Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Thursday, February 18, 2010

One Love Part 6


Rania tergamam.Dia bergegas keluar dari biliknya tanpa menamatkan panggilan telefon.Lintang-pukang dia menuruni tangga sebelum memanggil ibunya.Dia langsung tidak perasan akan kehadiran dua orang tetamu yang terkejut melihat telatahnya.

"Mama, macam mana Encik Danish tahu yang Nia ni...cop cop.."Rania berundur beberapa langkah ke belakang.Hampir terduduk dia apabila melihat Puan Dian dan Hilman sedang duduk di situ.Hilman kelihatan tercengang dengan telefon bimbit masih melekap di telinganya.Mulut Rania terlpong luas.Entah berapa banyak nyamuk yang dah masuk.

"Ek, ek..saya..saya..naik atas kejap.Nak salin baju."dengan sepantas kilat Rania mendaki tangga ke biliknya.Mukanya sudah berbahang kerana malu.Sememangnya dia terlupa langsung yang Puan Dian dan Hilman akan datang.Rania mencapai sebiji bantal tidurnya sebelum menjerit sekuat hati.

"Nia. dah mandi ke belum?"kedengaran suara lembut Puan Rohaya dari luar pintu.Terkocoh-kocoh Rania menuju ke bilik air dan menutup pintu bilik air.Puan Rohaya masuk ke dalam bilik Rania sebelum meletakkan sehelai blouse berwarna ungu yang baru sahaja dibelinya semalam di atas katil.Dia mengukir senyuman apabila melihat Rania keluar dari bilik dengan memakai jubah mandi.Rambutnya yang basah dilap menggunakan sehelai tuala kecil.

"Nia, pakai baju ni ye?"

"Baju ni,ma?"

Puan Rohaya menganggukkan kepala."Kenapa?"

"Cantik sangat."

"Lah, bukan ke bagus Nia pakai baju cantik-cantik?"

"Tapi nak pergi mana pakai cantik-cantik.Nia duduk rumah je kan?"

"Hilman ajak Nia pergi beli barang untuk pejabat."

"Hah?!"

"Pergi jelah.Bukan selalu pun."

"Tak naklah ma."

"Why not?"tanya Puan Rohaya sambil berpeluk tubuh.

"Sebab..."alunan lagu Girlfriend kedengaran daripada telefon bimbit Rania.Tanpa melihat terlebih dahulu nama pemanggil, Rania terus menjawab panggilan tersebut.

"Hello Rania.I'm Airil."

Rania tergamam."Ohh..ada apa?"

"Well, Mahirah suruh saya call..auch!"Airil mengaduh kesakitan apabila bahunya dipukul dengan sebuah buku tebal.

"Dia tipu Nia.Actually dia yang nak call."jerit Mahirah apabila Airil menjauhkan telefon bimbitnya.

Rania ketawa kecil."Awak semua ada dekat mana sekarang?"

"Kat library.Nak join?"tanya Airil.

'Nak terima ke tak? Kalau terima, tak payah lah aku ikut Encik Danish tapi mama beri ke aku pergi library."Tunggu sekejap ye.I'll be right back."Telefon bimbit dibiarkan di atas katil.

Rania mencari-cari kelibat Hilman di ruang tamu tapi batang hidung pun tak nampak.Dia bergegas ke taman pula dan dia tersenyum sebaik sahaja melihat Hilman sedang duduk di sebuah kerusi.

"Encik Danish."

Hilman memalingkan kepala."Ye?"

"Hmm, saya nak pergi library."

"Hah? Bukan ke awak kena ikut saya pergi beli barang?"

"Yeah tapi saya perlu pergi ke library.Jadi saya tak boleh teman encik pergi beli barang."

"Ok! Tapi saya nak ikut."balas Hilman selamba sebelum melangkah ke keretanya.

"Huh?"

"Are you going or not?"tanya Hilman apabila Rania masih berdiri di situ.Rania memandang pelik Hilman sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Ek, kejap! Handphone tertinggal."Rania keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah.Hilman menggeleng-gelengkan kepala.

**************************************************************************************

Rania tidak senang duduk.Sekali-sekala dia memandang Hilman yang tenang memandu smabil memakai kaca cermin hitam.

"Ada apa-apa ke yang awak nak tanya?pertanyaan Hilman menyebabkan Rania tersentak.Macam tahu-tahu je.

"Macam mana encik tahu yang saya ni bakal tunang encik?"

"Awak nak tahu macam mana awak boleh terkantoi lah ni?"

Rania tersenyum pahit."Lebih kuranglah."

"Saya tahu yang awak ni bakal tunang saya masa awak tersembur air kat muka saya."ujar Hilman.

"Menyesal tersembur air masa tu."balas Rania sambil menumbuk tapak tangannya.

"Tulah, sape suruh tipu?"

"Dah terpaksa.Kalau tak sampai sekarang saya tak kenal siapa sebenarnya Encik Hilman Danish."

Hilman tersenyum."Hmm..so kau..opss..sorry.Awak bukan lagi orang gaji rumah saya?"

"Hmm..Tak lagi.By the way Encik Danish, saya tak kisah kalau encik gunakan kau dan aku dengan saya."

Hilman menjungkit keningnya sebelah."Kenapa?"

"Mungkin sebab saya rasa selesa macam tu."

Hilman ketawa besar."Okay.Mulai esok, aku akan ambik kau balik dari sekolah, boleh?"

"Hah? Setiap hari ke?"

"Yup."

"Tak menyusahkan ke?"

"Nope."

"Tapi saya boleh naik motor."

"Tak boleh.Kau tu kecik lagi, tak boleh naik motor."

Rania mencebik."Encik, saya dah 17 tahun jadi saya boleh bawak motor sendiri.Dan saya dah ada lesen pun."

"Keputusannya tetap sama.Kalau aku tak boleh ambik, baru naik motor.Understand?"

Rania mengeluh sebelum memeluk tubuh."Yelah."

Suasana sepi kembali menyelubungi mereka.Hilman tenang memandu kenderaan tanpa memandang langsung Rania di sebelahnya.

"Encik.."

"Hmm.."

"Encik boleh ke terima saya?"

Hampir-hampir sahaja Hilman terlanggar kereta di hadapan.Nasib baik dia sempat menekan brek.Rania memegang kuat baju Hilman dan air mata merembes keluar kerana terkejut.

"Sorry.Aku tak sengaja."

Perlahan-lahan Rania melepaskan pegangannya dan mengesat air mata yang mengalir keluar.'Yang aku emosional sangat ni kenapa?'

"Tak apa.Boleh encik jawab soalan saya tadi?"

Hilman menelan air liur."Soalan yang mana?"

"Encik boleh ke terima saya?"

"Perlu ke aku jawab?"

"Yes."

"Apa kata kau dulu yang cakap?"

"Saya..hmm..nak kata terima tu taklah sangat sebab saya rasa yang saya ni muda lagi."balas Rania selamba.Dan sememang itulah kenyataannya.

"Hmm..aku tak pasti."

"Tak pasti?"

"A'ah..sebab aku pada mulanya hanya anggap kau ni sebagai adik aku je."

"Jadi kita samalah."

"Ye..kita serupa."dua-dua mengeluh lemah.

***********************************************************************************


Airil sibuk menelaah buku Biologi sebelum dia dicuit oleh Mahirah.Bibir Mahirah memuncung ke arah pintu masuk ke perpustakaan.Airil mengalihkan pandangannya dan dia melihat Rania sedang berjalan beriringan dengan seorang lelaki.

"Assalamualaikum semua."

"Waalaikumussalam."jawab mereka semua serentak.

Hilman terbatuk kecil."Oh, biar saya perkenalkan ini Hilman Danish, bakal tu..."Rania terdiam.

"Bakal apa?"tanya Lokman.

"Bakal baby sitter Danila."jawab Hilman.Rania menjeling.Ada ke patut baby sitter!!!

"Awak ada baby sitter?"tanya Mahirah pula.Dahinya berkerut-kerut.

Rania tersenyum pahit."Nak kata baby sitter tak jugak.Lebih kurang macam penjagalah."

"Ohh.."

"Rania, awak duduk tepi Airil ye.Hmm..abang nak study dengan kami jugak ke?"tanya Farid sambil menghulurkan sehelai kertas soalan biologi kepada Rania.

"Tak apa..abang nak pergi jalan-jalan dulu.Danila, nanti call bila nak balik."pesan Hilman.Rania mengangguk kepala.Dia memerhatikan langkah Hilman yang semakin menjauh.

"Dah siap ke?"akhirnya keluar juga suara Airil.

"Siap apa?"tanya Rania dengan pelik.

"Soalan tulah.Kalau belum, janganlah nak termenung."sindir Airil.

"Yelah..saya tahu."

'Mamat ni tak pernah berubah.Dingin macam tu jugak!'






2 comments:

  1. hehe
    moon, nak lagi!!!
    best3x!
    hehe ;D
    kacaula iril ni, napelah hilman x cakap dia bakal tunang, kan senang?

    ReplyDelete
  2. hahah..hana...xpe....bru best kalo ader persaingan :)

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...