Friday, February 26, 2010

One Love Part 8 ( V2 )

Airil melihat jam di tangannya.Sudah hampir 30 minit dia berdiri di pintu masuk shopping mall itu tetapi kelibat rakan-rakannya yang lain langsung tidak kelihatan.Padahal masing-masing sudah berjanji untuk datang tepat pada masanya.Airil mengeluh bosan.

"Airil, sorry lambat.Traffic jam tadi."Airil dikejutkan oleh suara lembut Rania.Wajah Rania begitu ceria pada pagi itu.

"Ohh, tak apa."

"Dah lama tunggu?"

"Lebih setengah jam."balas Airil sambil duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan di hadapan pintu masuk tersebut.

"Mana orang lain?"

"Tak sampai lagi."

Mereka berdua kembali senyap.Rania tidak selesa berdua-duaan dengan Airil kerana mamat dingin ni susah betul nak bercakap.

"Awak nak beli apa untuk Mahirah?"tanya Airil setelah lama mereka berdiam diri.

"Saya cadang nak beli blouse.Awak?"

"Saya tak tahu."

"Tak tahu?"

"Yup.Awak ada cadangan?"

"Orang perempuan selalunya minatkan benda-benda yang cute."

"Contoh?"

"Teddy bear."

"Teddy bear je?"

"Bagi saya,teddy bear tu cute."

"Hmm..Kalau macam tu saya beli teddy bear jelah untuk Mahirah."

"Ok."

'Airil, kami semua tak dapat pergi.Ada hal penting!'

Airil mendapat pesanan ringkas daripada Hanif.Berkerut seribu dahinya apabila membaca sms tersebut.Timbul perasaan tidak percaya.Takkan lah semua orang ada hal.

'Takkanlah semua orang ada hal.'

Hanif meminta pendapat rakan-rakannya yang lain.Sebenarnya mereka sudah lama sampai di shopping mall itu tetapi tiba-tiba sahaja Hanif mengeluarkan idea nakal untuk membiarkan Airil mencari hadiah bersama-sama dengan Rania.Biar mereka berkawan baik kerana mereka semua tahu yang Rania telah berjaya membuatkan Airil bercakap dengannya tanpa perlu berusaha sedikit pun.Dan yang paling menarik, Airil yang mula berbual-bual dengan Rania.

"Nak jawab apa ni?"tanya Hanif.

"Jawab jelah apa yang patut."balas Siti.

"Aku tak tahulah."

"Jawab jelah nak buat macam mana, dah takdir kami semua ada hal."balas Ikmal.

"Senangnya kau cakap."sindir Hanif.Ingat senang ke nak cakap macam tu dengan Airil.Takkan percaya punya!

"Trylah dulu."

"Yelah..yelah."dengan cepat Hanif membalas sms Airil sebentar tadi.

'Nak buat macam mana, dah takdir kami semua ada hal.'

Kening Airil terjungkit sedikit.Dia terus mendail nombor telefon Hanif.

"Hello Nif.Kau dekat mana?"

"Aku dekat rumah.Tengah tunggu mak aku bersiap."

"Bersiap ke mana?"

"Bersiap pergi rumah kawan mak aku."

"Kenapa kau tak cakap awal-awal yang kau kena teman mak kau? Sekarang ni aku dengan Rania je tau.Takkanlah aku nak pergi dengan dia je?"

"Lah, pergi beli hadiah je kan? Apa salahnya? Lagipun aku tahu kau suka kan berdua-dua dengan dia."usik Hanif dengan senyuman di bibir.

Airil tersentak."Mana ada aku suka! Kau jangan nak buat cerita."

Hanif ketawa besar.Ikmal yang berada di sebelah menepuk kuat bahunya untuk menyuruhnya supaya memperlahankan suara.

"Ala, kau tak payah tipulah.Pergi je dengan dia."

"Tak nak.Aku nak bla lah macam ni."

"Ek..ek..kau tak kesian ke dengan Rania?"cepat-cepat Hanif bertanya.Gagal rancangan mereka semua kalau Airil pulang ke rumahnya.

Airil memandang Rania yang sedang membaca komik.Timbul perasaan kasihan dan dia pantas bersetuju.

"Yelah."

"Bagus! Good luck ye.Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."Airil meletakkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.

"Rania, jom kita pergi dulu."

"Tak nak tunggu yang lain ke?"

"Diorang tak datang."balas Airil sambil memandang lantai.

"Kenapa?"

"Busy."jawabnya sepatah sebelum melangkah masuk ke dalam.Rania mencebik.Geram dengan jawapan ringkas Airil.Tak munasabah langsung semua orang sibuk.

"Nak pergi ke tak ni?"

"Nak! Tunggu lah."

"Yes!!"sorak rakan-rakan Airil dan Rania.

*************************************************************************************

Rania berdiri di hadapan sebuah butik pakaian.Airil memandangnya pelik.

"Tak nak masuk ke?"

"Tak."

"Kenapa pulak?"

"Sebab mahal.Duit tak ada.Jom pergi tempat lain."

"Huh? Jom jelah.Kita tengok dulu harga dia."Airil menarik lengan baju Rania dan mereka berdua memasuki butik pakaian.Rania merentap kuat lengan bajunya.

"Saya tak ada duitlah nak beli baju kat sini."

"Saya boleh tolong bayarkan."

Rania terkejut.Biar betul?"Ni hadiah saya, jadi kenalah beli dengan menggunakan duit saya."

"Hutanglah dulu."

"Saya tak suka berhutang."kaki Rania sudah bergerak menghampiri pintu.Terbuntang matanya apabila melihat Hilman sedang berdiri di depan pintu sambil tersenyum.

"Encik Danish buat apa kat sini?"

"Nak beli baju.Kau?"

"Nak beli hadiah untuk Mahirah."

"Ohh.."sebenarnya Hilman sudah lama nampak kelibat Rania yang sedang berjalan dengan seorang lelaki yang dikenalinya.

"Kamu ni Airil kan?"pandangannya beralih kepada Airil yang sedang berdiri di sebelah Rania.

"Ya."

"Dah jumpa ke baju yang sesuai?"pandangannya beralih semula kepada Rania.

"Belum lagi.Saya tak tahu nak pilih baju apa."

Hilman menghampiri bahagian yang menjual pakaian wanita.Dia membelek-belek setiap helaian baju sebelum menarik keluar sehelai gaun berwarna peach.Kening Rania hampir bercantum apabila Hilman menghampiri sambil membawa gaun tersebut.

'Apa yang dia buat ni? Aku nak blouse! Bukan gaun!'

"Nah! Pergi try."

"Huh?"

"Pergi try.Aku nak tengok."

"Kenapa pulak saya yang kena try? Lagipun saya nak beli blouse bukan gaun."

Hilman tersenyum."Aku nak belikan untuk kau.Jadi pergi jelah try.Nanti kita carilah hadiah untuk Mahirah.Cepat!"

Dengan berat hati, Rania mengambil juga gaun tersebut dan menuju ke bilik persalinan.Hilman dan Airil berbual ringkas sementara menunggu Rania keluar.

"Ok ke?"tanya Rania dengan muka serba tak kena.Selepas 10 minit, dia keluar dengan memakai gaun tersebut.

Hilman dan Airil terpegun melihat Rania.Kecantikannya begitu terserlah.Tidak berkelip mata kedua-dua orang lelaki itu.

"Encik Danish, okay tak?"

"Hmm..okay."

"Airil?"

"Awak nampak cantik sangat."pujian spontan keluar dari bibir Airil.

"Erk..thanks."hanya itu yang mampu dibalas oleh Rania.Terkejut kerana tidak menyangka yang Airil akan cakap macam tu.

"Saya nak pergi salin dulu."

"Tak payah.Pakai terus je."bantah Hilman.

"Saya bukan nak beli pun gaun ni."

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?Kan aku kata nak belikan gaun ni untuk kau."

"Tapi..tapi.."

"Tak ada tapi-tapi..Kau pilih baju untuk Mahirah.Biar aku pergi bayar harga gaun tu dulu."kata Hilman seraya menuju ke arah kaunter.

"Hish! Degil betul!"gerutu Rania sambil bercekak pinggang.

"Kenapa awak tak nak baju ni? Cantik bila awak pakai."puji Airil lagi.Muka Rania sudah bertukar warna.Malu apabila terus dipuji.

"Mahal sangat harga baju ni.Saya tak nak menyusahkan Encik Danish."

"Encik Danish tu penting bagi awak kan?"tanya Airil tiba-tiba.Entah kenapa, dia rasa cemburu melihat kemesraan Rania dan Hilman.

Rania hanya tersenyum.Tidak tahu jawapan apa yang patut diberikan.

"Dah bayar.Penjual tu siap suruh aku bagitahu kau yang kau nampak cute sangat pakai gaun ni."ujar Hilman berserta senyuman di bibir.

"Terima kasih Encik."

"Sama-sama.Dah jumpa baju Mahirah?"

"Belum."

"So, pergilah pilih."

Rania akhirnya memilih sehelai blouse putih.Kali ini dia bertegas untuk menggunakan duitnya sendiri walapun Hilman beria untuk membayar.

"Encik kata nak beli baju."

"Lain kalilah kita beli."

Hilman berundur ke belakang sedikit untuk berjalan di sebelah Rania."Bila kita berdua je."bisiknya perlahan.Rania memandang Airil yang berjalan di hadapan.

*************************************************************************************

Airil menghempas tubuhnya di atas katil.Kepalanya pening.Bayangan Rania dan Hilman yang kelihatan begitu mesra tak hilang-hilang dari fikirannya.Hatinya sakit!

"Kenapa aku sakit hati?"

"Aku suka Rania?"

"Arghh! Mustahil! Aku baru je kenal dia."

"Tapi dia special.Ada something yang unik tentang dia."

Airil mengeluh lemah.Jika benarlah dia sukakan Rania, ini adalah kali pertama hati dia dicuri.

Rania melangkah masuk dengan tangannya dipenuhi dengan pelbagai jenis beg.Ibunya, Puan Rohaya menyambut kepulangannya dengan senyuman.

"Banyak Nia beli?"

"Encik Danish yang beli.Nia tak nak tapi dia degil jugak nak beli."

"Rania dah boleh terima Hilman?"soalan ibunya menyebabkan Rania yang sedang minum air tersedak.

"Kenapa tiba-tiba je mama tanya?"

"Yalah, tak lama lagi majlis pertunangan kamu berdua akan berlangsung.Jadi, mak nak tahu lah kalau Nia dah boleh terima Hilman ke tak."

"Nia tak pasti, ma."

"Kenapa tak pasti?"

Rania tidak terus menjawab.Hatinya berbelah-bahagi.Dia pelik kenapa sebahagian daripada hatinya, ingin bertunang dengan Hilman tetapi sebelah lagi tidak apabila memikirkan yang Hilman menyukai Cik Farisya.

"Nia pun tak tahu.Mungkin Nia masih belum kenal Hilman dengan lebih rapat."dalih Rania walaupun dia baru sahaja mengenali Hilman tetapi sudah banyak perkara berkenaan lelaki itu yang diketahuinya.

"Hmm..Nia berbaiklah dengan dia ye.Lagipun dia tu dahlah handsome, baik pulak tu.Hormat orang tua, kemas, kelakar.Bukan ke tu semua ciri-ciri jejaka idaman Nia?"

Rania kaget seketika.Macam mana ibunya boleh mengetahui ciri-ciri lelaki idamannnya melainkan....

"Mama baca diari Nia ek?"

Puan Rohaya tersenyum manja."Yes honey.Mama baca.Cantik sungguh diari anak mama ni."

"Mama baca yang depan-depan tak?"

"Mama baca satu buku."balas ibunya dengan tenang.Padahal Rania sudah mula menggelabah.

"Pasal apa yang mama baca?"

"Pasal Nia suka dekat Man masa Nia kecil dulu."

Rania menepuk dahi.Malu malu!


6 comments:

  1. hoho ;D
    nia suka hilman sejak kecik lg..
    bleh byngkan camne kiutnya rania pakai gaun tu ^_^

    ReplyDelete
  2. alahai moon, tomeynyer rania nie...dri kecik lg dh ader crush dkt hilman...

    ReplyDelete
  3. oooo...begitu...kalu gitu nk Nia ngan Hilman lah...nmpak comey lah pulak...ehehehehe...

    ReplyDelete
  4. Hana~ :D

    Nina~Hehe..thanks ye

    Hananorisa~Hehehe..:) Ok2..

    ReplyDelete
  5. ok....skrg dh tau...yg rania suka hilman tp n..hilman cmner plak??skrg dier suke org lain...xbule ker wt scene hilman jelous tgk kemesraan airil ngan rania?

    ReplyDelete
  6. Violet~Ada scene dia jeles nnti :)
    Tp awal2 ni tak lagi..thanks ye

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers