Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Saturday, February 13, 2010

One Love Part 4


Rania menguis-guis makanan di atas meja.Tak ada mood untuk makan.Perbuatannya disedari oleh Hilman yang begitu berselera menjamu selera.

"Danila, kenapa tak makan?"tanya Hilman sambil meletakkan sudu dan garfu di dalam pinggan.

Rania tersentak sebelum memandang Hilman yang sedang merenungnya."Kenyang, encik."

"Kau makan apa kat sekolah tadi?"

"Saya makan...makan.."Rania baru teringat yang dia langsung tidak makan semasa rehat tadi kerana sibuk menguruskan hal pertukarannya.

"Saya tak makan pun."

Kening Hilman bercantum dua."Habis tu macam mana boleh kenyang?"

"Sebab saya tengah marah dengan encik."Alangkah bagusnya kalau perkataan tu boleh keluar dari mulut aku.Baru padan muka!

"Saya jarang makan kat hotel.Saya suka makan kat warung je."biarlah tak logik pun.

Perlahan-lahan Hilman mengangkat tangannya dan menggamit pelayan untuk membayar harga makanan.Rania dan Farisya memandang pelik.

"You nak pergi mana, Man?"tanya Farisya sebaik sahaja Hilman bangun dari kerusinya.Dia mengerling sekilas ke arah Rania sebelum memandang ke arah Farisya.

"I nak bawak Danila pergi makan.You boleh balik sendiri kan?"

Farisya sedikit tergamam apatah lagi Rania.Naik terlopong luas mulutnya.'Biar betul dia ni, sanggup tinggalkan makwe dia untuk bawak aku pergi makan je.'

"Sure lagipun I bawak kereta sendiri hari ni."balas Farisya sambil tersenyum.Rania pasti senyuman itu palsu memandangkan dia sendiri selalu melemparkan senyuman sebegitu.

"Okay.Let's go Danila."ujar Hilman sebelum menarik tangan Rania yang masih duduk di atas kerusi.Terkocoh-kocoh Rania mengekori langkah Hilman yang sudah jauh ke depan.Sempat juga Rania berpaling untuk melihat Farisya.

"Macam manalah dia sanggup tinggalkan girlfriend macam tu je."kata Rania sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Sepanjang perjalanan ke warung yang disarankan sendiri oleh Rania, mereka berdua hanya mendiamkan diri.Rania ingin membuka mulut tetapi ditutupnya kembali apabila merasakan dia tidak ada langsung idea untuk berbual.

"Kenapa kau senyap je?"suara Hilman memecahkan kesepian di antara mereka.

"Tak ada apa nak cakap."

"Hmm.."

"Actually, saya ada satu soalan."ujar Rania sambil mengerling sekilas ke arah Hilman yang tenang memandu.Hilman menganggukkan kepalanya.

"Apa hubungan Encik Danish dengan Cik Farisya?"Rania menekup mulutnya.Adeh, lain yang nak ditanya lain pula yang keluar.Sepatutnya aku nak tanya "Kenapa encik lalu jalan ni? Jalan ni jauh." tapi tersalah keluar pulak lah soalan tu.

"Kenapa nak tahu?"tanya Hilman sambil tersenyum.

Rania kaget kerana tidak tahu apa yang harus dia jawab.Tulah Rania! Kan dah kena.Baik kau fikir apa yang nak jawab sebelum kau kantoi.

"Ek, ek..Kalau encik tak nak jawab pun takper.Saya tanya je."balas Rania selamba.Dia membuat muka tenang.

"Seriously, saya suka dia."Jantung Rania berhenti berdegup.

"Tapi, kami berdua tak ada jodoh."

"Kenapa tak?"

"Well, dia suka orang lain."keluh Hilman.

"Do you know him?"

"Yes.Dia seorang businessman yang berjaya dan seorang yang sangat kacak."

"Kacak semata-mata tidak cukup.It needs more than that."

"What do you mean?"

"Bagi sayalah, kacak tak penting.Yang penting dia baik, hormat orang tua, boleh bimbing saya dan memahami diri saya.Tu pun dah cukup."

"Kau bercakap macam orang tua."

Rania tergelak kecil."Saya cakap je."

"Ok, dah sampai.Let's go grandma."kata-kata Hilman mendapat jeritan kecil Rania.

************************************************************************************


Hilman menggoncang-goncang kuat bahu Rania tapi Rania langsung tidak membuka mata.Hilman sudah menggarukan kepalanya sebelum membuat keputusan.Dicempung Rania tetapi belum sempat diangkatnya Rania, terlebih dahulu dia mendapat sepakan free di kaki.

"Adoi!!!"

"Encik nak buat apa tadi hah!?!"jerkah Rania sambil bercekak pinggang.Dia melompat turun dari sofa sebelum berdiri tegak di hadapan lelaki yang sedang duduk menahan kesakitan.

"Aku nak angkat kau.Tidur mati sampai aku kejut tak dengar."balas Hilman dengan dahi yang berkerut-kerut.Kuat jugak dia ni tendang.Boleh patah kaki aku.

"Lain kali kalau encik nak kejut saya, jerit je kat telinga saya ni.Confirm bangun ataupun cakap je
Kim Bum datang.."

"Kim Bum? Sape tu?"

Rania menepuk dahinya."Apalah encik ni? Kim Bum tu pelakon Korea aka my future boyfriend."tutur Rania sambil tersenyum.

Terus meletus ketawa Hilman.Naik tergolek-golek dia ketawa di situ.Berair biji matanya mendengar kata-kata Rania.

Rania menjeling marah.Selepas mereka berdua selesai makan, Hilman membawanya ke pejabat untuk menunaikan solat Asar dan oleh kerana terlalu penat menunggu Hilman menyiapkan kerjanya, dia terus terlena.Dia terjaga pun disebabkan dia merasakan tubuhnya diangkat seseorang.

"Encik, kenapa encik baik sangat dengan saya?"

"Sebab kau kecik dari aku."

"Eleh.."

"Betullah."

"Jom balik.Saya dah naik penat tunggu encik siap kerja."

"Jomlah.Lain kali tak nak bawak dah datang pejabat, takut kau tidur mati lagi."usik Hilman sebelum berlari keluar dari pejabatnya.

Rania mengetap bibir.Nasib baik dia tu bos aku dan yang paling penting bakal tunang aku kalau tak, confirm muka handsome dia tu dah tak berbentuk aku kerjakan.

"Danila, tak nak balik ke?"jerit Hilman tanpa mempedulikan staf-staf lain yang memandang gelagatnya.

"Nak!"

************************************************************************************

Puan Dian tersenyum menyambut kepulangan Hilman dan Rania.Hilman dan Rania mendapatkan Puan Dian sebelum mencium tangannya.

"Maaf puan sebab balik lambat.Encik bawak saya pergi pejabat."

Puan Dian menganggukkan kepala."Tak apa.Man dah cakap dekat mak cik tadi."

"Saya naik atas dulu ye.Nak mandi."

"Pergilah."Rania baru menaiki beberapa anak tangga apabila dia dipanggil oleh Puan Dian.

"Lain kali tak payah panggil puan.Panggil mak cik ye."ujar Puan Dian sambil tersenyum.

Rania mengukir senyuman."Baik mak cik."



Telefon bimbit Rania berbunyi lantang.Alunan lagu My Baby You kedengaran memenuhi ruang bilik tidur dia.Rania tergesa-gesa mencapai telefon bimbitnya sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik air.

"Hello mama."ucap Rania dengan girang.

"Assalamualaikum Nia."balas Puan Rohaya.Rania tersengih.Kan dah kena!

"Waalaikumussalam.Mama sihat?"

"Sihat.Rania kat sana okay tak? Dah jumpa Hilman?"

"Dah."jawab Rania sepatah.

"So, how is he?"Rania mengukir senyuman kecil apabila mendengar pertanyaan mamanya.

"Dia..dia okay je."

"Dia kenal Nia?"

"Tak.Dia tak tahu langsung sape Rania ni."

"Hmm..mama ada perkara penting nak cakap ni."

Dahi Rania berkerut."Apa ma?"

"Keluarga Hilman nak datang hujung minggu ni."

"Hah?!"

Mampus aku!





3 comments:

  1. Moon!
    Bestnya!
    agak2, apa yg tjadi ek?

    ReplyDelete
  2. hahha...xleyh blah biler ckp ttg kim bum.....comel sgt ayat tue..heheheh <3

    ReplyDelete
  3. Hehee...Moon suka Kim Bum msa tu.Terus tulis pasal Kim Bum :D

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...