ayah sebelum menurunkan tandatangan aku di atas kertas tersebut.

Tok Kadi kembali ke duduk di hadapan Adam.Dadaku mulai berdebar apabila ayah menjabat tangan Adam.

"Aku terima nikahnya Sarah Dania binti Kamarul dengan mas kahwin RM80 tunai.."lancar sahaja mulut Adam menuturkannya.

"Sah?"

"Sah.."

Adam menghampiri aku setelah bacaan doa selesai.Dia menyarungkan cincin di jari manis ku dan buat pertama kalinya aku mencium tangan seorang lelaki yang bukan mahramku sebelum ini.
Aku memejamkan mata apabila bibirnya menyentuh dahiku.

~~~~~

"Esok abang datang lagi."tersentak aku apabila mendengar dia membahasakan diri sebagai abang.

"Abang?"

Dia mengangguk."Kenapa?"

"Tak ada apa."

"Takkanlah Sarah nak abang gunakan 'aku' dengan 'kau'?"

"Sarah tak kisah."

Adam menghela nafas sebelum menarikku supaya berdiri berdekatannya.

"Kenapa tarik?"tanyaku dengan muka yang pelik.

"Nanti orang pelik pulak tengok kita duduk jauh-jauh."

Aku mengangguk faham.

"Mila ada call?"tanyanya secara tiba-tiba.

"Tak ada."

"Encik rindu dia?"

Dia memandang aku sekilas."Ya."

Aku membuat muka selamba.Sudah aku jangka jawapan itu yang akan keluar.

"Sarah tak kisah?"

Pantas aku menggeleng."Tak.."

Kami berdua kembali senyap."Encik.."

"Hmm?"

"Kalau Mila balik, apa yang encik akan lakukan?"

Adam agak terkejut mendengar soalan aku.Sengaja aku bertanya soalan itu memandangkan aku perlulah bersiap-sedia menerima sebarang kemungkinan.

"Entah.."

~~~~~

Majlis persandingan kami berlangsung dengan meriah dan lancar sekali.Aku senang apabila melihat emak,ayah, mak long dan pak long kelihatan begitu gembira sepanjang majlis perkahwinan aku.Tapi aku tahu mak long dan pak long masih lagi bersedih dengan perbuatan Mila.

"Sekarang semuanya dah selesai."aku menarik nafas lega.Adam yang duduk di samping ku hanya mendiamkan diri.

Aku pun malas untuk bercakap apa-apa lagi.Mood Adam ni bukan boleh dijangka sangat.Kadang-kadang dia ok, kadang-kadang dia tak.

"Sarah rasa Mila balik tak?"soal Adam sambil memandang aku.

"Sarah tak tahu."

"Abang harap dia balik semula.."

Aku mengeluh.Agaknya sampai bilalah baru aku akan berada di dalam hatinya itu.






p/s : Harap enjoy :D Sorry kalau ada salah apa2..and sorry kalau berbelit-belit.


4 comments:

  1. hohooh....
    cpt jg adam suke kat mila...
    hnya mila slmtkan dia....
    please....
    jgn bg sarah jtuh cnta dulu kat adam....
    adam ni x prnh mnghrgai sarah....
    wjudkan stu wtak llki....
    biar adam rsa...
    ingt sara 2 apa.....
    klu adam iklas mnrma sara mst sara iklas mnrma adam...
    ni awl2 lg dah kcwkan sara....

    ReplyDelete
  2. smbng lagi~~~ yup btul kte epy jgn ksi sarah suki kat adam seksa adam dgn khadran lelaki len hehehe!!

    ReplyDelete
  3. setuju2x! padan dgn muka adam. geramnya dgn dia tu! sian sarah

    ReplyDelete
  4. setuju3x....tpikn...xke mcm pelik. lelaki cm adam yang tau ape yg die nk bley jer ikut ckp parents die??

    nina rse cm adam tu nk test je sarah ske dkt die ke x...

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers