Page Fallenmoon/Liya Zafrina : Klik di sini
Group Atas Nama Cinta-Mu : Klik di sini

Sunday, February 7, 2010

One Love Part 1


Rania melangkah turun ke ruang tamu dengan langkah yang perlahan.Kata-kata bapanya, Encik Izhar masih terngiang-ngiang di telinganya.Perlahan-lahan dia melepaskan keluhan lemah.Hatinya tidak senang dengan keputusan bapa yang dirasakan begitu mendadak.Masakan dia disuruh bertunang dengan seseorang yang langsung tidak dikenali pada usia yang masih muda.Dia masih ingin belajar dan merasai kebebasan hidup sendiri bukannya terikat dengan ikatan pertunangan yang dirasakan amat memeningkan kepala.

"Papa ada benda nak cakap dengan Nia."

"Ada apa papa?"

"Papa ada berjumpa dengan kawan lama papa dan kami berbincang tentang sesuatu.Memandangkan kami berdua dah lama kawan, jadi kami dah berpakat untuk menjodohkan kamu dengan anak lelaki dia,Hilman."

"Apa pa? Papa jodohkan Nia dengan Hil...Apa nama dia tadi?"tanya Rania terkejut.

"Hilman.Ya..Nia bertunang dulu dengan Hilman.Lepas habis belajar, baru kahwin.Papa nak Nia kenal dulu dengan Hilman."balas papanya dengan tenang.

"Tapi Nia muda lagi..baru 17 tahun.Takkan dah nak bertunang."

"Bertunang je.Lepas kamu dah habis belajar,baru kahwin.Cuba kenal dulu Hilman.Dia seorang lelaki yang baik.Mana tahu lama-lama Nia suka dia."

Rania menarik nafasnya sebelum melepaskannya perlahan-lahan.Air liur yang ditelannya terasa begitu perit sekali."Nia naik bilik dulu."balas Rania akhirnya sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.Bukan ingin bersikap kurang ajar cuma dia masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh papanya.

Rania menyikat rambutnya sambil mengeluh lemah.Tak sanggup dia memikirkan semula keputusan papa.Dia tahu walau macam mana sekalipun, dia akan tetap bertunang dengan Hilman, lelaki yang langsung tidak dikenalinya itu.


"Saya ikut je keputusan daddy.Saya tak kisah."jawab Hilman dengan tenangnya.Encik Farid memandang wajah anaknya sambil menghirup air kopi yang baru dibancuh oleh isterinya.

"Betul Hilman tak kisah bertunang dengan Rania?"tanya Puan Dian.

"Betul..Man terima keputusan mommy dengan daddy."

Encik Farid menarik nafas lega.Sekurang-kurangnya Hilman bersetuju dengan cadangannya untuk menjodohkan Hilman dengan Rania, anak sahabat baiknya.

"Berapa umur dia daddy?"tanya Hilman.

" 17 tahun."

Mata Hilman terbeliak."17 tahun! Mudanya..Man dah 24 tahun."

"Sebab tu kamu berdua bertunang dulu.Lepas Rania habis belajar barulah kahwin."

Hilman memandang wajah Farid."Ada gambar dia tak?"

"Tak ada.Daddy pun belum pernah jumpa dia."balas Hilman sambil tersenyum.

"Hah?"

"Keluarga dia baru pindah sini.Masa hari tu, daddy jumpa dengan pak cik Izhar dekat cafe.."

"Macam mana daddy boleh nak jodohkan kami?"tanya Hilman sambil mengerutkan dahinya.

"Kami dah setuju nak jodohkan kamu berdua masa kami berdua belum berkahwin lagi.Andai kata kalau salah seorang daripada kami ada seorang anak perempuan dan seorang lagi ada anak lelaki, kami akan jodohkan anak-anak kami."

"Ohh.."balas Hilman.Dia cuba membayangkan wajah Rania walaupun dia tahu usahanya itu sia-sia tanpa sebarang klu yang disertakan.

************************************************************************************

Rania berdiri di luar pintu pagar kediaman Enik Farid dan Puan Dian.Dia menarik nafas sebelum menekan loceng.Tidak lama kemudian, seorang wanita tua datang untuk membukakan pintu.Rania memberikan sebuah senyuman manis.

"Apa khabar? Saya Rania, orang gaji baru rumah ni."ujar Rania dengan lemah-lembut.

"Khabar baik..Ohh, Cik Rania.Nama mak cik, Halimah.Panggil Mak Mah je.Masuklah.Puan Dian ada kat dalam."

"Terima kasih mak cik."

Rania mengikut langkah Mak Mah masuk ke dalam rumah.Dia kagum melihat hiasan dalaman rumah banglo itu.Menakjubkan!

"Puan, Cik Rania dah datang."seorang wanita yang cantik berpaling ke arah mereka berdua.

'Cantiknya bakal mak mertua aku!'

"Apa khabar Rania?"tanya Puan Dian dengan lembut.

"Khabar baik, puan."

"Baguslah kalau macam tu.Mak cik, tolong hantarkan Rania ke biliknya."

"Baiklah puan.Mari Cik Rania."ujar Mak Mah.Langkahnya diikuti oleh Rania dari belakang.

Puan Dian yang masih lagi memerhatikan langkah Rania yang makin menjauh tersenyum kecil.

"Dia masih tak berubah.Suka sangat berlakon."kata Puan Dian dengan perlahan dan disertakan dengan senyuman kecil.

Rania menarik nafas lega sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya.Nasib baik ayahnya bersetuju dengan idea gilanya untuk menyamar sebagai orang gaji di rumah banglo yang besar ni.Tujuannya adalah untuk mengenali Hilman,bakal suaminya itu dan dia juga telah bertukar ke sekolah yang lebih dekat untuk memudahkan dia berulang-alik.Bukan senang untuk melakukan semua itu tapi dia tekad, walaupun macam mana dia kena jugak kenal dengan lelaki yang bernama Hilman itu.

"Cik Rania, Puan panggil."kata Mak Mah sambil mengetuk pintu biliknya.

"Ya, saya keluar Mak Mah."balas Rania sambil melompat turun dari katilnya.Dia memberikan senyuman kepada Mak Mah sebelum mengatur langkah ke arah Puan Dian.

"Ya puan?"

Puan Dian meletakkan jus orennya ke atas meja sebelum memandang wajah Rania."Saya nak awak kemaskan bilik anak saya."

"Bilik anak puan?"

"Ya, bilik Hilman."jawapan Puan Dian nyaris-nyaris menyebabkan Rania terduduk di situ.Nasib baik dia masih dapat berfikir dengan waras untuk tidak melakukan perbuatan tersebut kerana dia pasti Puan Dian akan merasa pelik dengan reaksinya.

"Yang mana satu bilik Tuan Hilman?"tanya Rania dengan lagak tenang walaupun hatinya sudah berdegup kencang.

"Kat tingkat atas, bilik nombor dua.Nanti Rania nampak nama dia kat depan pintu."

"Baiklah puan.Saya pergi dulu."ujar Rania sebelum pantas mendapatkan apa yang patut di stor dan melangkah dengan penunh yakin ke bilik Hilman.Setelah berada di depan bilik Hilman, dia menutup matanya rapat-rapat dan mengetuk pintu bilik itu.

"Tak ada orang ke?"keluh Rania apabila sudah beberapa kali dia mengetuk tapi masih tidak ada jawapan daripada orang di dalam.Perlahan-lahan Rania membuka pintu bilik dan melangkah masuk.Dia terlopong memandang suasana di bilik itu.

"Ni bilik lelaki ke perempuan? Kemas giler."tanya Rania kepada dirinya sendiri sebelum mula mengambil bakul yang berisi pakaian kotor.

"Bagus Hilman ni.Baju kotor letak dalam bakul tak macam adik aku.Aci humban merata tempat."puji Rania sebelum menuju ke pintu.Dia ingin memasukkan baju-baju tersebut ke dalam washing machine sebelum meneruskan tugas membersihkan bilik.

***********************************************************************************

Hilman melangkah masuk ke dalam rumah sambil memberikan salam.Mak Mah yang sedang menjemur pakaian segera mendapatkannya sambil membawa segelas air sejuk.Hilman tersenyum sebaik sahaja disuakan dengan minuman.

"Terima kasih Mak Mah."

"Sama-sama Man.Lambat Man balik hari ni?"

"Man ada banyak kerja kat office.Dah naik letih badan ni."balas Hilman sambil mengurut bahunya.Mak Mah yang kasihan segera mengurut bahu Hilman.

"Terima kasih Mak Mah.Ni yang buat Man sayang sangat-sangat kat Mak Mah."

Mak Mah mencebik bibir."Yelah tu..macam lah Mak Mah tak kenal kamu tu.Kuat bodek orang."

"Ala Mak Mah, sekali sekala.Oklah, Man nak naik atas dulu.Nak mandi-mandi lepas tu nak tengok tv."kata Hilman seraya bangun dari kerusi.

"Tapi Man..."Mak Mah tidak sempat berkata-kata apabila Hilman sudah hilang daripada pandangan matanya.

Rania sedang sibuk memberus lantas bilik air Hilman sambil menyanyi kecil.Lagu Nobody menjadi pilihannya dan kadang-kala dia turut menggayakan aksi sama seperti penyanyi lagu itu.Rania tidak menyedari kehadiran Hilman kerana pintu bilik ditutup rapat.

"Mak oi, bersihnya bilik aku.Sape yang kemas ni?"Hilman merayau-rayau di biliknya.

I want nobody nobody but you.
I want nobody nobody but you.

"Ya Allah, sape yang menyanyi tu? Ada makhluk apa dalam bilik aku ni?"tanya Hilman dengan cemas.Dia mengucap panjang sebelum mencari dari mana datangnya suara yang agak nyaring itu.

"Hei! Sape yang nyanyi tu?!"jerit Hilman dengan kuat.

Rania yang mendengar jeritan Hilman dengan spontannya segera menekup mulutnya.Alamak!


P/s: Moon tak post entry baru kat blog kedua..:)

7 comments:

  1. moon! hehe. hana baca blik. sapa yg jadi rania n' hilman tu? x cam lah

    ReplyDelete
  2. Rania tu Kim Tae Hee
    Hilman tu Siwon Suju
    :D

    ReplyDelete
  3. salam moon....

    best sgt citer nie...
    tima kasih krn sudi upload utk bahan bacaan kami...
    klau bleh hilman jd heronya, sya ska...

    lagu intro nie best...
    ape tjuknye ye???
    mcm familiar tp xdpt nk teka...

    ReplyDelete
  4. Salam :D
    Sama-sama..thanks sbb suka citer Moon.
    :)

    Lagu intro dia..
    Something happen to my heart

    ReplyDelete
  5. suke hilman! best cite ni, baru start baca hari ni..:)

    ReplyDelete
  6. kalakar la ltak mamat n minah korae lam nih..haha..tp bagus gak sbb xpyh susah2 nk berimaginasi coz dah ad siwon,,hehe.good job,keep it up..

    ReplyDelete
  7. Hahaa..mmg suka Siwon.Sebab tu letak dia. :) Terima kasih.

    ReplyDelete

♥ Thanks for the comments.

Tomodachi :)

...