Sunday, February 21, 2010

One Love Part 7


Senyuman manis diukir untuk Hilman yang sedang memandangnya dengan tajam.Lengan baju kemejanya sudah dilipat sehingga ke siku.Cermin mata hitam yang dipakai menambahkan kekacakan Hilman.

"Apasal lambat?"tanya Hilman sebaik sahaja Rania masuk ke dalam kereta.

"Ada discussion tadi.Sorry."

"Discuss pasal apa?"

"Pasal sejarah."

"Hmm.."

Suasana sepi menyelubungi mereka berdua.Rania menjeling Hilman yang tenang memandu.

"Encik."

"Ye?"

"Encik masih sukakan lagi kat Cik Farisya?"

"Kenapa kau nak tahu?"

Rania menggigit bibirnya."Saja nak tahu."

"Maybe."tutur Hilman perlahan.

"Huh?"Rania tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang diucapkan oleh Hilman.

"Mungkin memang betul yang aku masih sukakan dia."

Rania mengukir senyuman.Tidak ada langsung perasaan cemburu di hatinya apabila mendengar pengakuan jujur dari mulut Hilman.

"Encik perlu berusaha!"

"Berusaha untuk apa?"tanya Hilman dengan dahi yang berkerut.

"Berusaha untuk mendapatkan Cik Farisya."

"Tak payahlah.Dia dah berpunya."

"Entah kenapa, saya rasa Cik Farisya pun suka dekat Encik Danish sebenarnya.Mungkin sebab encik lambat luahkan perasaan, dia ingatkan encik tak suka dia."

"Kau rasa macam tu?"

Rania menganggukkan kepalanya."Saya rasa macam tu."

"Tak payahlah berharap.Aku tak padan langsung dengan dia."

"Sape kata? Encik ni handsome, baik, kelakar, kemas, dan macam-macam lagilah."puji Rania dengan ikhlas.Walaupun dia baru saja kenal Hilman tetapi sedikit sebanyak dia sudah mengenali siapa sebenar Hilman Danish bin Farid.

Hilman ketawa besar."Aku tak ada duit nak bayar kau."balasnya selamba.

"Saya ikhlas lah! Tak mainlah tipu-tipu ni."

"Danila..kenapa kau buat semua ni?"

"Buat apa?"

"Tanya aku pasal Farisya dan kau beri aku nasihat untuk dapatkan Farisya sedangkan kau tu bakal tunang aku."

"Mungkin sebab saya dah anggap encik sama seperti keluarga saya sendiri dan saya nak encik bahagia.Jika encik memang jodoh saya, insyaAllah kita akan bersama jugak dan jika tuan sememangnya bukan untuk saya, saya redha."

Hilman tersenyum mendengar kata-kata Rania.

************************************************************************************



Hilman menarik nafas sebelum mengetuk pintu bilik pejabat Farisya.Sebaik sahaja mendengar suara lembut Farisya yang memintanya untuk masuk, dengan berhati-hati dia membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik dengan langkah yang teratur.

"Have a seat, Man."

"You ada banyak kerja ke?"

"Taklah sangat.Why?"

"Jom pergi lunch.I belanja!"

"Hmm..tak bolehlah,Man.I dah janji nak lunch dengan Yusri.Next time okay.."tutur Farisya sambil tersenyum.

Hilman tersenyum pahit."Oh..I see.Tak apalah kalau macam tu.Lain kali kita lunch sama-sama."

"Ataupun you boleh join I..Ajaklah sekali Rania."

Hilman berfikir sejenak."Hmm..okay.Nanti kita jumpa."Hilman melangkah keluar dari bilik Farisya.

Rania mengeluh berat apabila mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh Hilman menerusi telefon.

"So, saya kena ikutlah ni?"

"Please.."

"Tapi saya ada banyak kerja sekolah ni."

"Ala, esok kan cuti.Kau temankanlah aku."

Rania mendiamkan diri.Dia berfikir seketika."Oklah.Ambik saya kat rumah pukul 1.30.Don't be late.Kalau tak..saya tak nak pergi."sempat lagi Rania mengugut Hilman.

"Yes! Yes! Thanks Danila.I love you.Assalamualaikum."ucap Hilman dengan gembira.Rania tergamam.Ayat yang diucapkan oleh Hilman sedikit mengusik jiwanya.'I love you?'
Rania menggeleng-gelengkan kepalanya berulang kali.


************************************************************************************

Hilman yang sedang enak menjamu dikerling sekilas.Makanan yang masih belum disentuh dipandang.Memang nampak sedap beef steak ni tapi..Dia melihat Hilman, Farisya dan Yusri.Mereka makan dengan penuh tertib.Macam mana kalau terpelanting daging ni? Tak ke naya!

"Kenapa tak makan Rania?"tanya Farisya.

"Saya..hmm..saya.."

"Tak suka steak ke?"celah Yusri.

"Suka."

"Habis tu, kenapa tak makan?"tanya Hilman pula.

"Saya nak tapau boleh tak?"

Farisya dan Yusri ketawa kecil.Manakala Hilman hanya memandang Rania.

"Aku tahu sebab apa kau tak nak makan."bisik Hilman dekat di telinganya.Geli-geleman Rania dibuatnya.

"Sebab apa?"

"Sebab kau takut daging tu terpelanting kan?"

Rania tersentak."Macam mana encik tahu?"tanyanya tanpa segan silu.Nak buat macam mana, dah memang aku risau kalau daging tu terpelanting.

Hilman tersenyum."Biasalah tu.Aku pun macam tu jugak.Just try, okay? Ambik garfu dengan pisau tu.Kau buat macam biasa je."

"Encik.."

"Hmm.."Hilman memandang Rania.

"Thanks!"

"No problem."

Mereka berdua ketawa.Farisya pelik melihat mereka berdua.Terselit rasa cemburu apabila melihat kemesraan mereka.Sebelum ini hanya dialah sahaja sahabat perempuan Hilman tapi sekarang ni Hilman lebih mesra dengan Rania.

"Both of you ni ada apa-apa ke?"pertanyaan Yusri secara tiba-tiba menyebabkan Hilman dan Rania tersedak.

"Air..Air!"dengan pantas mereka berdua mengambil air dan meneguknya dengan rakus.

"Mana ada apa-apa.Kami kawan je."balas Rania sambil mengurut perlahan dadanya.

"Ye..ye!"sokong Hilman.

"Ye ke? I tengok you guys ni macam ada apa-apa je sebab nampak mesra je."

"Ek, taklah.Rania dah macam adik I."

"Kalau betul pun apa salahnya."ucap Farisya.Hilman menelan air liur.Rania yang berada di sebelahnya dipandang.Mukanya langsung tidak menunjukkan sebarang ekspresi muka.

"Encik, saya rasa kita tak payahlah nak rahsia-rahsia lagi."

"Apa maksud kau?"

"Just tell them the truth."

"What?!"

"Sebenarnya kami berdua ni..."

"Kamu berdua ni apa?"tanya Farisya tidak sabar.Rania mengukir senyuman.

"Sebenarnya kami berdua akan bertunang tak lama lagi."ucap Rania dengan senyuman.

"Apa?!"Farisya terkejut besar.Entah kenapa sebak hatinya mendengar kata-kata Rania.

Rania tersenyum lagi.Hilman yang terkejut dipandangnya.Strategi pertama sudah berjaya!



"Apa yang kau buat tadi?"tanya Hilman dengan muka yang serius.Terkejut apabila Rania mendedahkan hubungan sebenar mereka.

Rania masih lagi tersenyum."Saya nak uji Farisya."

"Uji?"

"Cuba tengok muka dia masa saya cakap yang kita akan bertunang.Dia terkejut kan?"

"Of courselah dia terkejut.Kau tu kan muda dari aku."

"Tu bukan sebabnya.Saya rasa dia jealous."

"Jealous? Kau pasti ke?"tanya Hilman sambil menyebak rambutnya.Ketika itu, mereka berdua sudah berada didalam kereta.

"Ye! Saya pasti.Saya kan perempuan jadi saya tahulah."

Hilman tidak membalas kata-kata Rania.Dia berfikir sejenak.Perlahan-lahan dia mula tersenyum.Gembira jika memang betul apa yang dikatakan oleh Rania.

"Tapi nanti kesian dekat Yusri."

"Tak ada sape yang akan kesian dekat dia lepas ni.I'm sure about that."balas Rania dengan yakin.

Hilman dapat merasakan yang Rania mengetahui sesuatu yang tidak baik mengenai Yusri."Kau tahu apa-apa ke?"

"Encik tak payah risau.Biar saya yang settlekan semua ni."

"Suka hatilah."telefon bimbit Rania berbunyi nyaring.

'Airil?Apa yang dia nak?'



p/s: Hilman dengan Rania? or Rania dengan Airil? :D

6 comments:

  1. salam...
    hye..
    hehehe..well, mgkin ramai yg cakap nk hilman ngan rania..
    tp kalau Hana nak Rania ngan Airil boleh?
    hehehehe..
    umur dorang tu beza sgt lah..
    hehehe..
    in my opinion lah..
    by the way..
    tak sabar nk tunggu n3 seterusnya neh...

    ReplyDelete
  2. Hana, hehe..salam.
    Yep2..mmg jauh beza pun :O
    7 tahun :)
    Moon pun tak tahu sape hero nya sekarang..
    Hahaa..
    Thanks ye :D
    Truskan comment ye utk menentukan siapa heronya..:)

    ReplyDelete
  3. nak hilman ngn rania...
    walaupun umur jauh berbeza tapi...
    hilman tu nmpak matang n col je hehehe...
    best ah cte ni...cpat2 sambung erk..
    :)

    ReplyDelete
  4. salam,biar le hilman dan rania...jgn jadikan alasan perbezaan umur ....lagi pun 7 thn x le byk sgt...cinta x mengenal usia kan? biar le heronya hilman....so lebih matang n sesuai ngan gadis seusia rania...

    ReplyDelete
  5. moon..
    nak rania ngan airil..
    baru best ^_^

    ReplyDelete
  6. sori moon..
    salah tulisla..
    hana nak rania n' hilman..
    baru best ;D
    rasa sweet sgt even hilman tu tua sgt drpd rania..
    hilman n' rania

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers