Wednesday, March 24, 2010

One Love Part 11


Suasana di perpustakaan sunyi sepi yang kedengaran hanyalah bunyi kipas berpusing dan pena-pena yang menari di atas kertas.Rania mematah-matahkan jarinya yang sudah lenguh.Dikerlingnya ke arah Mahirah yang sedang khusyuk menyiapkan esei Bahasa Melayu yang perlu dihantar awal pagi esok.Airil yang berada di meja seberang juga tekun menyiapkan kerjanya.Secara tiba-tiba Airil mengangkat mukanya dan memandang ke arah Rania.Rania hanya mengukirkan senyuman sebelum kembali menyambung kerjanya yang tertangguh.

"Airil.."panggil Cikgu Zulia dengan suara yang perlahan.

"Ya cikgu?"Airil berjalan menghampiri Cikgu Zulia yang ketika itu berada di hadapan pintu masuk ke perpustakaan.

"Sekarang ni kamu free ke?"

"A'ah..free sampai balik nanti.Cikgu ada meeting."

Cikgu Zulia menarik nafas lega."Baguslah.Boleh kamu tolong cikgu?"

"Tolong apa cikgu?"

"Macam ni..cikgu ditugaskan oleh pengetua untuk menghantar wakil ke ceramah mengenai persediaan memasuki universiti.Jadi, cikgu rasa kamu patut pergi."

"Saya seorang je ke cikgu?"

"Kalau ada orang lain nak pergi pun tak apa.Paling ramai tiga orang dan nanti kamu yang akan menerangkan kepada kawan-kawan yang lain tentang apa yang kamu dapat dekat sana."

Airil berpaling memandang ke arah Rania.Bibirnya mengukir senyuman."Saya ajak Rania dengan Mahirah boleh?"

"Boleh..Saya tunggu kat kereta.Nanti kamu turun ye."

"Baik cikgu."

Airil mendekati meja Rania dan Mahirah.Dia menarik nafas dalam-dalam."Rania, Mahirah.."

"Hmm..apa?"Mahirah mengangkat muka memandang Airil.

"Cikgu suruh kita tiga orang pergi ceramah pasal persediaan nak masuk U."

"Kita bertiga?"

"A'ah tapi nak kata suruh tu taklah jugak sebab aku tanya kalau ajak kau dengan Rania boleh tak."

"Hmm..aku bukan tak nak pergi tapi aku ada hal penting sangat.Kau pergi dengan Nia jelah."

Rania tersentak."Tapi..tapi..saya.."

"Oklah..Jom Rania.Cikgu dah tunggu kat bawah."

"Tapi.."Rania mengeluh berat.Airil sudah meninggalkan perpustakaan.Dia memandang ke arah Mahirah tetapi belum sempat dia membuka mulut, Mahirah sudah dipanggil oleh guru perpustakaan untuk membantunya.

"Macam mana dengan Encik Danish?"

*************************************************************************************

Hilman berjalan-jalan di sekitar pusat membeli belah setelah Rania terpaksa mengikut gurunya ke sebuah ceramah.Dia sengaja mengambil cuti pada hari ini semata-mata untuk berehat dan di samping itu meluangkan masa bersama-sama Rania setelah lama tidak berjumpa.Tetapi dia terpaksa redha apabila mendengar suara bersalah Rania.

"Encik.."

"Ya? Kau dah keluar kelas ke?"

"Saya..saya..ada masalah sikitlah encik.Saya tak boleh nak jumpa encik hari ni."

"Kenapa?"

"Saya kena pergi ceramah."

"Ceramah apa?"

"Ceramah pasal nak persediaan nak masuk U."

"Hmm..tak apalah kalau macam tu.Lain kalilah kita jumpa."

"Mintak maaf ye encik."

"Tak apa.Tak ada rezekilah tu nak jumpa."

"Lain kali kita jumpa eh..Oklah encik.Saya kena pergi dah ni.Cikgu dah panggil.Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam..eh, eh! Tunggu jap."

"Ye?"

"Jangan tengok lelaki lain kat sana ok! Nanti aku jealous."ucap Hilman sambil ketawa.

Rania mendengus geram."Uwek! Mengada betullah encik ni."

Hilman masih lagi ketawa."Apa salahnya kalau nak mengada dengan bakal tunang sendiri?
Oklah..assalamualaikum."

Hilman tersenyum sendiri.'Apa agaknya reaksi Rania masa dengar apa yang dia cakap?'

Dia berjalan-jalan lagi sebelum langkahnya terhenti di hadapan sebuah kedai barangan kemas.Dia melihat sebahagian daripada barang kemas yang diletakkan di ruangan display.Langkah diatur memasuki kedai tersebut.
************************************************************************************


"Macam mana ceramah tadi?"tanya Cikgu Zulia sebaik sahaja Rania dan Airil memasuki perut kereta.

"Ok cikgu.Banyak perkara yang kami dah tahu."balas Airil sambil tersenyum.Dia memandang Rania yang duduk di sebelah pemandu.Sejak dari tadi, Rania hanya mendiamkan diri.Sepatah ditanya sepatah jugalah dijawab.

"Kamu berdua lapar tak? Cikgu dah laparlah.Jom kita pergi makan."

"Saya ikut je cikgu."

"Kamu Rania?"

"Saya pun."

"Oklah kalau macam tu.Nanti lepas makan, cikgu hantar balik."

Airil dan Rania melangkah masuk dahulu ke dalam shopping mall sementara menunggu Cikgu Zulia memarkir keretanya.

"Awak ok tak?"tanya Airil dengan lembut.

"Saya ok je."balas Rania sambil duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan di situ.

"Hmm..saya dah lama tak nampak penjaga awak.Mana dia pergi?"

"Penjaga saya?"

"Abang Hilman."

"Ohh..dia ada banyak kerja kebelakangan ni."

"Patutlah awak selalu murung kebelakangan ni."

"Mana adalah.Saya ok je."

"Awak suka dia ke?"

Tersentak Rania mendengar soalan Airil.Dia berpaling memandang Airil yang juga sedang memandangnya."Tak."

"Are you sure?"

"Kenapa awak nak tahu?"

Airil tersenyum kecil.Dia ternampak Hilman yang sedang memandang mereka berdua tetapi sengaja sahaja dia tidak memberitahu kehadiran Hilman kepada Rania.

"Sebab saya suka awak."



Terlopong mulut Syuhada mendengar apa yang baru sahaja diucapkan oleh Farisya.
"Kau biar betul?"

"Betullah.Aku dah break dengan dia."

"Tapi kenapa?"

"Sebab dia curang! Memang dasar jantan tak guna!"

Syuhada menepuk lembut bahu Farisya."Sabarlah ye.Mungkin ada hikmahnya.Mana tahu kalau kau jumpa lelaki lebih baik dari dia."

"Harap-harap macam tulah Syu.."

Syuhada mengukir senyuman jahat."Hilman macam mana? Bukan ke dia tu minat dekat kau?"

"Hish, dia tu dah nak bertunanglah.Dia tak naknya dengan aku."

"Habis tu dulu beria-ria dia tanya aku pasal kau."

"Tu masa kita kat U.Sekarang ni masing-masing dah tua.."

"Eh, eh..sorry sikit ye.Aku muda lagilah."

Farisya ketawa mengejek."Perut dah memboyot pun ada hati kata muda lagi."

"Ala, mudalah lagilah..baru 24 tahun."

"Yelah..yelah.Farid tak join kita sekali ke?"

"Tak, dia ada meeting.Tapi dia siap pesan dekat aku.."Yang, jangan makan banyak benda yang tak elok ok.Tak elok untuk baby kita.I want you and our baby to be healthy." Jadi kau jangan nak bawak aku pergi makan benda-benda yang tak sihat untuk aku dan baby aku!"

"Tak adanya aku nak bawak kau pergi makan benda-benda yang tak elok untuk kau."

Syuhada memeluk erat bahu Farisya sebelum mereka berdua memasuki shopping mall dan menuju ke bahagian food court.Tiba-tiba dia melihat seseorang yang dikenali sedang berbual-bual bersama-sama dengan seseorang yang dia tak kenal.Kemudian, dia dapat menangkap kelibat Hilman yang sedang merenung ke arah mereka berdua.

Hilman yang baru sahaja ingin beredar dari situ terperasan akan Farisya dan Syuhada.Dia tersenyum kelat sebelum berlalu pergi.

"Syu, aku nak kejar Hilman kejap."

"Pergilah..aku call Farid suruh ambik aku nanti."

"Ok,thanks Syu."

Farisya berlari anak cuba mengejar Hilman yang sudah jauh ke depan.Baru sahaja dia ingin menjerit memanggil nama Hilman tiba-tiba sahaja Hilman sudah berhenti.Dia berpaling memandang Farisya yang termengah-mengah.

"Kenapa you kejar I?"

"Rania? Dia dengan sape tu?"

"Boyfriend dia kut."balas Hilman dengan muka yang serius.

"Boyfriend? Tapi bukan ke you ni bakal tunang dia?"

"Farisya, I'm sorry but this is none of your business.Biar I yang selesaikan semua benda."

"Tapi Man, I risau tengok you macam ni."

"I'm okay.Jangan risau.I kena pergi dulu."ucap Hilman sebelum mengatur langkah sambil
mengenggam kuat sebuah kotak cincin.

"Ok.."Farisya hanya mampu memerhatikan Hilman pergi.Apa sebenarnya hubungan Hilman dengan Rania?

******************************************************************************************

Rania memicit kepalanya yang sakit.Pengakuan yang keluar dari mulut Airil petang tadi mengejutkannya dan nasib baik Cikgu Zulia sampai selepas tu.Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi nanti.

Dia sama sekali tak menyangka yang Airil menaruh hati terhadapnya.Yelah kan, sebelum ni nak kata kami baik sangat pun tak tapi tiba-tiba je dia boleh cakap yang dia suka aku.Sejujurnya, dia hanya menyukai Airil sebagai kawan.Tak lebih tak kurang..

"Hmm..nak call encik Danish lah."pantas jari-jemari Rania mendail nombor telefon Hilman tapi tidak diangkat.Dia mendail sekali lagi tapi tetap tidak diangkat.

"Telefon rumah!"dia cuba mendail nombor telefon rumah Puan Dian.

"Hello."kedengaran suara lembut Puan Dian mengangkat telefon.
"Hello mak cik.Ni Nia..Encik Danish ada tak?"

"Man ada dalam bilik.Sekejap ye mak cik panggil dia."

"Baik."

Sepuluh minit berlalu tetapi tak ada pun suara Hilman yang menyambut panggilannya.Malah Puan Dian pun sudah menghilang ke mana.Akhirnya, Rania mengeluh lemah sebelum mematikan panggilan telefon.

Puan Dian melangkah turun dari bilik Hilman dengan wajah yang tidak berpuas hati.Geram kerana Hilman tidak mahu menjawab panggilan Rania walaupun sudah dipujuk berulang kali.Sebaik sahaja dia menghampiri meja telefon, gagangnya sudah diletakkan ke tempat asal.

"Mak Mah ke yang letak gagang ke tempat asal?"tanya Puan Dian kepada orang gajinya.

"Ya puan."

"Rania dah letak telefon ke masa tu?"

Mak Mah hanya menganggukkan kepalanya.Puan Dian beredar ke ruang tamu.Pening kepalanya memikirkan perangai Hilman yang tiba-tiba sahaja berubah.Padahal kalau sebelum ni apabila Ranial menelefon,dia akan cepat-cepat menjawabnya tapi sekarang ni dia tetap berdegil tidak mahu menjawab panggilan tersebut.

"Kenapalah agaknya dengan mereka berdua ni?"

Hilman mengintai dari celah pintu biliknya.Mommynya sudah berlalu ke ruang tamu.Itu bermakna Rania sudah mematikan panggilan.Dia mengeluh lemah sebelum bersandar di belakang pintu.Ditenungnya kotak cincin di tangannya dan dilempar jauh ke bawah katil.

"Kenapa kau tipu Rania? Kau kata nak pergi ceramah tapi kau pergi keluar dengan Airil!!"kata Hilman sebelum menundukkan kepalanya.

"Aku cintakan kau!"rintihnya perlahan.Ya, memang dia cintakan Rania dan bukannya Farisya! Dia pun tak tahu bila masa perasaan sayang boleh berubah menjadi cinta.Semasa dia memujuk Farisya dahulu, semuanya dilakukan kerana dasar kawan dan tidak lebih dari itu.Dia berterima kasih kepada Rania kerana Rania telah berjaya membongkarkan kecurangan Yusri dan bukannya kerana membantu untuk mendapatkan hati Farisya.Malah dia telah sengaja menghindarkan diri daripada Rania selama 2 minggu untuk memastikan perasaannya.Setelah yakin dengan perasaannya, dia mengambil keputusan untuk membeli cincin berdasarkan cincin contoh yang diberikan oleh Puan Rohaya.Cincin yang sepatutnya menjadi cincin pertunangan..

'Pedihnya hati...'



p/s: Sorry kalau tak best..:) Apa-apa pun harap enjoy!

4 comments:

  1. hohohoo....
    hilman dah suka kat rania???
    brta baik ni.....
    pndai jg dia ni jeles...
    2 la dulu jual mhal...
    best2x...

    ReplyDelete
  2. omo0o0o0~ cian hilman...rania pgi la jmpe hilman cter benda sbnar cpt...sblm hilman majuk lme lgi...

    ReplyDelete
  3. yeah! hilman suka rania!
    oh yeah!2x

    ReplyDelete
  4. hohohoho!!! hilman ske rania!! hahaha!! sukenya!!

    rania.. cpt g pujuk.. salah fhm telah berlaku!!!

    jgn hilman wat perkara terburu2 dsebabkan jeles udahlah... hahahah

    sambung lg moon!!! x sabar!!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers