Monday, February 8, 2010

One Love Part 2

Hilman mencapai sebatang sebatang kayu besbol.Hatinya berdegup-degup kencang sambil matanya meliar-liar untuk mencari apa-apa sahaja yang bergerak.

"Hoi, sape yang nyanyi tu?!"jeritnya sekali lagi.Rania yang masih berada dalam bilik air mendiamkan diri.Dia masih teragak-agak untuk melangkah keluar kerana dia yakin suara lelaki itu adalah kepunyaan Hilman.

"Apa nak buat ni? Keluar ke? Keluar jelah.Nanti aku tengok jugak muka dia."ujar Rania akhirnya sebelum mencapai mop dan alatan-alatannya.Dia berdoa sebelum mencapai tombol bilik air dan melangkah keluar.

"Oh, mak cik kau terpelanting."latah Rania apabila nyaris-nyaris kepalanya dipukul dengan sebatang kau besbol.Spontan juga dia mengambil kayu mop sebelum menghalakannya ke arah Hilman.

"Awak nak bunuh saya ke?"marah Rania.Nasih baik dia sempat mengelak, kalau tidak alamatnya sudah berbunyilah siren ambulans untuk membawanya ke hospital.

Hilman memandang wajah Rania sebelum tersenyum kecil."Kau ni sape?"

Rania menekup mulutnya.Dia baru teringat yang di hadapannya itu adalah Hilman.'Aduh, handsome jugak!' Dup dap dup dap dibuatnya.

"Maafkan saya, encik.Saya Rania Danila, orang gaji baru rumah encik."balas Rania seraya meletakkan batang mop ke dalam baldi kembali.

"Rania.."ulang Hilman perlahan namun Rania masih dapat mendengarnya.Dia tahu ke?

"Aku Hilman Danish."Rania hanya menganggukkan kepalanya.Dia masih terkejut.

"Bila kau start kerja?"tanya Hilman lagi sambil mengambil tempat di kerusi bacaannya.Suaranya berubah menjadi lebih tegas.

"Baru hari ni.Pagi tadi."

"Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku?"

"Puan Dian yang suruh saya kemaskan bilik encik."

"Mommy yang suruh? Weird, sebab selalunya Mak Mah je yang bersihkan bilik aku."

"Saya hanya menurut perintah, encik."

Hilman tergelak kecil.'Daripada gaya percakapannya mesti budak ni masih bersekolah.'

"Sekolah lagi ke?"

"A'ah."balas Rania sepatah.

"Kenapa kau macam takut je nak pandang muka aku?"

"Pertanyaan Hilman menyebabkan dia tersentak."Tak adalah encik.Saya..saya..saya cuma.."

"Cuba kau pandang muka aku!"

Perlahan-lahan Rania mengangkat mukanya sebelum memandang wajah Hilman.Dia bertambah terkejut apabila Hilman mula berjalan mendekatinya.

"Danila, kau dah siap ke kemas bilik aku?"

'Lah, tu je nak tanya.Buat aku gelabah je.' "Dah, encik."

"So boleh keluar sekarang? Aku nak salin baju ni, lainlah kalau kau nak tengok."

Membulat mata Rania mendengar kata-kata Hilman."Tak apalah encik, saya keluar dulu."

Baru sahaja Rania ingin mencapai tombol pintu, dia dipanggil semula oleh Hilman."Apa encik?"

"Aku panggil kau Danila boleh?"

Kening Rania terjungkit sedikit."Saya tak kisah tapi enciklah orang pertama yang panggil saya Danila."

"Lagilah aku suka panggil kau Danila."balas Hilman sambil tersenyum.

"Kalau macam tu, saya nak panggil encik, Encik Danish.Tak naklah panggil Hilman.Amacam?"

Hilman tergelak kecil."Aku okay je."

"Ada apa-apa lagi?"

"Tak ada.You may go now."Rania melangkah kembali ke arah pintu tetapi kali ini dia pula yang berpaling dan memanggil nama Hilman.Hilman yang baru sahaja ingin melangkah ke arah bilik air berpaling ke arah Rania.

"Saya ada sesuatu nak bagitahu encik Danish."

Hilman memandang wajah Rania dengan pelik."Apa dia?"

"Dalam bilik air, ada something yang comel.Saya suka."ujar Rania seraya keluar dari bilik Hilman.Dia tersenyum kecil.

"Apa yang ada dalam bilik air aku?"Hilman cepat-cepat masuk ke dalam bilik air sebelum matanya meliar-liar mencari apa sahaja yang dirasakan comel di pandangan matanya.Matanya tertancap ke arah sebuah teddy bear kecil yang digantungkan di penyidai tuala.Perlahan-lahan dia mengukir senyuman.

***********************************************************************************


Naik terhuyung-hayang Rania bangun daripada katilnya sebaik sahaja mendengar bunyi jam loceng.Dia menilik mukanya di cermin.

"Bengkak mata aku.Semua ni pasal dia lah."gerutu Rania seraya mengambil tuala yang tergantung dan melangkah masuk ke dalam bilik air.Dia mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Subuh sebelum bersiap untuk ke sekolah barunya.

"Dah ready..chaiyok-chaiyok!!"

Rania menggalas beg sekolah dan menuju ke arah pintu.Sebaik sahaja dia menutup pintu, nyaris-nyaris dia menjerit kerana terkejut.Hilman yang segak berpakaian kerja menutup mulutnya menahan ketawa.

"Encik! Apa yang encik buat kat belakang saya ni?"

"Tak ada apa.Aku cuma nak sampaikan pesanan."

"Pesanan?"

"Yup, mommy suruh kau pergi sekolah dengan aku."

"Huh?"

Hilman mengeluh perlahan.'Dia ni pekak ke?'

"Mommy suruh kau pergi sekolah dengan aku."ulang Hilman sekali lagi.Rania mendiamkan diri seketika.

"Naik apa?"

"Naik keretalah, cik adik oi.Kenapa? Kau nak naik jet ke?"

Rania mencebik bibir.'Sindir nampak!'

"A'ah, sebab tu saya tanya."balas Rania sebelum turun ke ruang tamu.Dia tersenyum sinis kerana berjaya mengenakan Hilman.

"Danila!!!!"

Hilman mengecilkan matanya apabila melihat Rania tidak langsung berhenti apabila mendengar jeritannya.

"Stop right there, young girl."Rania terus berhenti.Sebentar tadi, dia sengaja ingin menyakitkan hati lelaki itu.

"Betul ke kau nak jet?"tanya Hilman ketika dia berdiri di hadapan Rania.

"Serius?"

"Yelah!"

Hilman menyuruh Rania mengikutinya.Hati Rania mula tidak sedap.Mana boleh dia ni ada jet.Mustahil!

"Mana jetnya?"tanya Rania sebaik sahaja Hilman membawa ke belakang rumah.

"Tu."

"Mana?"

"Tu..Kau ni memang kena pakai glasses lah."sindir Hilman sambil tersenyum.Rania menjeling tajam ke arahnya.

"Tunjuklah cepat kat mana."

"Ni ah.."tunjuk Hilman ke arah sesuatu benda.Rania menepuk dahinya.

'Memang nak kena dia ni!'

************************************************************************************
Hilman mengerling sekilas Rania yang duduk di sebelahnya.Suasana sunyi dalam kereta menyebabkan Hilman tidak selesa.Entah kenapa, walaupun baru sehari Rania kerja di rumahnya tapi dia terasa seperti dia sudah lama mengenali Rania.Malah, dia juga senang dengan kehadiran gadis itu yang menyinari rumahnya yang sunyi sejak adiknya, Heliza menyambung pelajaran di luar negara.Rania dianggap seperti pengganti Heliza.

"Kenapa senyap je?"

Rania memandang Hilman yang sedang memandu keretanya dengan berhati-hati.Dia menilik wajah Hilman dan merasakan tidak logik jika lelaki kacak seperti Hilman tidak mempunyai teman wanita.Kenapalah Hilman ni nak bertunang dengan aku?

"Tak ada apa nak cakap, encik."

"Kau marah ke?"

"Tak lah.Buat apa saya nak marah?"

"Manalah tahu kan, sebab aku gurau-gurau tadi dengan kau."

"Ala, benda kecil je tu.Tak terasa pun."ujar Rania.

"Kau betul-betul ke nak jet?"

"Tak naklah."

"Jet mainan tu best friend aku masa kecil yang beri."

"Sape?"

"Entah.Tak ingat."balas Hilman selamba.

"Apalah Encik Danish ni. Nama kawan baik pun tak ingat."

"Nak buat macam mana, kita dah tua."

Rania ketawa kelucuan.Sedar pun diri dah tua."Baguslah kalau encik sedar."

"Ohh, jadi kau nak kata aku ni tua lah?"

"Sikit-sikit."kata Rania sambil ketawa.Tiba-tiba telefon bimbit Hilman berbunyi.Rania memandang wajah Hilman yang langsung tidak menunjukkan tanda ingin menjawab panggilan telefon tersebut.

"Encik, telefon berbunyi tu."

"Kau tolong jawabkan."

Rania sedikit terkejut.Tetapi tangannya tetap mencapai telefon bimbit Hilman dan melihat nama pemanggilnya.

'Sayangku Farisya.'

Erk!





3 comments:

  1. kiut sgt citer ni! ;D sape ek farisya tu? kalu bkn gf hilman, mgkin adik dia? adik dia heliza farisya ke? teka je, hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. :) Hahaha..
    Farisya Zulaikha :D
    Ada kat intro One Love
    Adik Hilman nama dia Heliza Syaqira

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers