Wednesday, April 14, 2010

Cinta Setulus Jiwa Part 1



Aku mengusap lembut belakang Karmila yang sejak dari tadi hanya mengalirkan air mata.Bukan aku tidak kasihan tetapi aku sendiri pun sudah kebuntuan untuk mencari jalan bagi menolong sepupuku.Sudah berbuih-buih mulut aku meminta supaya ibu dan bapa Karmila aka Mak Long dan Pak Long ku untuk memikirkan semula rancangan mereka tetapi semuanya tidak langsung dilayan.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri..mereka sudah tekad dengan keputusan yang dibuat.


"Sabar Mila..mungkin ada hikmahnya."


"Aku sedih, Sarah.Aku langsung tak kenal pun sape Adam tu.Kita cuma selamatkan dia je masa hari tu.Tup tup kena kahwin pulak dengan dia.Aku tak rela.."


Aku mengimbas kembali bagaimana semua ini terjadi.Semuanya bermula apabila aku menolong Adam yang kemalangan di tepi jalan semasa pulang daripada menghadiri majlis hari jadi Hazrul bersama-sama Karmila.


"Best kan tadi?"


"A'ah..suka betul aku tengok budak-budak tu tadi.Hazrul tu cute betul!"


Aku tergelak kecil."Yup..comel betul."


"Sarah!!!"jerit Karmila secara tiba-tiba.Aku terus menekan brek sekuat mungkin sebelum mengurut dada kerana terkejut.Aku memandang Karmila yang sedang melihat ke luar.


"Apasal kau jerit?Terkejut aku!Nasib baik kereta tak ada kat belakang kalau tak..."


Aku pelik apabila melihat Karmila membuka pintu kereta sebelum keluar.Segera aku menuruti langkah Karmila kerana ingin melihat apa yang dilihatnya.Mataku membulat apabila melihat seorang lelaki yang berlumuran darah terbaring di atas rumput.Segera aku menghampirinya dan memeriksa nadinya.Aku mengucap syukur apabila dia masih lagi bernyawa.Darah pekat mula mengotori baju aku dan perlahan-lahan aku membetulkan kedudukannya.


"Mila, kau tolong tengokkan dia.Aku nak call ambulans."aku bersuara cemas.Karmila segera menghampiri lelaki itu sebelum mengelap darah di sekeliling muka lelaki itu menggunakan sapu tangan yang dibawanya.


Manakala aku pula sibuk menjerit ke sana ke mari untuk mencari pemandu yang baik hati untuk berhenti dan alhamdullilah sebuah kereta sanggup berhenti dan menolong kami.Entah dari mana timbulnya kekuatan, aku segera memapah lelaki itu menuju ke kereta dan mengekorinya dari belakang menggunakan kereta aku.


Dan apabila dia sedar, terus sahaja dia ingin meminang Karmila.Aku dan Karmila memang terkejut dengan permintaannya yang agak drastik.Dan tanpa menunggu persetujuan Mila, terus sahaja dia menghantar rombongan merisik.


"Sarah, kau tengah fikir apa tu?"


"Tak ada apa.."


"Aku tak nak kahwin dengan dia.."


Aku mengeluh lemah."Redha sajalah Mila..seperti yang aku cakap sebelum ni.Mungkin ada hikmahnya.."


Lagi sekali, hanya itu yang mampu aku tuturkan buat Karmila..


~~~~~


Karmila Yusniza binti Ghazali

&

Adam Zafran bin Hakim


Aku mengusap kad kahwin yang baru sampai pagi tadi.Cantik betul gandingan nama mereka berdua.Akhirnya Karmila akan melangsungkan juga perkahwinannya dan berdasarkan tarikh yang dinyatakan di sini, tinggal lagi seminggu sebelum Karmila bergelar seorang diri.Sedih pula apabila memikirkan yang aku bakal sendirian selepas ini dan sudah semestinya selepas kahwin nanti, Karmila akan tinggal bersama-sama Adam.Tinggallah aku seorang diri di rumah sewa kami nanti.


Kau kan ku angkatmu
Kau cinta kosmikku

Telefon yang berdering mengejutkanku.Pantas jari aku menekan butang sebelum meletakkan telefon di telinga."Assalamualaikum Mila.."

"Waalaikumussalam..Sarah, mari datang rumah aku.Kami tengah berinai ni."

Aku melihat jam yang menunjukkan pukul 5.30 petang.Aku berfikir seketika sebelum bersetuju."Ok, aku sampai dalam masa 20 minit."

"Ok..cepat tau.Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Sekali lagi aku menilik kad kahwin Karmila.Alangkah indahnya kalau aku juga turut merasakan keindahan untuk berumah tangga seperti Karmila.Tapi nak buat macam mana, belum ada yang sudi untuk melamarku.

***

Aku dapat melihat Mila yang sedang berbual-bual dengan ahli keluarga yang lain.Sudah naik riuh-rendah rumah ini apabila hari bahagia bakal menjelang.Semua sanak-saudara pulang untuk bersama-sama meraikan hari istimewa itu.Karmila menggamitku agar duduk di sebelahnya.

"Bak sini tangan Sarah.Mak nak letak inai ni.."

Aku menggeleng laju."Buat apa mak?Bukan Sarah yang kahwin.."

Emak mengambil tangan aku dan pantas menepuknya apabila aku cuba mengalihnya.Dengan penuh berhati-hati, emak memakaikan inai di setiap jari-jemari runcingku.

"Kau kena lah jugak pakai inai ni sebab nanti kau kena jadi pengapit aku."pujuk Karmila apabila melihat muka cemberutku.Aku hanya mengangguk.

"Nanti Adam nak datang sini.."

Aku berpaling memandang Karmila."Bukan ke orang tua-tua kata tak elok bakal pengantin baru jumpa masa dah dekat nak kahwin?"

Karmila tergelak kecil."Aku tahu..nenek pun tak beri aku jumpa dia.Dia cuma nak ambik baju pengantin.Itulah sebab aku nak minta kau tolong beri kat dia."

"Aku?"

"A'ah.."

"Kak Mila..abang Adam dah datang!"jerit Iqbal, adik Karmila yang paling bongsu.
Nenek datang menghampiri aku sebelum menghulurkan sepersalinan baju melayu berwarna krim kepada ku.Teragak-agak aku mengambilnya sebelum menuju ke arah pintu.Aku dapat melihat satu susuk tubuh sedang berdiri membelakangiku.

"Encik Adam.."

Adam berpaling sebelum tersenyum.Aku menghulurkan baju melayu itu kepadanya sebelum berpaling masuk ke dalam rumah.

"Awak.."

Aku berpaling semula apabila aku dipanggil."Ya?"

"Awak Sarah ke?"

Aku mengangguk.

"Terima kasih."

Aku pelik mendengar ucapan terima kasih daripadanya."Untuk apa?"

"Sebab selamatkan saya masa hari tu.Karmila ada cakap yang awak tolong bawa saya pergi hospital."

Aku tersenyum setelah aku memahami maksud ucapan terima kasihnya."Tak apa.Saya ikhlas tolong encik Adam."

"Saya janji akan jaga Karmila baik-baik."ucapnya dengan penuh yakin.Aku tersenyum senang mendengarnya.InsyaAllah dia merupakan lelaki yang terbaik untuk Mila.

"Saya tahu.."

Karmila yang berdiri di tepi pintu memerhatikan mereka berdua.Perlahan-lahan senyuman mula diukir.
~~~~~

"Sarah, cuba kau try baju ni."ujar Karmila sebelum menghulurkan baju kahwinnya kepada aku.Aku pantas menggeleng.

"Tak naklah.Kau pakailah.."

"Aku nak kau try.Aku dah try tadi."

"Kenapa nak suruh aku try?"

"Saja."

Aku mencebik apabila mendengar jawapan Karmila."Tak maulah.."

"Kalau kau sayang aku, kau try baju ni."aku mengeluh.Aku memang lemah bila dengar ayat macam tu.

Karmila mengukir senyuman apabila melihat anggukan aku."Bagus.Now, pergi try.Aku nak tengok cantik tak sepupu kesayangan aku ni pakai baju ni."

"Kau bukan nak lari kan?"pantas sahaja soalan itu keluar dari mulutku.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Yelah, kau suruh aku try baju kahwin kau."

Karmila ketawa besar."Tak semestinya bila aku suruh kau try baju kahwin aku, aku nak lari dari sini.Aku takkan lari.."

"Janji?"

Muka Karmila agak berubah ketika aku menyuruhnya untuk berjanji."Aku janji.."
p/s : Harap semua suka cerita baru ni.. :D Enjoy dan beri komen ye..thanks

3 comments:

  1. hohohooh...
    prmulaan yg baik....
    mst mila larikan diri...
    n pas 2 sarah yg kena kawen ngn adam...
    ceh pndai2 je aku teka...
    pe pun best2x..
    x sbr nak thu next n3...

    ReplyDelete
  2. wow..smbng lagi..mnarik cter ni..

    ReplyDelete
  3. starting yg okey..
    teruskan ;D
    Hana suka!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers