Saturday, February 20, 2010

Unforgettable Part 33


"Donut?"

"Yep.Kenapa?"

"Kenapa kau beri donut?Tak gentleman langsung!"

Daniel ketawa mendengar kata-kata Hana."Pernah ke aku jadi gentleman dengan kau?Tak pernah kan?"

"Memang tak pernah.Tak nak lah donut ni.Kau makan jelah."

"Kenapa pulak? Ni Big Apple punyalah.Sedap..."balas Daniel sambil menayangkan kotak donut itu di hadapan muka Hana.

"Tak apalah.Kau makan jelah sorang-sorang.Aku nak balik dulu.Bye.."Hana menutup tingkap kereta.Hana memandang pelik ketika Daniel berjalan ke arah tempat duduk di sebelah pemandu.Matanya terus membulat apabila Daniel dengan selambanya masuk ke dalam kereta dan terus memakai tali pinggang keledar.

"Jom! Aku dah ready!"

Dahi Hana berkerut."Kau ready untuk apa?"

"Hmm..ready untuk pergi makan donut.Jomlah kita pergi dekat taman."

"Hello Mister..aku nak balik rumahlah.Bukan nak pergi makan donut!"

"Ala, jomlah.Sekejap je.Lepas tu kau nak balik pun baliklah.Aku takkan halang."pinta Daniel.Dia membuat muka sedih.Hana mendengus geram.'Pandai dia buat muka macam tu! Buat aku lemah je.'

"Yelah tapi sekejap je.Aku banyak kerja."

"Kau kerja apa? Bukan ke kerja kau tanam anggur je?"sindir Daniel sambil tersenyum.

"Apa kau ingat penganggur tak ada kerja ke?"

"Memang tak ada pun.Makan tidur je.Hmm..apa kata kau jadi balik pengurus kami?"

Hana menjeling sebelum memandu keretanya.Dia yakin selagi Daniel tidak dibawa ke taman, selagi itu dia akan terus berada di dalam keretanya.

"Tak naklah."

"Why not?"

"Saja je tak nak."

Daniel tidak membalas.Dia hanya mendiamkan diri sambil matanya tepat memandang hadapan.Hana menekan butang on radio.Sekali-sekala dia turut menyanyi kecil.

"Dah sampai!"jerit Daniel dengan teruja.Tersentak Hana dengan jeritan yang tiba-tiba itu.Nasib baik dia sudah selamat memarkirkan keretanya.Kalau tak, hish..tak payah cakaplah.

"Yang kau menjerit ni apasal?"marah Hana.

Daniel hanya ketawa sebelum melangkah keluar dari kereta.Di tangannya tergenggam kemas kotak donut.Hana menggelengkan kepala sebelum turut keluar dari keretanya.

"Aku rasa macam nak..."Hana memandang Daniel.Hatinya mula berasa tidak sedap apabila melihat senyuman Daniel.

"Arghhh!!!!!"jerit Danil dengan sekuat hatinya.Hana menampar kuat lengan Daniel.

"Adoi, kenapa kau tampar tangan aku?Sakitlah!"

"Kau tak malu ke? Cuba kau tengok kiri kanan."

Daniel memandang kiri dan kanannya sebelum ketawa kecil."Confirm aku lebih glamour lepas ni."

"Ceh, perasan!"balas Hana sambil mencebik.

"Nak?"tanya Daniel sambil matanya melihat ke arah kotak donut.

"Hmm..boleh jugak."

"Tadi kata tak nak."

"Tu tadi, bukan sekarang."jawab Hana sambil mencapai sebiji donut.

Ketawa Daniel bergema lagi apabila melihat bibir Hana yang dipenuhi dengan coklat.Dia mengelap bibir Hana hanya dengan menggunakan jari.Hana sedikit kaget dengan tindakan Daniel tetapi dia hanya membiarkan sahaja.

"Kau ni masih lagi comot.Sama macam dulu."ujar Daniel selepas habis membersihkan mulut Hana.

"Mana ada!"

Daniel ketawa lagi.Hana menjeling marah.Sakit hatinya apabila melihat Daniel terus-terusan ketawa.Ingin sahaja dia melempar donut yang dipegangnya ke muka Daniel.Biar padan muka!

"Sudah-sudahlah tu gelakkan aku.Kau nak ke aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini?"

"Berani ke kau tinggalkan aku sorang-sorang?"tanya Daniel sambil tersenyum sinis.Macam cabar aku je!

"Ok.Kau cabar aku ek!"Hana masuk ke dalam keretanya.Ditinggalkan Daniel bersama sebuah senyuman sinis.Tulah sape suruh cabar aku..

Hana memandang cermin pandang belakangnya.Daniel masih berdiri kaku di situ.Senyuman kemenangan terukir di bibirnya tetapi lama-kelamaan senyuman itu makin pudar.Hana memberhentikan keretanya di bahu jalan dan akhirnya membuat pusingan u-turn.Daniel masih lagi berdiri di tempat yang sama.

"Cepat masuk!"ujar Hana.Daniel mengukir senyuman.

"Aku dah agak yang kau takkan tinggalkan aku."Daniel melangkah masuk ke dalam perut kereta.

"Yelah tu."

"Betullah.Lagipun kalau kau tinggalkan aku, aku akan kejar kau sampai dapat.Jadi, jangan sesekali tinggalkan aku."tutur Daniel dengan tegas.Hana terkesima.

************************************************************************************



"Apa ni?!!!! Kenapa habis tunggang-langgang ni?!!"bergema suara Hana di dalam bilik muzik V-Pop.Nafasnya tercunggap-cunggap.Matanya tajam memandang wajah kelima-lima jejaka di hadapannya.Haruhi di sebelah hanya mendiamkan diri.

"Tulah, sape suruh ajak dia datang sini.Kan dah kena."bisik Daniel ke telinga Fay.

"Manalah aku tahu yang dia nak marah sampai macam tu sekali."

"Okay!"perbualan mereka terhenti apabila mendengar suara Hana.Masing-masing hanya menantikan apa sahaja arahan yang bakal keluar dari mulut Hana.

"Saya nak semua orang ambik penyapu dan start mengemas sekarang.Saya tak nak tengok langsung sampah.Bilik ni kena kemas dan bersih.Bukan macam sekarang ni.Entah-entah dah ada tikus bersarang kat sini.Sekarang ni, jom kemas!"

Bergegas kelima-lima orang jejaka mengambil penyapu dan mula membersihkan setiap sudut di bilik muzik itu.Hana membuka seluas-luasnya tingkap dan membiarkan angin masuk.Haruhi pula menyusun cd-cd yang bertaburan.

"Awak nak jadi balik ke pengurus kami?"tanya Shin ketika dia sedang menyusun kerusi.

"Taklah."

"Kenapa tak?"tanya Max pula.

"Malaslah.Saya nak relax dulu."

"Tak cukup ke setahun lebih kau relaks?"tanya Carl dengan kerutan di dahi.

"Ataupun kau nak lari dari tu...?"sambung Fay sambil mulutnya memuncung ke arah Daniel yang sedang mengutip sampah.

"Hish..taklah."bidas Hana.Shin, Max, Carl dan Fay ketawa serentak.

"Muka kau merahlah."usik Max.Dengan pantas Hana menyentuh pipinya.Daniel yang mendengar ketawa mereka segera menghampiri.

"Kenapa korang ketawa ni?"tanyanya ingin tahu.

"Kami saja je usik Hana ni."

"Usik apa?"matanya memandang Hana.

"Tak ada apalah..usik-usik manja."balas Shin sambil tersenyum.

"Sejak bila pulak korang jadi perahsia?"

"Sejak sekarang!!"balas mereka serentak.Hana ketawa kecil manakala Daniel pula terus mencuka.

"So, Hana..jom jadi pengurus kami?"

Hana memandang Haruhi sebelum mengalihkan pandangannya kepada mereka berlima.Memang dia akui yang sememangnya dia rindu untuk menjadi pengurus mereka.

"Ok."jawabnya ringkas.Sorakan dan tepukan kuat kedengaran.

************************************************************************************


Anne melangkah keluar dari balai ketibaan sambil menolak trolinya dengan penuh berhati-hati.Matanya meliar-liar mencari seseorang.Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja melihat Mike sedang menunggunya sambil memegang sebuah kotak beserta dengan bunga ros.

"Hi.."

"Hi..dah lama sampai?"

"Baru je lagi.Letih?"

"Sikit."

"Ni untuk kau."kata Mike sambil menghulurkan kotak dan bunga ros kepada Anne.

"Thanks."Anne menghidu bau bunga ros tersebut.Wangi..

"Jom.Aku hantar kau balik."

Mike menolak troli menuju ke arah kereta miliknya.Dia memasukkan beg-beg Anne ke dalam bonet sebelum kereta meluncur membelah jalan.

"Macam mana Hana dengan Daniel?"tanya Anne.

"Diorang okay je buat masa sekarang."

"Kau tak kisah?"

Mike ketawa kecil."Buat apa aku kisah?"

"Kau dah tak suka Hana?"

"Semuanya dah berlalu.Aku tahu yang Hana memang untuk Daniel.Kau pulak?"

"Aku pun sama macam kau."

"Apa kata.."Mike berhenti berkata-kata.

"Apa?"

"Apa kata kalau kita bersama?"

Terbeliak mata Anne.Berdebar-debar jantungnya mendengar kata-kata Mike."Kau serius?"

"A'ah."jawab Mike dengan yakin.Dia yakin dengan keputusannya.

Anne terdiam.Tak tahu apa nak cakap.Ya atau tidak?


4 comments:

  1. hohoho...
    anne trma je la c-mike 2...
    brkan hana ngn daniel bhgia...
    jdoh x blh pksa...
    bgus jg klu mike ngn anne brcnta...
    best2x...

    ReplyDelete
  2. mahu Daniel
    suap itu donut.
    kelakar la kalau
    tgk Daniel terkulat2
    kena tinggalkan Hana

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers