Sunday, March 21, 2010

One Love Part 10


Farisya menunggu di luar pejabat Yusri.Semalam dia telah menerima sepucuk surat yang berisi beberapa keping gambar Yusri bersama-sama dengan seorang wanita yang amat dikenali iaitu Asnita,setiausaha di syarikat Yusri.10 minit kemudian, kelihatan Yusri melangkah keluar dari pejabat sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita.Hampir terkeluar biji mata Farisya melihat kelakuan mesra mereka berdua.Sakit di hatinya usah dikenang.Memang pedih sekali.Dengan langkah yang laju, dia menghampiri Yusri dan Asnita.

"Hi Yus."

Yusri kaget melihat Farisya.Dengan pantas dia meleraikan pegangan tangannya."You buat apa kat sini?"

"I datang untuk menyaksikan kecurangan you.Sanggup you mempermainkan I! I benci you!!"ucap Farisya sebelum menampar kuat pipi Yusri.Segala sakit hatinya diluahkan melalui tamparan itu.Rasakanlah tamparan seorang wanita!

"Risya, I sayang you."pujuk Yusri sambil cuba mengenggam tangan Farisya.

"Jangan sentuh I.I tak nak jumpa you lagi.Kita putus!"

"Risya, jangan buat I macam ni."

Farisya tersenyum sinis."You jaga jelah Asnita ni.I tak perlukan lelaki macam you!"dengan kata-kata itu,Farisya pergi meninggalkan Yusri dan Asnita.Lega hatinya kerana berjaya meluahkan segalanya tetapi dia tetap berasa sedih kerana kehilangan orang yang dicintainya.

Rania memerhatikan kereta Farisya yang semakin menjauh.Sebaik sahaja balik sekolah, dia terus datang ke pejabat Yusri melalui alamat yang diberikan oleh Hilman.Sudah lama dia mengetahui kecurangan Yusri dan semalam dia telah menangkap beberapa keping gambar Yusri bersama-sama seorang wanita.Lalu terus dihantar kepada Farisya.

"Assalamualaikum Encik Danish."

"Waalaikumussalam.Kau dekat mana ni?Tadi aku call rumah kau, mak cik cakap kau dah keluar."

"Saya ada hal penting."

"Hal apa?"

"Lain kali saya cerita yang penting sekarang ni Encik kena telefon Cik Farisya."

"Sebab apa?"

"Just call her now! Saya kena pergi dulu.Assalamualaikum."

"Danila..Danila.."panggil Hilman berulang kali tapi malangnya panggilan telefon sudah dimatikan.

"Aku kena telefon Farisya sekarang."

***********************************************************



Hilman menghulurkan sapu tangannya kepada Farisya.Sayu hatinya melihat air mata yang jatuh di pipi Farisya.

"I tak sangka dia sanggup buat I macam ni."

"You kena bersabar."

"Sakit hati I ni.Kecewa betul!"

"I faham apa yang you rasa.Tapi ni mungkin ujian untuk you.Mana tahu ada lelaki yang lebih sesuai untuk you.Setiap kejadian ada hikmahnya."

"I tahu tapi I betul-betul cintakan dia.Dia lah lelaki pertama yang I cintai."

"Kadang-kadang orang yang paling kita sayang adalah orang yang paling mudah menyakitkan kita."tutur Hilman perlahan.

"Ya,memang betul cakap you tu."

"Danila lah yang banyak beri nasihat dekat I.Dia cakap semua tu."

"Rania tu baik kan?"

"Baik sangat."

"You cintakan dia?"

Hilman terdiam.Dia tidak menyangka soalan itu yang akan keluar dari bibir Farisya.

"I..I.."

"You jadi ke bertunang dengan dia?"

"Ek..ek.."

"Kenapa?"

"I.."Hilman mengeluh lega sebaik sahaja telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello mommy."

"Man dekat mana ni?"

"Man dengan Farisya."

"Farisya? Man buat apa dengan dia?"

"Man teman dia sekejap.Dia ada masalah."

"Hmm..jangan balik lewat sangat."

"Ok.Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Hilman melihat telefon bimbitnya sebelum menyimpannya kembali ke dalam poket seluar.

"Kenapa dengan mak cik?"

"Tak ada apa."

"Jom kita pergi makan."

"Hah? You lapar ke?"

Farisya tersenyum."Lepas nangis tadi, terus rasa lapar.I tak pergi lunch pun tadi.Jomlah, I belanja!"

"You biar betul?"

"Kenapa pulak you terkejut?"

"Entah, I pun tak tahu."balas Hilman sambil ketawa.

"Jomlah."

********************************************************

Suasana di bilik tidur Rania sunyi sepi.Dia sedang sibuk mengulang kaji pelajaran memandangkan tak lama lagi cikgu di sekolahnya akan mengadakan ujian bulanan.

"Dahagalah pulak."

Dia meregangkan urat sebelum menuju ke dapur.Dibukanya almari dan mencapai nescafe 3 in 1.

"Sedap minum nescafe time sejuk ni."tutur Rania sambil tersenyum.Ditekan suis cerek elektrik sebelum duduk di kerusi meja makan sementara menunggu air masak.

"Mana Encik Danish pergi? Dah dua minggu tak jumpa dia.Last jumpa masa dia cakap nak pergi Kuantan sebab ada projek berkaitan dengan hotel milik keluarga dia.Rindulah pulak.."

"Nia rindu Man?"

Hampir terjatuh Rania apabila mendengar suara tersebut.

'Apa benda tu?'

"Nia,ni mamalah."ucap Puan Rohaya sambil menepuk perlahan bahu Rania

"Adoi ma, nasib baik Nia tak sakit jantung.Nia ingatkan ada apa tadi."

"Nia ingat mama ni hantu ke?"

Rania tersengih lebar."Lebih kurang."

"Hish, ada ke patut! Nia buat apa malam-malam kat dapur ni?"

"Nia nak buat air nescafe.Mama nak?"

"Boleh jugak."

Rania bangun dari kerusi sebelum mengambil dua mug.Dimasukkan serbuk nescafe 3 in 1 ke dalam mug sebelum menuangkan air panas.

"Special for you."

"Eleh, 3 in 1 punya senang je nak buat."

Rania mengekek ketawa.Dihirupnya air nescafe yang masih panas.Terasa lega sekali.

"Nia tahu ke Man pergi mana?"

"Tak."

"Dia dah tak ambik Nia pergi sekolah dengan balik sekolah."

"A'ah.Dia benarkan Nia bawak motor."

"Kenapa?"

Pertanyaan mamanya membuatkan kening Rania bertaut."Maksud mama?"

"Kenapa tiba-tiba je dia benarkan Nia bawak motor?"

"Ohh..Hmm..entahlah.Maybe dia sibuk."

"Nanti Nia trylah call dia.Mama dah lama tak jumpa dia."

"InsyaAllah.Nanti Nia call dia lepas tu ajak dia datang rumah."

"Bagus anak mama.Oklah, mama nak naik dulu.Nia pun jangan tidur lambat sangat."

"Ok ma.Assalamualaikum and good night."

"Waalaikumussalam and good night to you too."Puan Rohaya mencium dahi Rania sebelum naik ke biliknya.

Rania memerhatikan langkah ibunya dan akhirnya dia mengeluh lemah.Dipandangnya telefon bimbit yang sudah hampir 2 minggu sentiasa di sisinya.Dia pun tak tahu kenapa susah sangat untuk dia berjauhan dengan telefon bimbitnya sejak 2 minggu yang lepas.

"Encik, mana encik pergi ni?"

"Aku tak pergi mana-mana."tiba-tiba sahaja kedengaran suara dari telefon bimbitnya.

"Arghh!!!"

"Shh..apasal kau jerit? Bukan ke kau yang call aku?"

Rania menekup mulutnya."Ye ke saya yang call?"

"Yelah..apalah kau ni.Mimpi ke?"

Rania terdiam.Tak sangka yang tanpa sedar dia mendail nombor telefon Hilman.

"Tak..encik apa khabar?"

"Baik je.Kau?"

"Saya pun okay je.Encik Danish dengan Cik Farisya ok?"

Kedengaran Hilman ketawa."Kami ok je.Dia pun dah okay.Dah tak fikir pasal Yusri."

"Baguslah kalau macam tu.Encik dah ada peluang."

"Danila, thanks ye."

"Untuk apa?"

"Untuk segalanya..and aku nak cakap sesuatu."

"Cakap apa?"

"Aku rindulah dekat kau.Dah lama kita tak jumpa."

"Saya pun rindu encik."balas Rania sambil ketawa.Dia tahu yang dia hanya merindui Hilman sebagai seorang adik yang merindui abangnya dan Hilman juga merasakan begitu.

"Jom jalan-jalan esok.Dah lama kita tak jalan sama-sama."

"Hmm..esok saya sekolah."

"Tahu sebab tu aku ambik kau esok."

"Motor?"

"Tak payah bawak motor.Pagi tu pun aku yang ambik."

"Biar betul?"

"Betullah.Jumpa esok ok.Assalamualaikum and good night."

"Waalaikumussalam."

Rania tidur dengan senyuman di bibir.Tak sabar nak tunggu esok!




3 comments:

  1. hohoho...
    pe la rania ni...
    dia dah tlng daniel ngn farisya....
    pas 2 blh lak dia rnd kat daniel....
    rania ni cnta kat daniel ke???
    curious lak...

    ReplyDelete
  2. eh..rania tu suka kat hilman ke?
    tp dia yang beriya-iya sangat nk satukan hilman ngan farisya..
    ke dia tak sedar lagi yg dia tu sayang kat hilman?

    ReplyDelete
  3. rania x sedar lg ke prasaan dia?
    konfius2

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers