Saturday, February 13, 2010

Unforgettable Part 31


Haruhi merebahkan tubuhnya ke atas katil.Hatinya pedih dan sakit apabila teringat kembali peristiwa yang telah terjadi.Sama sekali dia tidak menyangka yang Fay sanggup melukakan hati dia.Telefon bimbitnya berbunyi lagi tapi seperti biasa dibiarkan begitu sahaja.Dia ingin bersendirian.

Fay mengeluh lemah.Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Haruhi.Haruhi langsung tidak menjawab sebarang panggilan dan smsnya dalam masa tujuh hari ni.Sudah buntu fikirannya untuk memujuk Haruhi dan sekaligus menerangkan perkara sebenar.Dia memejam matanya rapat-rapat dan secara tidak langsung wajah Hana muncul.Ya!!! Mesti Hana boleh tolong.

"Hello Carl.Kau dekat mana?"

"Dekat hotel.Kenapa?"

"Tunggu aku.I'm on my way."ujar Fay pantas sebelum mematikan telefonnya.Bergegas dia mencapai kunci kereta dan memecut laju meninggalkan apartmentnya.

"Sape call?"tanya Shin yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"Fay.Dia nak datang sini."

"Untuk apa?"

"Entah.Tapi aku rasa macam penting je."

"Daniel?"

"Aku rasa dia tak pergi kut.Lagipun dia kan busy dengan suprise dia tu."balas Carl sambil menyebak rambutnya.Max yang sedang nyenyak tidur dikerling sekilas.Dibalingnya bantal ke muka Max.

"Hoi! Sape kacau aku ni?"marah Max sambil mengurut batang hidungnya.

"Aku."jawab Carl selamba.

"Kau memang tak boleh tengok aku senang.Apa hal kau kejut aku ni?"

"Fay nak datang sini."

"Hah? Kenapa?"

"Entah..dia tak cakap."

"Cuba kau call Daniel, mungkin dia tahu sebab apa."cadang Shin sambil melabuhkan punggung di atas katil.Carl mengangguk perlahan.

"Hello Daniel."ucap Carl sebaik sahaja suara Daniel kedengaran.

"Ada apa?"

"Kau tahu tak yang Fay nak datang sini?"

Daniel yang sedang baring segera duduk."Biar betul! Buat apa dia nak pergi sana?"

"Aku pun tahu.Aku ingatkan kau tahu."

"Tak.Aku tak tahu langsung."

"Dia nak jumpa Hana jugak ke?"

"Biar aku try call dia.Then, aku call kau balik."ujar Daniel.Dia menggarukan kepalanya yang tak gatal.Pelik kenapa Fay nak pergi sana.

"Okay.Call cepat."


Fay memberhentikan keretanya di bahu jalan apabila mendengar nada dering yang telah disetkan hanya akan berbunyi apabila Daniel yang menelefon.Ditekannya punat hijau sebelum perlahan-lahan membawa telefonnya dekat ke telinga.

"Hello Fay.Kau nak buat apa pergi sana?"

"Aku..aku..ada problem besar."

Kening Daniel bercantum."Apa dia?"

"Haruhi, dia nampak aku dengan Vivian masa hari tu."

Mata Daniel membulat."What?! Vivian!! Kau masih jumpa dengan dia ke? Kenapa kau tak cerita dekat aku hal ni?"

"Aku tak pernah jumpa dia lepas kami putus.Cuma masa hari itu, kami terserempak and Haruhi nampak.Aku tak tahu nak buat apa sekarang.Bukan aku tak nak cerita dekat kau tapi aku takut.Aku takut kau marah."

"Kalau kau tak cerita lagilah aku marah."balas Daniel dengan nada marah.

"Aku minta maaf."hanya itu yang mampu Fay katakan.

"Hmm..maaf diterima.Jadi kau pergi sana sebab nak mintak Hana tolonglah?"

"A'ah tapi aku pasti yang dia marah dulu baru tolong."

"Mestilah dia marah.Apa kata kalau aku pun pergi sana?"

"Kau gila ke? Habis suprise kau tu sape yang nak handle?"

Daniel ketawa kecil."Aku gurau jelah.By the way, good luck eh.Aku sokong kau."

"Thanks."tutur Fay sambil tersenyum nipis.

************************************************************************************


Hana yang sedang membersihkan kawasan rumah terkejut apabila mendapati Fay, Shin, Max dan Carl datang pagi-pagi lagi untuk berjumpa dengannya.Dan yang paling mengejutkan apabila Fay menceritakan tujuan dia ke sini.

Pang!!

Fay menyentuh pipinya yang merah kerana ditampar oleh Hana."Tu sebab awak buat Haruhi nangis."ujar Hana dengan tenang ketika mereka berenam berada di ruang tamu rumah Nenek Seo.Nenek Seo sudah pergi ke kebun bunganya.Mungkin untuk memberikan privasi kepada mereka.

"Aku tahu aku salah.Kalau kau nak tampar lagi pun aku tak marah."

"Sakit kepala saya tau tak! Tension betul."

"Aku minta maaf."

"Dah tak ada gunanya awak minta maaf dengan saya.Now kita kena cari jalan nak pujuk Haruhi."

Fay mengeluh lemah.Dia tidak lagi dapat berfikir idea-idea untuk memujuk Haruhi.Idea-ideanya yang dulu pun tidak berhasil.

"Macam nilah..biar saya balik sana and slow talk dengan dia."

"Baguslah ka..."

"Tapi with one simple condition, bagitahu saya sape sebenarnya Vivian tu?"sampuk Hana.Perlahan-lahan Fay menganggukkan kepalanya.Terimbau kembali peristiwa dahulu.

"Hoi, cepatlah sikit.Dah lambat ni."marah Fay apabila empat orang sahabatnya masih lagi terkial-kial walaupun mereka tahu yang mereka sudah lewat ke stadium bola sepak.

"Aku tahulah kau minat giler dengan bola tapi sabarlah."ujar Daniel seraya menuju ke arah kereta.

"Tak boleh sabar dah ni.Nanti tak ada parking baru kau tahu."

"Sudah-sudahlah tu membebel.Jom kita pergi."Shin cuba menenangkan Fay.

"Let's go!"jerit mereka berlima.

Fay mencari-cari tempat parking yang kosong.Dia tersenyum sebaik sahaja menjumpai satu tempat kosong dan dengan berhati-hati dia memarkirkan kereta.Malang tak berbau, pintu keretanya telah bersentuhan dengan pintu kereta milik orang lain.Terbuntang mata Fay apabila melihat kesan calar yang melekat di pintu kereta itu.

"Apa ni?"tanya seorang wanita.Perlahan-lahan Fay mengangkat mukanya dan terpegun melihat kecantikan wanita tersebut.

"Ni kereta awak ke?"

Wanita itu mengangguk."Kenapa?"

"Saya minta maaf sebab masa saya bukak pintu kereta tadi..."

"Saya dah faham."ujar wanita itu menyekat Fay daripada meneruskan kata-katanya.Mata wanita itu terlekap ke arah kesan calar di keretanya.

"Saya akan bayar ganti rugi."

"Tak apalah.Benda kecil je ni."

"Tak! Biar saya bayar ganti rugi.Awak bawak kereta ni pergi cat semula atau apa-apa pun.Bila dah siap, just let me know.Ni kad saya."Fay menyerahkan sekeping kad nama berwarna putih kepada wanita tersebut.

"Nama awak Fay?"

"Yep.Awak?"

"Vivian."

Bermula dari situlah perkenalan mereka berdua.Selepas bertukar-tukar nombor, hubungan mereka berdua menjadi lebih rapat.Dan akhirnya, Fay melamar Vivian untuk menjadi teman wanitanya tetapi kebahagiaan mereka hanya bertahan untuk beberapa bulan sahaja apabila Fay ternampak Vivian sedang berpegangan tangan dengan seorang lelaki di sebuah shopping mall.

"Vivian?"

Muka Vivian berubah menjadi pucat apabila melihat Fay berada di situ.Pandangan mata Fay tajam menusuk hatinya.

"Fay! Awak buat apa kat sini?"

"Saja jalan-jalan.Tak kenalkan ke saya dengan lelaki di sebelah awak?"

Vivian tersentak sebelum mengukir senyuman."Ni Remy."

"Hi, saya Fay."ujar Fay sambil menghulurkan tangan.Huluran tangannya di sambut.

"Apa hubungan awak dengan Vivian?"

"I'm her boyfriend."balas Remy sambil memaut mesra bahu Vivian.Naik terkejut Fay mendengar pengakuan Remy.Dia memandang Vivian meminta penjelasan.

"Remy memang boyfriend saya."balas Vivian perlahan.Tidak sanggup untuk memandang wajah Fay yang sudah merah menahan kemarahan.

"Ohh..I see.Got to go now.Banyak kerja yang perlu dibereskan."

Remy menjabat tangan Fay."Ok.Bye." Perlahan-lahan Vivian dibawa pergi.Fay juga mengangkat kaki keluar dari shopping mall itu.Hatinya sakit!

*************************************************************************************

Hana melangkah masuk ke dalam rumahnya dan Haruhi dengan berhati-hati.Pada fikirannya, mesti rumah itu akan bersepah kerana Haruhi mungkin akan membaling apa sahaja untuk melepaskan rasa sakit dan marahnya tetapi jangkaannya jatuh meleset.Rumah itu tetap kemas dan yang peliknya semakin kemas.Perlahan-lahan Hana menghampiri pintu bilik Haruhi.

"Haruhi, ni aku."Hana mengetuk perlahan pintu bilik Haruhi.Pintu bilik terbuka tidak lama selepas itu.Terkejut Hana melihat keadaan Haruhi.Dengan mata yang bengkak dan muka yang tidak bermaya, memang memeranjatkan Hana.Pantas dipeluknya tubuh Haruhi.

"Kau okay?"tanya Hana.Kemudian dia menepuk dahinya.Mestilah tak okay.

"Tak okay sangat.Aku sedih Hana.Fay, dia..dia.."

"Dia tak curang dengan kau sebenarnya."

Haruhi memandangnya dengan pelik."Kau tahu ke apa yang berlaku?"

"Tahu.Fay datang jumpa aku kat sana."

"Macam mana Fay tahu kau ada kat sana?"

"Ada orang bagitahu dia tapi aku tak tahu sape.Tapi percayalah cakap aku, dia tak bersalah.Dia memang betul-betul sayangkan kau.Trust me!"

"Kalau dia sayangkan aku, dia takkan curang dengan aku."

"Ada kau nampak dia pegang tangan perempuan tu?"

Haruhi menggelengkan kepalanya."Habis tu macam mana kau tahu yang dia curang."

"Dia cakap memang aku cintakan kau."

Hana melepaskan keluhan berat."Kau dengar sampai habis ke ayat dia?"

"Tak."sedikit-sebanyak Haruhi mula menyedari kesilapannya.

"Tulah kau.Tak dengar habis tapi dah touching-touching dah.Kesian aku tengok Fay.Macam orang hilang anak je."

"Aku nak jumpa dialah."

Hana mengukir senyuman."Dia tunggu kau kat tempat biasa."

"Thanks Hana.Aku nak pergi mandi."ujar Haruhi seraya mencium pipi Hana.Dia berlari menuju ke bilik air.

"Good luck Haruhi."tutur Hana perlahan sambil tersenyum.


p/s: Moon tak post new entry utk smentara wktu tp kalau ada masa Moon post ye..:)

1 comment:

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers