Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Wednesday, April 14, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 2



Aku menunaikan solat Subuh dengan khusyuk sekali.Selepas itu aku berdoa agar dipermudahkan segalanya untukku dan aku juga berdoa untuk kebahagiaan Karmila dan Adam.Aku berharap jodoh mereka kekal hingga ke anak cucu.

Kemudian aku melipat sejadah dan telekung sebelum meletaknya ke dalam almari pakaian.Aku membuka laptop untuk menyelesaikan kerja-kerja pejabat kerana sudah menjadi sifat aku untuk tidak menangguh kerja.Lagipun, aku tidak mahu menambahkan lagi bebanan kerja memandangkan aku telah mengambil cuti sempena majlis perkahwinan Mila yang akan berlangsung tidak lama lagi.Jika dibiarkan, habislah meja pejabat aku dipenuhi dengan pelbagai jenis kertas.

Alunan lagu Cinta Kosmik nyanyian The Fabulous Cat kedengaran dari telefon bimbitku.Aku melihat nama pemanggil.Mak long? Apa tujuannya menelefon aku pada waktu begini?

"Assalamualaikum Sarah..tolong mak Long."cemas sungguh suara Mak Long.Aku memintanya supaya bertenang.

"Kenapa Mak Long?"

"Mila.."

Tiba-tiba sahaja hatiku mula tidak enak.Apa yang berlaku? "Kenapa dengan Mila?"

"Dia lari.."

Ya Allah! Mataku membulat mendengar kata-kata Mak Long.Jantungku berdegup pantas.Aku sama sekali tidak menyangka yang Mila akan melarikan diri dan memungkiri janji yang telah dibuat.

"Kau bukan nak lari kan?"

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Yelah, kau suruh aku try baju kahwin kau."

"Tak semestinya bila aku suruh kau try baju kahwin aku, aku nak lari dari sini.Aku takkan lari.."

"Janji?"

"Aku janji.."

Aku mengeluh panjang.Kedengaran esakan Mak Long di telingaku.Kasihan benar aku dengan Mak Long.Apa yang dilakukan oleh Karmila sama sekali tidak wajar.Tergamak dia menyakiti hati Mak Long.

"Mak Long, sabar ye.Nanti Sarah pergi rumah mak Long.Kita bincang sama-sama hal ni."

"Mak Long sedih, Sarah.Tergamak Mila buat Mak Long macam ni.."

"Sabar ye Mak Long.Kejap lagi Sarah sampai."

"Baiklah..assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam Mak Long."

Aku menarik nafas sambil meraup muka.Segera aku mencapai tudung dan menyauknya ke kepala.Aku merapikan sedikit tudungku sebelum mengambil kunci kereta.

~~~~~

Mak Long segera memeluk tubuhku apabila aku sampai di rumahnya.Ahli keluargaku yang lain semuanya bermuram.Aku menepuk-nepuk lembut belakang Mak Long.

"Mila ada tinggalkan apa-apa?"tanya ku apabila Mak Long sudah meleraikan pelukannya.

"Ada..surat untuk Sarah."

"Untuk Sarah?"

Mak Long mengangguk sebelum dia menghampiri meja kecil di tepi sofa.

"Ni dia suratnya.Mak Long belum baca lagi.."

Aku membuka perlahan-lahan sampul surat tersebut.Hatiku agak gementar apabila memikirkan apa yang ditulis oleh Mila.

Kepada Sarah,

Sarah, aku minta maaf sebab mungkir janji.Aku tahu aku salah tapi aku tak boleh teruskan perkahwinan ni.Aku dah cuba untuk terima Adam tapi aku tak boleh.Ya, aku tahu dia lelaki yang baik tapi aku masih tak boleh terima dia.

Dan tolong bagitahu mak aku, yang aku minta maaf.Tak ada niat pun di hati aku ni nak menyakitkan hati mak aku tapi aku terpaksa.InsyaAllah, bila sampai masanya nanti, aku akan kembali semula.Tapi aku tak janji bila.Aku cuma harap semua orang akan doakan aku..

Beritahu Adam yang aku minta maaf.Mungkin aku bukan untuk dia..

Salam sayang,
Karmila
Aku melipat kembali surat Karmila.Mindaku masih belum dapat menerima apa yang terjadi.Sakit sungguh hatiku apabila memikirkan tindakan Mila.

"Apa dia tulis, Sarah?"

"Dia cakap dia minta maaf dengan mak cik.Lepas tu, dia kata yang dia tak boleh terima Adam walaupun dia dah cuba."

Mak Long menangis kembali."Semua ni salah Mak Long.Kalau Mak Long tak paksa dia, mesti semua ni tak berlaku."

Aku memegang erat bahu Mak Long."Ini semua takdir Mak Long."

Emak menghampiri aku."Macam mana dengan majlis perkahwinan ni? 2 hari lagi.."

"Kita telefon keluarga Encik Adam dulu.Bincang elok-elok dengan diorang."usulku.Mak Long mengangguk menyetujui.

"Biar Pak Long call."

~~~~~

"Apa?!"

Terbeliak mata Adam apabila mendengar setiap butir bicara yang keluar dari mulut Pak Long dan Mak Long.Kusut benar rupanya..

"Tapi kenapa, pak cik?"sayu sungguh suara Adam di telingaku.Kasihan aku melihatnya.

"Sarah, tolong tunjukkan surat tu dekat Adam."

Aku menghulurkan surat Mila kepada Adam.Perlahan-lahan Adam mengambilnya sebelum membaca isi kandungannya.Aku berdebar menantikan reaksi Adam.

"Saya faham..."

Adam menyebak rambut depannya ke belakang.Dia memberikan semula surat itu kepadaku.

Encik Hakim yang mendengar sahaja dari tadi memandang aku.Walaupun aku masih belum mengenali keluarga Adam, pernahlah juga aku berbual bersama-sama mereka.Mereka memang baik orangnya.

"Kita tak boleh batalkan majlis perkahwinan ni."ujar Encik Hakim dengan suara yang tegas.

"Tapi abang, pengantinnya tak ada.Macam mana anak kita nak kahwin?"tanya Puan Dahlia sambil memandang wajah suaminya.

"Kita kena cari penggantinya.Lagipun kita masih lagi ada masa untuk menyediakan apa yang patut."

Aku melihat reaksi muka Adam yang terkejut."Adam tak nak kahwin dengan orang yang Adam tak cinta."

"Macam tulah Karmila rasa bila kamu nak kahwin dengan dia!"bidas Encik Hakim.Tergamam Adam seketika..

"Siapa yang akan jadi penggantinya?"tanya emakku.

"Sarah.."ringkas sahaja namun mampu membuat jantungku berhenti berdenyut.

Aku pantas menggeleng."Saya tak boleh terima semua ni."

Emak memegang jari-jemariku yang berinai."Sarah..tolong terima."

"Tapi Sarah..belum bersedia lagi.Encik Adam pun mesti takkan terima."

"Adam terima tak?"soal Encik Hakim kepada anaknya.Adam mendiamkan diri sebelum mengangguk.Aku terkejut melihat persetujuannya.

Kenapa aku yang mesti menjadi galang gantinya? Bukan salahku jika Mila melarikan diri!

Secara tiba-tiba aku mula merasakan apa yang dirasakan oleh Karmila.Aku teringat kembali nasihat yang aku berikan kepada Mila.

"Mungkin ada hikmahnya semua ni terjadi.."

Akhirnya aku cuba menerapkan nasihat aku sendiri ke dalam diri.Ya! Mungkin ada hikmahnya nanti..

p/s : Enjoy! :D Moon tringin nak buat citer fantasi..Nak baca tak?


5 comments:

  1. hohohho...
    dah agk dah....
    tp cnta adam x ada untk sara...
    smbung2x...

    ReplyDelete
  2. best2...hoho...
    bley je moon...
    kalo moon wat...
    bce jew...huhu

    ReplyDelete
  3. dh agk dh...
    msti mila lari pnye...
    huhuhu
    cian kt sara...
    tp cmne lk adam leh jtuh cinta ngn mila ea..??
    cnta pndng pertama mse mila tolong adam ea..???

    moon nk wt cter fantasi yg cmne..??
    cm cter alice in wonderland ke..??
    =D

    ReplyDelete
  4. geram jugaj dgn mila tp nak wat camne.
    sian tgok sarah tu

    citer fantasi? nak3x!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...