Sunday, March 21, 2010

Unforgettable Part 35


Hyo tersenyum sebaik sahaja melihat Hana yang baru keluar dari bilik muzik V-Pop.Dia mengekori langkah Hana ke sebuah restoran.Riang hatinya apabila memikirkan yang dia mungkin berpeluang untuk makan tengah hari bersama-sama Hana tetapi langkahnya terhenti tatkala melihat enam orang jejaka termasuk dua orang wanita sedang menunggu Hana.

"Hana,kenapa lambat?"tanya Daniel sebelum menyuruh Hana untuk duduk di sebelahnya.

"Aku ada kerja sikit tadi.Dah order ke?"

"Dah..kami order chicken chop untuk setiap orang."jawab Anne.Hana tergamam apabila melihat Anne yang sedang tersenyum manis.Dia langsung tidak menyedari kehadiran Anne di situ.Secara tiba-tiba dia bangun dari kerusinya sebelum memeluk erat tubuh Anne.Berulang kali pipi Anne dicium.

"Kau pergi mana sebelum ni?Aku rindu dekat kau tau!"

Anne ketawa kecil."Aku pergi merantau.Aku pun rindu jugak dekat kau."

"Ni kira macam reunion lah kan?"kata Mike sambil mengenggam erat jari jemari Anne yang sudah duduk.Mereka semua hanya ketawa.

Hana pelik melihat kemesraan Mike dan Anne."Korang berdua ni ada apa-apa ke?"

Mike mengenyit matanya."Kami bersama sekarang."

"What!! Serius?"

"Yelah.Takkan nak tipu pulak."

"Tahniah..tahniah."Hana berjabat tangan dengan mereka berdua.

"Kami nak minta maaf sebab kacau hubungan kau dengan Daniel dulu."ucap Anne perlahan.Dia berasa amat bersalah.Kerana dia dan Mike, hubungan Daniel dan Hana terganggu sehingga berpisah bertahun lamanya.

"Tak apa.Kami dah lama maafkan.Lagipun sekarang aku dengan Hana kan dah bahagia."tutur Daniel sambil tersengih.Dia langsung tidak menghiraukan pandangan tajam Hana.

"Kau nak kena tumbukan aku ke?"ugut Hana.

"Nak.Kau tumbuk best!"

"Ek eleh, bila dah suka tu kena tumbuk pun boleh kata best."usik Shin.Mereka semua ketawa manakala Hana sudah memuncungkan bibirnya.

"Hello, boleh join?"suara lelaki yang menyapa mengejutkan Hana, Daniel dan Haruhi.

"Tak boleh!"tanpa perasaan Hana berkata dengan tegas.Tidak ingin melihat Hyo berada di situ.

Riak wajah Hyo berubah."Kenapa tidak?"

"Sebab kerusi dah penuh."balas Daniel pula.Serabut melihat Hyo di situ.

"Tak apa..sebelah aku ni muat lagi.Boleh tambah satu lagi kerusi."Fay menarik sebuah kerusi.Haruhi segera mencubit lengannya.Wajah Haruhi kelihatan marah dan seterusnya dia memandang pula Hana dan Daniel.Riaksi muka yang sama diberikan.Mereka bertiga marah tapi kenapa?

"Thanks."ucap Hyo seraya duduk di sebelah Fay.Shin, Max dan Carl seperti dapat merasakan yang Hana, Daniel dan Haruhi tidak suka lelaki yang dikenali sebagai Hyo itu.

"Biar saya belanja hari ni."ujar Hyo sambil tersenyum.

"Tak payah!!"serta merta Hana dan Daniel membantah.Dan yang mengejutkan Haruhi, Fay, Shin, Max dan Carl pun turut membantah.Kuat suara mereka bertujuh menyebabkan Hyo terdiam.

"Kenapa dengan diorang?"bisik Anne kepada Mike.

"Entah."

Mereka menjamu selera sebaik sahaja makanan yang dipesan sampai.Tidak langsung berbual.Masing-masing sedaya upaya menghabiskan makanan dengans segera.

"Aku dengan Hana pergi dulu."Daniel terus menarik tangan Hana berlalu dari situ.Hyo hanya mampu mendengus geram dan melihat mereka berdua pergi dari situ.

**************************************************

Fay memandang Haruhi yang senyap sejak mereka masuk ke dalam kereta.Tiada langsung sepatah perkataan yang keluar dari bibir Haruhi.Kebiasaannya ada sahaja cerita yang akan keluar apabila mereka berdua berada di dalam kereta.

"Haruhi, kenapa senyap je?"

"Tak ada apa."

"Cuba cerita dekat saya."

Haruhi mengeluh perlahan."Awak nak tahu kenapa kami semua tak suka Hyo?"

"Boleh jugak."

"Sebab Hyo tu bekas teman lelaki Hana dulu."

"Hah?!"Fay ternyata terkejut dengan berita yang baru diterimanya.Dia memberhentikan kereta di bahu jalan.

"Bekas teman lelaki Hana?"ulang Fay lagi sekali.

"Ya.Tiba-tiba je dia muncul balik."

"Kenapa Hana berpisah dengan dia?"

"Salah Hyo sendiri.Dia yang curang."

Fay kembali memandu keretanya."Kenapa pulak dia nak datang balik? Bukan ke dia dah ada org lain?"

"Diorang dah putus.Kawan saya bagitahu baru je lagi mereka berpisah."

"Ohh..jadi sebab tulah dia muncul balik."

"Ya."

"Saya pasti Daniel takkan biarkan Hyo mendekati Hana.Percayalah."

Haruhi tergelak kecil."Saya tahu."

"Dulu-dulu awak pernah tak bercinta?"soal Fay sambil tersenyum.

"Kenapa tanya?"

"Yelah, mana tahu nanti bekas teman lelaki awak datang.Sape yang susah, saya jugak.Dah lah awak tu jantung saya."

"Orang lelaki ni memang mulut manis kan?"

"A'ah sebab kami selalu makan coklat."

Pantas sahaja jari runcing Haruhi mencubit lengan Fay."Sakitlah!"

"Tulah..sape suruh main-main.Orang tengah serius ni."

************************************************************************************


"Kau jealous ke?"

"Apa punya soalan tu? Mestilah aku jealous!"balas Daniel tanpa memandang langsung Hana.

"Tapi kita bukannya ada hubungan."ujar Hana.Dia ingin menduga Daniel sebenarnya.

Daniel terdiam.Memang betul cakap Hana.Mereka berdua memang tidak ada hubungan langsung tetapi takkanlah Hana tak sedar apa yang dia lakukan selama ini.

"Daniel, aku nak kau tahu yang aku takkan berbaik semula dengan Hyo.Tak akan!Yakinlah dengan aku."

"Hmm..aku tahu.Kalau dia ganggu kau, cakap dengan aku.Aku tak suka dia menganggu kau."

"Okay."balas Hana perlahan.Keadaan menjadi sunyi kembali.Daniel melarikan keretanya dengan tenang sambil menyanyi kecil.

"Hana, minggu depan aku nak bawak kau pergi satu tempat.Tapi jangan risau, bukan aku dengan kau je.Semua orang pergi."

"Buat apa?"

"Adalah.Secret."

"Sejak bila pulak kau berahsia dengan aku?"

"Sejak kau pun berahsia dengan aku."

"Bila?"tanya Hana dengan pelik.Rasa-rasanya dia tidak pernah berahsia dengan Daniel.

"Masa kau tengah berbual dengan yang lain.Lepas tu korang gelak.Bila aku tanya kenapa, korang kata rahsia."

Hana tergelak.Dia terlupa tentang hal itu."Kami tak cakap pasal apa-apa pun."

"Tak cayalah."

"Tak caya sudah.Aku tak paksa pun kau percaya pun."

"Hana.."

"Hmm..Apa?"

"Kau sayang aku tak?"

Hana terdiam."Kenapa kau tanya?"

"Tak boleh ke?"

"Boleh..hmm..sayang."

"Betul?"tanya Daniel sambil tersenyum lebar.

"Betul.."

"Aku pun sayangkan kau."balas Daniel.Pandangannya ke hadapan.Perlahan-lahan Hana mula mengukir senyuman.

************************************************************************************

Anne memandang Mike yang sedang memandu keretanya dengan tenang.Mike yang menyedari dirinya dipandang oleh Anne menoleh sedikit.

"Kenapa ni?"

"Perasan tak?"

"Perasan apa?"

"Hyo tu..macam familiar je."

"A'ah..perasan jugak.Do we know him?"

Anne menghembus nafasnya."Let me think first."lama dia mendiamkan diri.

"YES! Dia..dia kawan kolej Hana dulu.Ex-boyfriend Hana!"

"Yang curang dengan Hana dulu?"

"Yup..dialah Hyo."

"No wonder muka dia nampak familiar."kata Mike sambil menyebak rambutnya.

"Tak sangka dia muncul balik."

"Daniel perlu berhati-hati."

"Mungkin kita patut call dia."

"Yeah, call lah sekarang."dengan pantas Anne mendail nombor telefon Daniel.Dengan dua deringan, akhirnya suara Daniel kedengaran.

"Daniel! Kau tahu ke sape sebenarnya Hyo tu?"

"Tahu.Dia tu ex-boyfriend Hana."balas Daniel selamba.

Anne sedikit terkejut."Kau okay je ke?"

"Okay je.Kenapa?"

"Kau sedar tak yang peluang Hyo untuk merampas Hana tu agak tinggi?"

Daniel mengukir senyuman kecil."Tahu tapi aku tak bimbang sebab dia takkan berjaya untuk rampas Hana dari aku."

"Harap-harap macam tulah."

"Anne, jangan risau.Yakin dengan aku."

Anne ketawa kecil."Ye..aku yakin.Ok, good luck and good night."

'Yakinlah dengan aku..'bergema kata-kata Hana di telinga Daniel dan sememangnya aku yakin dengan kau, Hana.





3 comments:

  1. hohohoho....
    sweet la part ni....
    ada ke ptut smua org pulaukan hyo...
    bru pdn muka hyo 2....
    pas tnglkn hana sng2 je nak mncul blik....
    jgn hrpla dpt rmps hana dr daniel...
    daniel suke sngt kat hana 2...
    cuma daniel blum mluahkan lg....
    best2x...
    x sbr nak tngu next n3....
    pela kjutab daniel 2...
    x sbr nak thu....

    ReplyDelete
  2. hahahaha..
    tulah..
    tinggalkan lagi hana..
    tgk skang..
    semua org tak suka..

    ReplyDelete
  3. hehe ;D
    rindunya dgn citer ni
    so sweet!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers