Monday, February 15, 2010

Unforgettable Part 32

Hana memandu tenang ke destinasi yang ingin dituju.Haruhi yang berada di sebelahnya dikerling sekilas.Tiba-tiba sahaja Hana ketawa kecil.

Haruhi memandang pelik."Kenapa kau ketawa?"

"Muka kau tu.Kelakarlah."

"Apa yang kelakarnya?"

"Kau tu kenapa aku tengok macam takut je? Rilekslah."

"Mana ada aku takut?"

"Eleh..eleh..malulah tu nak mengaku yang kau berdebar-debar nak jumpa Fay."

"Buat apa nak berdebar jumpa dia? Aku cuma risau sebab dia tunggu time hujan ni."Hana baru perasan yang sekarang ni tengah hujan.Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.

"Kau nak aku speed sikit ke?"

"Kalau boleh dipercepatkan lagi elok."balas Haruhi selamba.

Hana tergelak kecil."Yelah-yelah.Tak hilangnya Fay kau tu."


Fay menggigil kesejukan sambil sekali-sekala matanya memandang ke arah pintu masuk ke taman bunga itu.Dia mengangkat ibu jarinya kepada Daniel yang sedang menunggu di dalam kereta.Daniel menggelengkan kepalanya.Sudah naik berbuih mulut dia menyuruh Fay menunggu di dalam kereta tetapi tetap tidak diendahkan oleh Fay.Nak jugak mandi hujan!

"Fay, diorang dah datang!"jerit Daniel seraya melangkah keluar dari keretany dan bersembunyi di sebalik pokok besar.

"Apasal kau sembunyi belakang pokok?"tanya Fay dengan pelik.

Daniel menggarukan kepalanya."Aku nak buat suprise untuk Hana."

"Hmm..suka hatilah."

Haruhi dan Hana melangkah perlahan ke arah pintu masuk ke taman bunga tersebut.Pada mulanya, Haruhi ingin Hana untuk menemaninya bertemu dengan Fay tetapi Hana menolak dengan alasan biarlah Haruhi dan Fay bincang sesama sendiri.

"Ok, aku pergi dulu."

"Good luck!"

Haruhi memberikan senyuman sebelum berjalan ke arah Fay yang sedang kesejukan.Daniel yang melihat Hana ditinggalkan keseorangan mula mendekati.

"Hi."Hana tersentak.Ingin sahaja dia membuka langkah seribu.

"Jangan nak lari."ujar Daniel lagi.

"Sape kata aku nak lari?"

"Kau ingat aku tak tahu ke?"soalan dibalas dengan soalan.

"Hish, malaslah aku nak layan kau."Hana mula mengangkat kaki tetapi tangannya terlebih dahulu dipegang oleh Daniel.

"Berbuallah dulu dengan aku sementara Haruhi tengah berbincang dengan Fay."kata Daniel dengan lembut.Ni yang lemah ni!

"Yelah."balas Hana akhirnya dan dia duduk di atas sebuah kerusi batu sambil memandang ke langit.

"Dah lama kan kita tak jumpa."

"Hmm.."

"Kau rindu aku tak?"

"Tak."

"Tipu!"

Hana memandang wajah Daniel sebelum mencebik."Buat apa aku nak rindu kau?Anne kan ada."

"Anne? Apa kena mengena Anne dengan hal kita?"

"Entah."

Daniel mengeluh perlahan."Kenapa sudah sangat kau nak mengaku yang kau pun rindukan aku?"

"Excuse me! Untuk apa aku rindu kau? Tak maknanya"

"Wahai Cik Hana ku yang tersayang, just tell me the truth."

"Nope.Tak rindu langsung."

"Suka hati kaulah."balas Daniel akhirnya.Hana tersenyum menang tetapi senyumannya kembali mengendur apabila melihat Haruhi dan Fay berjalan pergi dari taman itu dan seterusnya menaiki sebuah kereta.

"Haruhi!! Kau nak pergi mana tu?!!"jerit Hana sekuat hatinya.Daniel segera menekup telinga.

"Arghh!! Geramnya!"jerit Hana lagi sebelum berjalan dengan pantas ke arah keretanya tetapi sebaik sahaja dia duduk di bahagian pemandu, Daniel dengan selambanya duduk di bahagian penumpang.

"Hello..kenapa kau naik kereta aku?"

"Sebab aku tak ada kereta nak naik."

"Sebab apa?"

"Dah Fay bawak kereta aku.Aku nak naik macam mana?"

Hana merengus kecil."Yelah..yelah..Aku hantar kau."

Daniel tersengih.Misi pertama dia sudah berjaya.Dia mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum menaip pesanan ringkas kepada Fay.

'Fay, aku berjaya!'

************************************************************************************

Hana memberhentikan keretanya di hadapan rumah Daniel tanpa memandang langsung wajah Daniel yang duduk di sebelahnya.Dia masih geram dan mungkin sakit hati dengan Daniel dan Fay yang menjadi punca dia terpaksa menghantar Daniel balik.Lain kali bawaklah kereta sendiri ni tidak, pinjam kereta orang.Tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa!

"Terima kasih ye."

"Sama-sama."

"Hmm..kau marah lagi ke?"

"Kau rasa?"

Daniel tersenyum."Maybe."

"Dah tahu kenapa tanya?Yang kau ni tak reti-reti nak turun dari kereta ke?"

"Aku suka hadiah kau."Hana tersentak.Bila masa aku beri dia hadiah?

"Hadiah apa?"

Daniel membuka pintu kereta sebelum keluar.Soalan Hana dibiarkan tidak berjawab.Dia melangkah tenang ke arah pintu pagar rumahnya.

"Daniel, hadiah apa?!"

"Hadiah yang kau buat special untuk aku."

Kening Hana bercantum.'Hadiah..hadiah..hadiah..' Tiba-tiba seperti sebiji mentol bernyala di atas kepalanya.

"Mana kau dapat music box tu?"

"Adalah."

"Haruhi yang beri kan?"tanya Hana dengan yakin.Siapa lagi kalau bukan Haruhi?

"Kalau ya pun, kenapa? Tak boleh? Memang hadiah tu aku yang punya."

"Sape cakap kau yang punya?"

"Kau yang cakap."

"Bila?"

Daniel menghampiri pintu kereta sebelum menundukkan mukanya.Dia memandang lama wajah Hana dan perlahan-lahan mengukir senyuman.

"Kau yang ukir sendiri 'Pretty Boy' kat music box tu."

Hana terdiam.Baru dia teringat yang memang dia ada mengukir nama Daniel! Hana mencebik apabila melihat Daniel tersenyum dan dia yakin itu adalah senyuman kemenangan.Arghh!

"Aku nak balik.Bye."

"Ek, ek..tunggulah dulu.Aku ada benda nak bagi kau."

Hana mengerling sekilas."Apa?"

"Tunggu jap.Aku nak ambik kat dalam."ujar Daniel dan dia berlari anak masuk ke dalam rumah.Hana melepaskan keluhan sebelum membuka cermin kereta dan menunggu sehingga Daniel keluar.

"Ni dia!"

Hana merenung lama benda di tangan Daniel.Biar betul? Hana memandang pula wajah Daniel dan Daniel hanya menganggukkan kepalanya.

"Donut?"

p/s: Hana memang tak boleh lari dari Daniel dah ;) Enjoy!


4 comments:

  1. hahaha!
    sweet2!
    hehe!
    hana dh x leh kari!
    ;D

    ReplyDelete
  2. erk???
    dh stop dh ke???
    nk en=3 bru.....hehe

    ReplyDelete
  3. hehehehe...
    sweet je hana ngn daniel...
    x sbr nak thu apa kjutan yg daniel nak bt untk hana...

    ReplyDelete
  4. Hana~Yep, dah tak leh lari..haha

    Princessalie~Hehe..Thanks sbb sudi baca citer Moon :D

    Epy~Kita tunggu dan lihat ye :D Thanks!

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers